Search Header Logo
AKHLAK 2 (1) 29/6/21

AKHLAK 2 (1) 29/6/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st - 2nd Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

Used 2+ times

FREE Resource

17 Slides • 0 Questions

1

AKHLAK 2

4. AKHLAK AHLI AL-QURAN

Slide image

2

MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN RH

" Seharusnya bagi sesiapa yang diberikan ilmu oleh Allah SWT tentang al-quran, diberikan kelebihan mengatasi orang lain yang tidak menghafal al-quran. Dan dia suka menjadi ahli al-quran, ahli Allah SWT dan kekasihnya dari kalangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan anugerah yang besar ".

3

DALIL

Firman Allah SWT :

يتلرنه, حق تلاوته


" Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya" . Tafsirannya : itulah orang yang mengamalkan al-Quran dengan sebenar-benar amalan.

4

Sabda Nabi SAW :


الدي يقرا القران وهو ماهر به مع الكرام السفرة, والدي يقرؤه وهو عليه شاق له اجران


" Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengan pembacaannya, dia bersama dengan para malaikat dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia bersusah payah membacanya, maka baginya 2 ganjaran pahala".

5

Berkata Bashar bin al-Harith RH :

"Aku mendengar Isa bin Yunus RA berkata " :

" Apabila seseorang hamba khatam al-Quran para malaikat akan mencium di antara 2 matanya " .

6

AL-QURAN ITU :

  • Menghiasi hati

  • Memperbaiki bahagian hati yang rosak

  • Membezakan ahli al-Quran dengan yang lain

  • Meninggikan adab dan akhlah yang mulia

7

PERIBADI AHLI AL-QURAN

  • Bertakwa dengan Allah SWT dengan mengamalkan sifat warak

  • Memperingati sesama masyarakat berdasarkan agamanya

  • Sentiasa perbaiki diri dari segala kekurangan,memelihara lidahnya dan tutur katanya

  • Berkata-kata atas dasar ilmu dan berdiam juga atas dasar ilmu sekiranya diam itu lebih benar

  • Melakukan hal-hal yang berfaedah pada dirinya sahaja

  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadanya

  • Melakukan kewajipan/kebaikan kepada kedua ibubapanya dan menghormati mereka

8


  • Tidak berlebihan dalam bergembira dengan sesuatu perkara

  • Sentiasa berasa rendah diri, jauh sekali untuk memuji diri, tiada skali mencaci orang lain

  • Memperingati dirinya dari melakukan larangan/tegahan oleh Allah SWT

  • Menerima segala musibah/dugaan yang menimpanya dengan redha

  • Tidak melampaui batas sesama manusia

  • Sentiasa dahagakan ilmu,berbaik sangka terhadap segala ilmu yang ada

  • Menjadikan al-Quran, al-sunnah dan al-fiqh sebagai petunjuk

9

  • Memelihara anggota badannya melakukan segala tindakan berdasarkan ilmu

  • Membalas segala perbuatan orang kepadanya dengan balasan yang baik

  • Sentiasa menahan amarahnya

  • Tidak menginginkan darjat/kedudukan dari manusia

  • Tidak menyalahgunakan al-Quran

  • Tidak pernah iri hati dengan keadaan orang lain yang lebih baik dari dirinya

  • Tidak suka memutuskan silaturahim

10

NIATLAH MEMPELAJARI AL-QURAN DENGAN :

  • Memahami setiap perkara yang dituntut

  • Ingin berserah nasib diri sepenuhnya kepadaNYA

  • Menjadi orang yang bertakwa

  • Menjadi orang yang lebih baik

  • Menjadi orang yang lebih bertawakal

  • Menjadi orang yang penyabar

  • Menjadi orang yang benar sebenar-benarnya

11


  • Menjadi orang yang takutkan Allah SWT

  • Menjadi orang yang zuhur, berasa cukup dalam segala aspek

  • Menjadi orang yang sebetul-betulnya taubat

  • Menjadi orang yang bersyukur dalam apa jua yang dikurniakan

  • Menjadi orang yang mengharapkan keredhan dariNYA saja

  • Menjadi orang faham apa yang dibaca

  • Menjadi orang yang dapat melawan semua hawa nafsu

12

  • Menjadi orang yang berjihad dijalan Allah SWT

  • Menjadi orang yang menjaga lidahnya, menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan

  • Menjadi orang yang merasa malu dengan Penciptanya

  • Menjadi orang yang membetulkan kesalahannya

  • Menjadi orang yang hanya memikirkan tentang ukhrawi tanpa mengutamakan duniawi

  • Menjadi orang yang meletakkan keredhaan sepenuhnya kepada Allah SWT

  • Menjadi orang yang memakmurkan kubur ketika matinya nanti

13

TINGGALNYA AL-QURAN

Mereka akan berasa menyesal yang amat sangat, sehinggakan yang sudah mati nak kembali ke dunia.


يقول يليتنى قدمت لحياتى

"Dia mengatakan : Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu mengerjakan (amal salih) untuk hidupku ini " .


رب ارجعون, لعلى اعمل صلحا فيما تركت

" Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku dapat berbuat amal salih terhadap perkara yang telah aku tinggalkan ".

(Al-mu'minun :99 -100)

14

PERINGATAN ORANG BERIMAN

Firman Allah SWT :

" Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik" .


" Ssesungguhnya tidak akan sama di antara ahli-ahli neraka dengan ahli-ahli syurga. Ahli syurga itulah merekalah orang-orang yang berjaya " .

15

GANJARAN AHLI AL-QURAN

  • Diberikannya syafaat

  • Memberi manfaat dunia dan akhirat kepada dirinya dan keluarganya

  • Dipakaikan kedua ibubapanya mahkota di hari kiamat

16

TERGOLONG 3 JENIS AHLI AL-QURAN

  • Kerana Allah SWT

  • Kerana inginkan dunia

  • Kerana bertujuan untuk berdebat

17

AKHLAK-AKHLAK AHLI AL-QURAN

  • 5. Membaca bukan kerana Allah SWT

  • 6. Guru al-Quran mengajar kerana Allah

  • 7. Pelajar yang membaca al-Quran kepada guru

  • 8. Para qari ketika membaca al-Quran

AKHLAK 2

4. AKHLAK AHLI AL-QURAN

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE