
WUKUF DI ARAFAH
Presentation
•
Fun
•
1st Grade - Professional Development
•
Practice Problem
•
Easy
mukmin abdul
Used 5+ times
FREE Resource
13 Slides • 7 Questions
1
WUKUF DI ARAFAH
Wukuf di Padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
2
Multiple Choice
Wukuf di Arafah adalah termasuk didalam rukun haji?
Ya
Tidak
3
Sejarah
Hari wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud Hari Renungan di mana Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya yang berturut-turut, akhirnya Baginda memahami maksud mimpi itu.
4
Multiple Choice
Hari Wukuf juga dikenali sebagai _____?
Hari Tarwiyah
Hari Hurriyyah
Hari A'lamiyyah
5
Sejarah
Bolehlah diertikan bahawa di Arafah, manusia mengenali Tuhannya dan mereka datang ke tempat itu untuk mengakui dosanya serta memohon keampunan. Justeru, apa juga ibadah pada hari itu tidak diragukan kerana ia hari yang dibanggakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
6
Multiple Choice
Apakah tujuan manusia dituntut datang ke Arafah?
Untuk menziarahi kubur nabi Adam
Untuk memohon keampunan
Untuk memanjat bukit Arafah
7
Sejarah
Arafah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika itulah berkumpulnya semua jemaah haji dalam keadaan penuh khusyuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT.
8
Ganjaran Haji Tanda Berjihad
Rasulullah SAW bersabda: "Tiada hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada 10 hari pertama dari bulan Zulhijah". Mereka (sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah berjihad di jalan Allah lebih utama darinya?" Baginda SAW bersabda: "Bukanlah berjihad di jalan Allah itu lebih utama darinya, kecuali seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya, lalu ia kembali dengan tangan yang kosong tiada ganjaran." (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
9
Ganjaran Haji Tanda Berjihad
Ini menunjukkan ganjaran haji mestilah diperoleh sebagai tanda seseorang itu benar-benar berjihad di jalan Allah SWT. Kemuliaan 10 Zulhijjah telah diakui Baginda SAW dalam sabdanya: "Tidak ada hari yang lebih mulia di sisi Allah, dan tidaklah paling disukai Allah di dalamnya melainkan dari hari yang sepuluh, maka perbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir." (Riwayat Tabrani )
10
Multiple Choice
Berdasarkan hadis tersebut, hari apakah didalam bulan Zulhijjah yang diakui kemuliannya oleh baginda Rasulullah?
09 Zulhijjah
10 Zulhijjah
11 Zulhijjah
12 Zulhijjah
11
Waktu Wukuf di Arafah
Ulama bersepakat ibadah wukuf di Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya. Saban tahun umat Islam menghadiri perhimpunan ini bagi mengingati perhimpunan dihadiri Rasulullah SAW dan menyampaikan amanat kepada umatnya.
12
Multiple Choice
Bilakah waktu yang betul untuk wukuf di Arafah?
Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesembilan
Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu asar pada hari kesepuluhnya
Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya
13
Maksud Wukuf
Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).
14
Multiple Choice
Apakah maksud bagi perkataan wukuf?
Berjalan
Berhenti
Berlari
Berkumpul
15
Jabal Rahmah
Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafah yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan
dipisahkan di dua daratan.
16
Multiple Choice
Apakah maksud "Jabal Rahmah"?
Bukit Kasih Sayang
Bukit Pertemuan
Bukit Peperangan
17
Syarat Berwuquf
1.Telah berihram dengan niat haji
2. Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
18
Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah
1. Mandi sunat wukuf
2. Bertaubat
3. Solat berjemaah
4. Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar
5. Membaca Al-Quran
19
Hikmah Wukuf
1. Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
2. Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
3. Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
4. Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
20
Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
WUKUF DI ARAFAH
Wukuf di Padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 20
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
Indonesia Edu Webinar REFO-QUIZIZZ 26 Juli 2022
Presentation
•
KG - Professional Dev...
16 questions
adivina el personaje biblico
Presentation
•
2nd Grade - University
15 questions
Barisan Aritmatika
Presentation
•
KG
14 questions
GESTIONE DELLA SICUREZZA A BORDO V F LOG
Presentation
•
5th Grade
16 questions
Tema Binatang
Presentation
•
KG
11 questions
Quiz Literasi Gen Z
Presentation
•
KG
19 questions
Tata Surya dan Luar Angkasa
Presentation
•
KG
18 questions
Presentasi Asesmen
Presentation
•
KG - University
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Fun
15 questions
Star Wars Trivia
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Fun Trivia
Quiz
•
2nd - 4th Grade
21 questions
Star Wars
Quiz
•
KG - 12th Grade
20 questions
Cartoon Characters
Quiz
•
12th Grade
15 questions
General Knowledge Trivia - Middle School
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Fun Brain Riddles and Teasers Quiz
Quiz
•
8th Grade
46 questions
Fun Trivia
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Guess the Disney Character
Quiz
•
3rd Grade