

TING 2 - DARJAH PENGHABISAN
Presentation
•
Education
•
8th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 3+ times
FREE Resource
6 Slides • 5 Questions
1
TATABAHASA
DARJAH PENGHABISAN
2
Penggunaan Kata Adjektif Darjah Penghabisan
1. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh ayat :
© Secerdik-cerdik kancil, cerdik lagi Sang Buaya.
© Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
2. yang+ ter- + kata adjektif
Contoh ayat :
© Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
© Pulau yang tercantik di Malaysia ialah Pulau Tioman.
3
Penggunaan Kata Adjektif Darjah Penghabisan
3. paling + kata adjektif
Contoh ayat :
© Kawasan itu ialah kawasan yang paling mewah di Kuala Lumpur.
© Kereta yang dipandunya itu ialah kereta yang paling laju di dunia.
4. kata adjektif + sekali
Contoh ayat :
© Bangunan pejabatnya tinggi sekali.
© Rumahnya cantik sekali.
4
Penggunaan Kata Adjektif Darjah Penghabisan
5. ter- + amat/sangat + kata adjektif
Contoh ayat :
© Peralatan muzik yang digunakan oleh kumpulan pemuzik itu merupakan peralatan yang teramat canggih.
© Anak kecil itu tersangat pandai menyanyi lagu P. Ramlee.
6. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali
Contoh ayat :
© Susunan jambangan bunga itu amat cantik sekali.
© Pemandangan dari atas bukit itu sungguh indah sekali.
5
Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Perbandingan
Kata adjektif berimbuhan ter- tidak boleh disertai kata penguat seperti paling, sekali. Tidak perlu menambah kata penguat untuk menguatkan kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter-.
Pulau yang paling terbesar di Malaysia ialah Pulau Pinang. (SALAH)
Pulau yang terbesar di Malaysia ialah Pulau Pinang.(BETUL)
6
Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Perbandingan
Kata adjektif berimbuhan ter- boleh berfungsi sebagai penerang tetapi tidak boleh berfungsi sebagai predikat ayat.
Motosikal itu terlaju. (SALAH)
Motosikal itu paling laju. (BETUL)
7
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 1
Yuhanisah bermain bola jaring dengan sangat lincah sekali sehingga sukar untuk ditewaskan oleh pihak lawan.
BETUL
SALAH
8
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 2
Saya tidak dapat menghabiskan air minuman yang disediakan itu kerana rasanya terlampau sangat manis.
BETUL
SALAH
9
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 3
Makanan yang dimasak oleh ibu memang paling sedap sekali.
BETUL
SALAH
10
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 4
Hati Putera terlalu amat pedih apabila mengingati kata nista dilemparkan kepadanya.
BETUL
SALAH
11
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 5
Semangat Cikgu LK untuk kembali mengajar muridnya selepas cuti sekolah laksana setinggi-tinggi Gunung Kinabalu.
BETUL
SALAH
TATABAHASA
DARJAH PENGHABISAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 11
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Puisi
Presentation
•
8th Grade
10 questions
LITERASI BERTINGKAT (BENAR DAN SALAH)
Presentation
•
7th Grade
7 questions
Cerita
Presentation
•
7th Grade
10 questions
Quizizz Spesial Kelas 7-4
Presentation
•
7th Grade
10 questions
T3 - KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS
Presentation
•
9th Grade
9 questions
Degrees of Comparison
Presentation
•
8th Grade
8 questions
KUNCI DETERMINASI
Presentation
•
8th Grade
10 questions
TING 2 - SAJAK (DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA)
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade