Search Header Logo
KEPERCAYAAN DALAM KELUARGA

KEPERCAYAAN DALAM KELUARGA

Assessment

Presentation

Other

5th Grade

Easy

Created by

Atiqa Syafira

Used 4+ times

FREE Resource

1 Slide • 4 Questions

1

KEPERCAYAAN DALAM KELUARGA

Slide image

2

Open Ended

Situasi 1- Azila merupakan seorang yang suka mewarna. Pada suatu hari, ibu bapanya harus pergi ke hospital setelah mendapat telefon kecemasan. Oleh itu, azila, kamalia dan amirah harus tinggal bersama jirannya. Ketika di rumah jirannya, azila serta adik beradiknya bermain dengan anak jirannya yang sebaya. Mereka mewarna dan melukis. Azila telah menconteng lantai rumah jirannya. Tidak lama kemudian, jirannya ternampak lukisan tersebut dan berasa geram lalu memanggil mereka. Apakah yang Azila patut lakukan? Mengapa?

3

Open Ended

Situasi 2 –Azizah dan kamal merupakan kembar di dalam keluarga rashid. Pada suatu hari, mereka berdua pergi bermain bersama sepupu mereka dan membawa permainan mereka bersama. Ketika sedang bermain, kamal tidak sengaja merosakkan kereta mainan azizah dan dia menyorokkan kereta mainan tersebut. Apakah benar tindakan yang dilakukan oleh kamal? Mengapa?

4

Open Ended

Situasi 3- Jakson disuruh ibunya untuk membeli barang keperluan di kedai runcit pak samad. Ibunya memberinya sejumlah wang khas untuk membeli beberapa barang. Barang tersebut ialah gula, telur dan roti. Semasa jackson hendak pergi ke kedai runcit, jackson melihat gasing yang sangat cantik dan ingin memilikinya. Sekiranya anda ialah jackson, apa tindakan yang akan anda lakukan? Mengapa?

5

Open Ended

Situasi 4- Kimi dan Kana merupakan anak buah kepada jesica. Pada suatu hari, mereka datang untuk bermain di rumah jesica. Jesica harus menjaga mereka berdua semasa ketiadaan ibu mereka. Sedang Kimi dan Hana sedang seronok bermain di ruang tamu dan tiba-tiba Jesica terdengar bunyi sesuatu pecah. Jesica bergegas ke arah ruang tamu dan mendapati bahawa pasu bunga kesayangan mamanya telah pecah. Tidak lama kemudian, mamanya pulang dan melihat kejadian tersebut. Seandainya anda adalah jesica, apakah yang bakal anda lakukan? Mengapa?

KEPERCAYAAN DALAM KELUARGA

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 5

SLIDE