

Langkah-Langkah Memanah
Presentation
•
Other
•
7th - 12th Grade
•
Medium
Abg. Ashmirul Bin Abg. Abu Nawas
Used 5+ times
FREE Resource
14 Slides • 11 Questions
1
Langkah-Langkah Memanah
Abg. Ashmirul Bin Abg. Abu Nawas

2
Terdapat 10 langkah utama di dalam memanah iaitu
Stance (berdiri)
Nocking the Arrow (memasukkan anak panah)
Drawing hand and bow hand (Tangan menarik dan tangan memegang)
Pre-draw (tarikan tidak penuh)
Full-draw (tarikan penuh)
Anchor (menekul)
Holding and Aiming (Menahan dan membidik)
3
10 langkah utama di dalam memanah
Release (melepas)
Follow through (ikut lajak)
Relaxing (Rehat)
4
Stance (berdiri)
Pemanah berdiri tegak dengan kedudukan yang selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah mengangkangi garisan penahan. Kaki pemanah sepatutunya lebih kurang sama jarak dengan bahu pemanah dimana berat bahu ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil.
5
Nocking the arrow (memasukkan anak panah)
Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara
meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah
penanda nocking.
6
Drawing hand and bow hand
Kebiasaannya tiga jari digunakan untuk tujuak menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis di sebelah bawah. Jari dibengkokkan supaya sendi ketiga-tiga jari tersebut sebaris dengan tali panah. Sedikit ruang diberikan antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidak menyentuh anak panah. Ini bagi mengelakkan dari anak panah "pinching".
7
Pre draw
Luruskan tangan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegang busar. Kemudian, angkat tangan lengan pemegang busar dan lengan penarik tali serentak pada kedudukan.Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak boleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau ke belakang kerana ini akan mengubah jarak tarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh.
8
Full Draw
Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan memberikan keseimbangan pada badan.
9
Anchor
Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka. Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan ke dalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu dan hidung sekiranya boleh. Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang, jadi adalah penting untuk mengekalkan kedudukan-kedudukan tersebut dengan konsistan. Ia juga untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten.Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akan mengubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.
10
HOLDING ( MENAHAN )
AND AIMING ( MEMBIDIK )
Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot belakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran. Semasa sight digerakkan ke arah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari.
11
Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk memastikan semuanya berada ddi kedudukan yang betul. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran, adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar di sekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.
Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah dan apabila sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas.
12
Release (Pelepasan)
Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia. Untuk melepaskan anak panah dengan betul, tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari.Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak. Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang kerana otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher
13
FOLLOW THROUGH ( IKUT LAJAK )
Ikut lajak (follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan
anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.
14
Relaxing (Rehat)
Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dalam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat
juga digunakan untuk manganalisis keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.
15
Multiple Choice
Berikut adalah 10 kaedah dalam memanah kecuali
Knocking arrow
Release
Follow up
Anchor
16
Multiple Choice
Langkah pertama yang perlu oleh seseorang memanah sebelum melakukan panahan adalah ...
stance
nocking arrow
anchor
buy an arrow
17
Multiple Choice
Nocking the arrow bermaksud
menajamkan anak panah
memasukkan anak panah
menyimpan anak panah
menyusun anak panah
18
Multiple Choice
Di dalam proses drawing the hand, pemanah menggunakan
tiga jari
empat jari
lima jari
enam jari
19
Multiple Choice
Di dalam proses pre-draw, seseorang pemanah mesti memastikan kedudukan bahu pada aras yang _____.
tinggi
rendah
atas
tengah
20
Multiple Choice
Ketika proses full draw, pemanah menarik tali sehingga terkena ______
dahi
mata
telinga
dagu
21
Multiple Choice
Anchor adalah proses dimana tali pemanah terkena pada bahagian ________ muka.
mata
telinga
dahi
dagu
22
Multiple Choice
Di dalam proses holding and aiming, apabila pin digerakkan ke atas, anak panah akan menuju ke ________.
tengah
bawah
kiri
kanan
23
Multiple Choice
Proses release yang baik adalah apabila tangan penarik bergerak ke __________ sewaktu proses pelepasan.
depan
atas
belakang
tepi
24
Multiple Choice
Di dalam proses follow through, adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busur supaya anak panah tidak menembak __________ dari sasaran.
tinggi
serong
rendah
kekanan
25
Multiple Choice
Tempoh rehat bagi seseorang pemanah selepas selesai semua proses adalah
30 saat
40 saat
50 saat
60 saat
Langkah-Langkah Memanah
Abg. Ashmirul Bin Abg. Abu Nawas

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 25
SLIDE
Similar Resources on Wayground
27 questions
Tutoring Olim IPA_16 November 2021
Lesson
•
7th - 10th Grade
12 questions
lingkaran
Lesson
•
KG - University
26 questions
hikayat abu nawas-pesan bagi para hakim
Lesson
•
10th Grade
18 questions
Mengenal Lingkaran
Lesson
•
8th Grade
11 questions
Kemahiran Membaca
Lesson
•
7th - 9th Grade
15 questions
Persamaan Lingkaran
Lesson
•
11th Grade
26 questions
Lingkaran
Lesson
•
5th - 9th Grade
15 questions
Cara mengambil ukuran tubuh untuk membuat pola rok
Lesson
•
10th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
5.P.1.3 Distance/Time Graphs
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Fire Drill
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Hargrett House Quiz: Community & Service
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
4th Grade
Discover more resources for Other
23 questions
Conflict Resolution
Lesson
•
6th - 8th Grade
25 questions
Early Republic 8th Grade US History
Quiz
•
8th Grade
12 questions
Digital Ethics Challenge
Quiz
•
10th Grade
10 questions
SMS Library Quiz
Quiz
•
6th - 8th Grade
14 questions
Volume of rectangular prisms
Quiz
•
7th Grade
17 questions
Figurative Language
Quiz
•
7th Grade
15 questions
Pythagorean Theorem Word Problems Quizizz
Quiz
•
8th Grade
10 questions
Cell Organelles and Their Functions
Interactive video
•
6th - 10th Grade