Search Header Logo
Pemasaran Digital

Pemasaran Digital

Assessment

Presentation

Computers

University

Hard

Created by

Syahida Ahmad

Used 1+ times

FREE Resource

13 Slides • 0 Questions

1

Pemasaran Digital di Malaysia (Terkini 2022)

JOM STUDY

PEMASARAN DIGITAL

media

2

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini semakin berubah ke arah digital. Sama ada suka ataupun tidak, Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memaksa kita semua mengubah cara hidup serta ekonomi dari kaedah tradisional kepada teknologi digital. Kaedah pemasaran tradisional juga sudah kurang relevan dan kini pemasaran digital sangat diperlukan. 

3

Kelebihan Pemasaran Digital

1. Sasaran Pelanggan Yang Spesifik

Pemasaran digital membolehkan anda memilih kepada siapa yang ingin disasarkan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda. Jika menggunakan iklan berbayar, penetapan iklan boleh dibuat mengikut tahap umur, jantina, minat, kata kunci, dan lokasi. 

Dengan itu, setiap pelanggan yang klik iklan adalah mereka yang berminat dengan apa yang ditawarkan. Maka, kadar pembelian juga tinggi. 

Berbeza dengan papan iklan di tepi jalan atau iklan di kaca tv. Paparan papan iklan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Kos untuk mengeluarkan iklan juga sangat tinggi. Tetapi belum tentu mereka yang melihat iklan itu berminat dengan produk yang ditawarkan. 

4

Kelebihan Pemasaran Digital

2. Keberkesanan Pemasaran Yang Boleh Diukur

Pemasaran digital memudahkan anda membuat analisis bagi setiap kempen iklan. Ini kerana, platform pengiklanan seperti Facebook Ads dan Google Ads ada menyediakan data analitik dari kempen yang anda jalankan. 

Anda boleh menggunakan pelbagai strategi pemasaran digital dan menilai keberkesanannya. Kempen yang kurang memberikan pulangan kepada perniagaan boleh ditambah baik atau dibuang. 

Manakala strategi pemasaran yang memberikan pulangan positif boleh ditingkatkan lagi bajetnya.

5

Kelebihan Pemasaran Digital

3. Tiada had sempadan

Anda ingin memasarkan produk atau perkhidmatan ke luar negara? Dengan pemasaran digital, impian mudah untuk dilaksanakan. Anda boleh berada di mana sahaja untuk memasarkan produk anda ke seluruh dunia. 

Apa yang penting, anda punyai laman web untuk memudahkan pengguna internet membuat belian. Anda kemudiannya boleh membuat penghantaran barang dengan kurier yang memberikan servis penghantaran ke luar negara. 

6

Kelebihan Pemasaran Digital

4. Komunikasi yang pantas

Dengan kehadiran internet, komunikasi dengan pelanggan dapat dilakukan dengan pantas. Segala persoalan pelanggan dapat anda jawab dengan segera melalui media sosial seperti Messenger. 

Anda juga boleh menyediakan Live Chat di laman web supaya pelanggan dapat menghubungi perniagaan anda dengan mudah dan persoalan mereka dapat diselesaikan dengan segera. 

7

media

Apa Strategi Pemasaran Digital?

8

Strategi Pemasaran Digital

1. Pay-Per-Click (PPC)

Pemasaran pay-per-click (PPC) atau pemasaran berbayar adalah kaedah pemasaran yang membawa trafik ke laman web anda dengan membayar kepada penerbit iklan setiap kali iklan anda diklik. 

Antara penerbit iklan PPC seperti Google Ads dan Bings Ads. Strategi pemasaran digital ini meletakkan iklan anda di kedudukan teratas atau tepi hasil carian Google atau Bings. 

Setiap kali ada pengguna internet yang klik iklan itu, anda akan dicaj oleh penerbit iklan berdasarkan kepada harga kata kunci yang anda bida. Kata kunci yang mempunyai banyak carian bernilai lebih tinggi berbanding kata kunci yang kurang mendapat carian. 

9

Strategi Pemasaran Digital

2. Search Engine Optimization (SEO)

Berbeza dengan pemasaran PPC yang merupakan pemasaran berbayar, Search Engine Optimization (SEO) pula adalah pemasaran percuma. 

10

Strategi Pemasaran Digital

3. Pemasaran konten

Pemasaran konten adalah strategi digital marketing seterusnya. Ia merujuk kepada pembinaan dan promosi konten untuk tujuan meningkatkan jenama, menaikkan trafik, mengumpul database serta meningkatkan jualan. 

Konten yang dikongsikan berkenaan pendidikan dan bukan hanya tentang produk atau perkhidmatan anda. Dengan memberikan ilmu yang berguna kepada audience, ia membuatkan mereka setia kepada jenama anda. 

11

Strategi Pemasaran Digital

4. Pemasaran Emel

Kebanyakan perniagaan menggunakan emel sebagai medium komunikasi. Emel digunakan dalam pemasaran digital untuk meningkatkan kepercayaan pengguna dengan berkongsi konten yang berguna, membuat hebahan jualan, diskaun, produk baru, atau apa saja acara yang diadakan syarikat. 

12

Strategi Pemasaran Digital

5. Pemasaran Media Sosial

Jika anda suka melayari Facebook, Instagram atau Tik Tok, apa kata selepas ini anda gunakan media sosial untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Media sosial adalah salah satu strategi pemasaran digital yang berkesan pada masa kini. 

Ini kerana setiap orang pasti meluangkan masa setiap hari di media sosial. Inilah peluang untuk menggunakan media sosial dengan sebaiknya dengan memberikan konten yang berguna buat audience anda. 

Media sosial adalah ruang untuk anda membuatkan jenama dikenali, membawa trafik ke laman web atau blog serta mengumpul data pelanggan. Anda juga boleh terus membuat jualan di media sosial. 

13

Strategi Pemasaran Digital

6. Pemasaran Affiliate

Pemasaran affiliate adalah strategi pemasaran digital yang berasaskan komisen. Syarikat akan memberi komisen kepada pihak ketiga (affiliate) yang membawa trafik yang membuat pembelian produk atau perkhidmatan melalui link yang dikongsikan affiliate.

Jika anda buat jualan, anda akan dibayar komisen. Jika tidak, tiada bayaran. Pendapatan affiliate tidak menentu. Untuk mendapat komisen yang banyak, anda perlu membawa trafik yang tinggi ke link affiliate. 

Caranya adalah dengan berkongsi konten yang berkualiti. Anda boleh masukkan link affiliate di laman web, blog, media sosial, ataupun Youtube. 

Pemasaran Digital di Malaysia (Terkini 2022)

JOM STUDY

PEMASARAN DIGITAL

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE