Search Header Logo
Kata Adverba

Kata Adverba

Assessment

Presentation

Other

12th Grade - University

Hard

Created by

MASZELIMON SUPA'AT

Used 13+ times

FREE Resource

13 Slides • 0 Questions

1

Kata Adverba

Kata adverba ialah kata yang menerangkan frasa kerja, frasa nama, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Slide image

2

kata adverba...

contoh: hampir, acap kali, semalam, dekat, agaknya, sekali gus, bermalam-malam, selalu, sentiasa, diam-diam...

3

contoh dalam ayat:

  • 1. Kebanyakan guru kami tinggal hampir dengan kawasan sekolah. (FN+FK)

  • 2. Keadaan budak-budak lelaki di rumah anak-anak yatim itu selesa sentiasa. (FN+FA)

  • 3.Ketua pasukan bola tampar itu meletakkan keretanya dekat dengan kereta saya. (FN+FK)

  • 4. Abang Ehsan kini di hospital untuk rawatan kerana dilanggar kereta semalam. (FN+FS)

4

Kata Adverba dalam ayat...

dapat hadir dalam ayat pada dua kedudukan berikut.

a) dalam frasa di hadapan unsur yang diterangkan

b) dalam frasa di belakang unsur yang diterangkan

5

Kata Adverba di hadapan unsur yang diterangkan...

Contoh:

(kata adverba) [Unsur yang diterangkan ]

(begitu) [ cantik]

(hampir) [terjatuh]

(betil-betul) [gembira]

(sering kali) [di rumah abangnya]

(selalu) [memperkatakan hal itu]

(kelak) [akan ke sanan]

6

contoh dalam ayat...

1. Begitu cantik bajunya tetapi anak kecil itu masih tidak puas hati. (FN+FA)

2. Murid yang berkali-kali ke perpustakaan ialah murid Tingkatan 2 Hijau.(FN+FN)

3. Lelaki tua itu hampir trejatuh sewaktu menuruni tangga bangunan tersebut. (FN+FK)

7

b) Kata Adverba di belakang unsur yang diterangkan

contoh

(unsur yang diterangkan) [kata adverba]

(terletak) [jauh]

(hari) [esok]

(berjalan) [cepat-cepat]

(terjadi) [demikian]

(dikenang) [selalu]

(berniaga) [kecil-kecilan]

8

contoh dalam ayat...

1. Mereka lima beranak akan ke Melaka pada hari esok. (FN+FS)

2.Kumpulan pendaki bukit itu sesat bermalam-malam di dalam hutan. (FN+FK)

3. Sepanjang cuti persekolahan baru-baru ini, Amir di rumah bersendirian. (FN+FK)

4. Dalam surat itu, saya memaklumkan bahawa rumah kami terletak jauh dari pekan. (FN+FK)

9

PERHATIAN!

Terdapat beberapa kata adverba yang boleh hadir pada dua kedudukan, iaitu di hadapan unsur yang diterangkan

dan

di belakang unsur yang diterangkan...

10

contoh...

kata adverba - sentiasa

a) sentiasa sihat

b) sihat sentiasa


kata adverba - selalu

a) selalu memperkatakan hal itu

b) memperkatakan hal itu selalu


kata adverba - kelak

a) kelak akan ke sana

b) akan ke sana kelak sambung...


11

contoh seterusnya...

kata adverba - agaknya

a) agaknya besar

b) besar agaknya


kata adverba - segera

a) segera berlepas

b) berlepas segera

12

contoh dalam ayat...

1. (a) Pada masa ini Datin Rafeah sentiasa sihat

(b) Pada masa ini Datin Rafeah sihat sentiasa.


2(a) Mereka sungguh teruja dan selalu memperkatakan hal itu.

(b) Mereka sungguh teruja dan memperkatakan hal itu selalu.


3(a) Bas ekspres yang dinaiki oleh Sarimah segera berlepas ke destinasinya.

(b) Bas ekspres yang dinaiki oleh Sarimah berlepas segera ke destinasinya.


13

SEMOGA BERMANFAAT

MS1JULAI21


Kata Adverba

Kata adverba ialah kata yang menerangkan frasa kerja, frasa nama, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE