
Ulangkaji Tenaga
Presentation
•
Science
•
4th Grade
•
Medium
Morisah Dali
Used 4+ times
FREE Resource
32 Slides • 18 Questions
1
Ulangkaji Tenaga
Unit 7 (Sains Fizikal)
2
Tenaga dan Sumbernya
Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel suria.
Air yang mengalir menggerakkan turbin di empangan untuk menjanakan elektrik.
3
Tenaga dan Sumbernya
Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan atau tinja haiwan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik
Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan elektrik
4
Tenaga dan Sumbernya
Bahan api fosil (daripada tumbuhan dan haiwan yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu) seperti peteroleum, gas asli dan arang batu dibakar untuk menjanakan elektrik
Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan elektrik
5
Tenaga dan Sumbernya
Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan elektrik di stesen janakuasa nuklear
Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk menjanakan elektrik
6
Multiple Choice
Rajah menunjukkan sebuah kereta sedang bergerak. Apakah sumber tenaga bagi kereta itu bergerak.
Angin
Biojisim
Bahan nuklear
Bahan api fosil
7
Penerangan
Sumber tenaga yang digunakan oleh kereta adalah Bahan Api Fosil iaitu petroleum
8
Multiple Choice
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah diperolehi daripada tumbuhan dan haiwan yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu?
Air
Biojisim
Sel kering
Bahan api fosil
9
Penerangan
Biojisim salah kerana biojisim bukan terbentuk daripada haiwan atau tumbuhan yang mati beribu-ribu tahun dahulu.
Sumber tenaga yang terbentuk daripada haiwan dan tumbuhan yang mati beribu-ribu tahun dahulu adalah Bahan Api Fosil
10
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah menggunakan angin sebagai sumber tenaga?
Kereta
Kapal terbang
Basikal
Kapal layar
11
Penerangan
Kapal layar tidak memerlukan minyak atau gas untuk belajar tetapi menggunakan angin untuk bergerak kerana angin akan meniup kain layar pada kapal layar yang menyebabkan kapal layar bergerak
12
Bentuk Tenaga
Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada matahari
Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan
Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya
13
Bentuk Tenaga
Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar
Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar elektrik yang lengkap
Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan. bahan api fosil, biojisim atau bateri
14
Bentuk Tenaga
Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak
Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang berada pada suatu ketinggian, direngangkan atau dimampatkan
Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam bahan nuklear seperti uranium
15
Multiple Choice
Rajah menunjukkan alat X yang dipasang dibumbung sebuah rumah. Apakah sumber tenaga untuk alat X berfungsi?
Angin
Matahari
Biojisim
Bahan api fosil
16
Penerangan
Alat X akan menyerap tenaga yang dikeluarkan daripada matahari iaitu Tenaga Suria untuk berfungsi
17
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah mempunyai tenaga kinetik?
18
Penerangan
Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak. Dalam pilihan jawapan yang diberikan, hanya budak berlari sahaja yang memiliki tenaga kinetik kerana budak tersebut berlari (berlari)
19
Multiple Choice
Antara bentuk tenaga berikut, yang manakah tidak terlibat apabila televisyen dihidupkan?
Tenaga cahaya
Tenaga haba
Tenaga kinetik
Tenaga elektrik
20
Penerangan
Tenaga yang tidak dimiliki oleh televisyen apabila dihidupkan adalah tenaga kinetik kerana televisyen tidak bergerak selepas dihidupkan 😂
21
Multiple Choice
Rajah menunjukkan seorang budak lelaki sedang menggunakan lastik. Apakah bentuk tenaga yang terdapat pada getah lastik yang direngangkan pada lastik itu?
Tenaga kimia
Tenaga haba
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan
22
Penerangan
Tenaga yang dimiliki oleh objek yang direngang adalah tenaga keupayaan
23
24
Contoh Perubahan Tenaga
25
Contoh Perubahan Tenaga
26
Contoh Perubahan Tenaga
27
Multiple Choice
Rajah menunjukkan sebuah lampu suluh. Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila lampu suluh itu dihidupkan?
Tenaga kimia → Tenaga cahaya + Tenaga haba
Tenaga eletrik → Tenaga cahaya + Tenaga haba
Tenaga kimia → Tenaga elektrik → Tenaga cahaya
Tenaga kimia → Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + Tenaga haba
28
Penerangan
Tenaga yang dimiliki oleh lampu suluh sebelum dihidupkan adalah tenaga kimia. Tenaga kimia ini akan diubah kepada tenaga elektrik. Seterusnya, tenaga eletrik tersebut diubah lagi kepada tenaga cahaya dan tenaga haba.
Sebab itu selepas lampu suluh dihidupkan, ada cahaya terbentuk dan mentol akan menjadi panas.
29
Multiple Choice
Antara aktiviti berikut, yang manakah mengubah tenaga kimia kepada tenaga cahaya dan tenaga haba?
Menyalakan lilin
Menggunakan seterika elektrik
Mengayuh basikal
Menyalahkan lampu suluh
30
Penerangan
Hanya 2 pilihan sahaja yang mengeluarkan cahaya iaitu menyalakan lilin dan menyalakan lampu suluh.
Jawapan yang tepat adalah menyalakan lilin kerana tenaga kimia terus berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba tanpa perlu tenaga elektrik.
31
Multiple Choice
Antara peralatan elektrik berikut, yang manakah mengubah tenaga elektrik kepada tenaga haba apabila berfungsi?
32
Penerangan
Dalam pilihan jawapan yang diberikan, hanya pembakar roti yang menukarkan terus tenaga eletrik kepada tenaga haba.
33
Multiple Choice
Berikut merupakan perubahan tenaga.
Tenaga kimia → Tenaga kinetik
Antara aktiviti berikut, yang manakah melibatkan perubahan tenaga seperti yang di atas.
Menyalakan lilin
Mengayuh basikal
Menghidupkan kipas meja
Membakar sate dengan arang
34
Penerangan
Berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan, hanya mengayuh basikal dan menghidupkan kipas meja sahaja yang menunjukkan berlakunya pergerakkan.
Jawapan yang paling tepat adalah mengayuh basikal. Ini kerana menghidupkan kipas meja bermula daripada tenaga elektirk
35
Multiple Choice
Rajah menunjukkan Hassan sedang membakar ayam menggunakan arang. Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam situasi dalam rajah?
Tenaga kimia → Tenaga haba → Tenaga cahaya
Tenaga kimia → Tenaga haba + Tenaga cahaya
Tenaga kimia → Tenaga kinetik → Tenaga haba
Tenaga kimia → Tenaga kinetik → Tenaga haba
36
Penerangan
Perubahan tenaga yang berlaku adalah daripada tenaga kimia iaitu yang dimiliki oleh arang dan diubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya (bara api) semasa Hassan membakar sate iaitu perubahan yang diperhatikan pada arang.
37
38
Multiple Choice
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga yang boleh dibaharui?
Tenaga yang mudah diperolehi
Tenaga yang boleh dijana secara berterusan
Tenaga yang berasal daripada tumbuhan dan haiwan mati
Tenaga yang menyebabkan pencemaran udara
39
Penerangan
Tenaga yang boleh dibaharui adalah tenaga yang boleh didapati secara berterusan dan tidak terhad.
Manakala, tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga yang akan habis sesuatu hari nanti dan terhad.
40
Multiple Choice
Peta bulatan pada Rajah menyenaraikan sumber tenaga yang boleh dibaharui. Antara yang berikut, yang manakah boleh mewakili J dan K?
J: Bahan nuklear
K: Air
J: Biojisim
K: Petroleum
J: Arang batu
K: Gas asli
J: Air
K: Biojisim
41
Penerangan
Dalam pilihan jawapan yang diberikan hanya biojisim dan air sahaja yang tidak akan habis dan tidak terhad.
42
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah sumber tenaga yang boleh dibaharui?
43
Multiple Choice
Maklumat berikut menerangkan tentang sumber tenaga P.
Sumber tenaga yang terhad dan akan kehabisan suatu hari nanti.
Bahan api untuk kenderaan.
Mencemarkan alam sekitar.
Apakah sumber tenaga P?
Angin
Biojisim
Arang
Petroleum
44
Penerangan
Dalam pilihan jawapan, terdapat 2 sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui iaitu arang dan petroleum. Tetapi yang digunakan dalam kenderaan adalah petroleum. Maka jawapan tepat adalah petroleum.
45
46
47
Multiple Choice
Rajah menunjukkan satu cara untuk memperoleh tenaga yang boleh dibaharui. Apakah yang akan berlaku jika penggunaan tenaga itu dipertingkatkan?
Menurunkan kadar pencemaran udara
Meningkatkan penggunaan tenaga angin
Mengurangkan sumber bahan api fosil
Meningkatkan penggunaan tenaga yang tidak boleh dibaharui
48
Penerangan
Tenaga suria tidak menyebabkan pencemaran. Maka apabila berlakunya peningkatan penggunaan tenaga ini, ia boleh mengurangkan pencemaran uadara.
49
Multiple Choice
Apakah langkah terbaik untuk menjimatkan tenaga?
Kitar semula bahan buangan
Memandu berseorangan ke pejabat
Bermain permainan komputer selama berjam-jam
Membiarkan pendingin hawa terbuka semasa keluar rumah supaya suhu kekal sejuk
50
Ulangkaji Tenaga
Unit 7 (Sains Fizikal)
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 50
SLIDE
Similar Resources on Wayground
45 questions
Matematika Kelas 12 MIPA
Presentation
•
3rd Grade
45 questions
PENILAIAN HARIAN BAB 8 DAN BAB 9 KELAS 5
Presentation
•
5th Grade
47 questions
MATERI DAN SOAL-SOAL TEMA 5
Presentation
•
3rd Grade
43 questions
8.4 KEGUNAAN SINARAN RADIOAKTIF
Presentation
•
3rd Grade
44 questions
MESIN RINGKAS
Presentation
•
2nd - 4th Grade
43 questions
Sistem Pernapasan Hewan
Presentation
•
5th Grade
44 questions
Untitled PresentationMengenal Peta Indonesia
Presentation
•
4th Grade
45 questions
ORGAN GERAK dan CARA BERGERAK HEWAN , MANUSIA
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
5th Grade
55 questions
A Long Walk to Water Final Review
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Equation Word Problems
Quiz
•
7th Grade