

FEQAH 1 (3) 29/7/21
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
Used 1+ times
FREE Resource
28 Slides • 0 Questions
1
FEQAH 1 (3)
SOLAT SUNAT MUSAFIR, IHRAM,ISTIKHARAH

2
1. SOLAT SUNAT MUSAFIR
atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
3
RASULULLAH SAW :
ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر
“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)
4
PANDUAN BERMUSAFIR
Niat dengan tujuan yang baik
Memulakn musafir pada hari khamis. Diriwayat oleh Bukhaori ( Bahawa Rasulullah saw jika ia bermusafir jarang sekali berangkat bukan pada hari khamis
Elakkan seorang diri dan sunat membawa teman yg soleh ketika bermusafir. Dari Ibnu Umar r.a : ‘ Bahawa Rasulullah saw melarang bersendiri,ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir ‘ . Riwayat Ahmad
Mandi sunat bermusafir
Menyediakan bekalan secukupnya
Sunat mengucapkan Selamat Tinggal
5
Sunat meminta mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan atau musafir.
Sunat berdoa ketika berangkat dari rumah.
Jika jarak musafir tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah maka Allah memberi kemudahan kepada kita menjama’ dan mengqosarkan sembahyang fardhu
Sunat memaklumkan tentang tmpt yg dituju dan perkara yg ingin dilakukan
6
CARA SOLAT
2 rakaat
RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Kafirun
RAKAAT KEDUA : Surah Al-Ikhlas /An-Naas
SELEPAS SALAM : Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Kelebihan AYAT KURSI sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari SURAH AL-QURISY adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir)
Doa naik kenderaan
7
LAFAZ NIAT
أُصَلِّي سُنَّةً السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat kerana bemusafir dua rakaat kerana Allah taala.”
8
DOA MEMULAKAN PERJALAN (MUSAFIR)
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
”Ya Allah,kami memohon pada perjalanan kami ini kebaikan, ketaqwaan, dan amalan yang engkau redhai. Ya Allah,mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan pendekkanlah perjalanan ini.Wahai Tuhan kami,Engkaulah pengiring di dalam perjalanan ini dan Penjaga keluarga kami. Ya Tuhan kami,kami memohon di pelihara daripada segala kesusahan perjalanan ini dan perkara-perkara buruk yang dilihat dan berlaku kepada harta dan keluarga kami.”
9
DOA NAIK KENDERAAN
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya
10
KELEBIHAN/MANFAAT SOLAT SUNAT MUSAFIR
Penting bagi kita untuk meletakkan pengharapan kita kepada-Nya sahaja
Mohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan, dan daripada kepulangan yang teruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga
Ibadah kerna Allah
semoga sentiasa diberkati Allah.
11
KELEBIHAN/MANFAAT BERMUSAFIR
Mustajab doa org yg bermusafir
Dpt melihat kehebatan dan kebesaran ciptaan Allah SWT
Dpt menghayati perjuangan para anbia
Terbitkan perasaan syukur dalam diri akan nikmat serta keamanan yang ada di tempat kita.
Mengeratkan silaturahim sesama manusia tidak kira agama dan budaya
12
2. SOLAT SUNAT IHRAM
solat dua rakaat yang didirikan sebelum berniat memulakan ibadah haji atau umrah. Iaitu solat sunat dilakukan selepas siap mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram.
Solat sebelum berihram bukanlah sebagai satu syarat sahnya ihram, tetapi HUKUMNYA sunnah menurut majoriti ulama.
13
WAKTU DIDIRIKAN
Solat sunat ihram didirikan ketika para jemaah di MIQAT (tempat perhentian sebelum masuk ke kota makkah).
Adapun miqat para jemaah haji dari ASIA TENGGARA kebiasaannya di Jeddah atau Yalamlam.
Sekiranya jemaah haji terus masuk ke Mekah dari Malaysia maka laksanakan solat tersebut di KLIA (lapangan terbang)
14
AMALAN-AMALAN BERIHRAM
Amalan sunat sebelum berihram
Amalan sunat semasa berihram
Amalan sunat selepas berihram
15
PANDUAN SOLAT SUNAT IHRAM
Adab ihram : niat mandi sunat ihram
Solat sunat ihram tidak boleh dilakukan pd 5 WAKTU TAHRIM :
1. Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari
2. Semasa naiknya matahari hingga lebih kurang satu pertiga selepas matahari naik
3. Semasa matahari tegak hingga tergelincir iaitu waktu zohor
4. Selepas solat asar hingga terbenamnya matahri
5. Waktu matarahi kekuningan hingga terbenam
16
DALIL MANDI SUNAT IHRAM
أحدها السنة أن يغتسل قبل الإحرام غسلا ينوي به غسل الإحرام
“Salah satunya, sunnah mandi sebelum ihram dengan mandi yang diniatkan ihram,” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Idhah fi Manasikil Hajj pada Hasyiyah Ibni Hajar, [Beirut, Darul Fikr: tanpa catatan tahun], halaman 76).
17
LAFAZ NIAT MANDI SUNAT IHRAM
نَوَيْتُ غُسْلَ الِإحرَام سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah taala
18
CARA SOLAT
2 Rakaat
RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Kafirun
RAKAAT KEDUA : Surah Al-Ikhlas /An-Naas
SELEPAS selesai solat sunat Ihram BERNIAT IHRAM (ihram umrah/haji)
19
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT IHRAM
أُصَلِّي سُنَّةَ الْإِحْرَامِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala
20
3. SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Istikharah dari segi amalan adalah bermaksud untuk meminta yang terbaik. Kadang-kala kita didatangi dengan pelbagai pilihan, samada yang menarik atau tidak.
Ada buruk dan baiknya dalam memilih antara dua. Kadang-kala pula, tiada pilihan langsung dimana kita sedang terduduk buntu memilih jalan dan pintu apa yang harus dilalui.
21
SABDA RASULULLAH SAW
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
22
WAKTU SOLAT
Bergantung kepada setiap individu. Ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, pagi, petang atau malam.
23
PANDUAN SOLAT
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya.
boleh dilakukan pada waktu selain waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
Bilangan rakaat boleh 2 rakaat/lebih
24
CARA SOLAT
Lafaz niat
2 Rakaat
RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun / tujuh kali ayat Al-Kursi
RAKAAT KEDUA : Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas
Ketika sujud terakhir, pohonlah kepada Allah S.W.T memberikan petunjuk yang terbaik untuk diri kita. Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan.
Memberi salam
Doa solat istkihrah
25
DOA SOLAT ISTIKHARAH
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.”
“Ya Allah, dalam urusan memilih kerja ini, sekiranya aku memilih kerja sebagai __________ di __________ itu baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku.”
“Ya Allah, sesungguhnya dalam urusan memilih kerja ini, sekiranya aku memilih kerja sebagai ___________ di ___________ itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”
26
LAFAZ NIAT
"Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala" .
27
PETUNJUK SELEPAS SOLAT
Perlukah tunggu mimpi selepas solat istikharah? Pilihan kadang-kala dipertunjukkan melalui :
1. Mimpi
2. Gerak hati
3. Kadang-kadang tidak ada petunjuk pun
Setelah berusaha memilih, bertanya dan berdoa, apa yang anda perlu buat ialah berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.
Walaubagaimanapun, kita tidak semestinya akan ternampak mimpi atau tanda. Allah Maha Berkuasa. Kemungkinan Allah SWT akan meletakkan sedikit kecenderungan di dalam hati kita untuk menjalankan sesuatu tindakan atau sebaliknya.
28
KELEBIHAN/MANFAAT
Menguatkan hubungan Makhluk dengan Sang Pencipta
Menenangkan fikiran dan memberi keyakinan
Mengingati kisah Nabi Ibrahim mendapat ilham mengorbankan anaknya melalui mimpi
Kisah Nabi Yusuf dan kehebatannya menafsir ilmu mimpi
Mengikut amalan anjuran Nabi Muhammad SAW
FEQAH 1 (3)
SOLAT SUNAT MUSAFIR, IHRAM,ISTIKHARAH

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 28
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Menuai Keberkahan dengan Rasa Hormat dan Taat kepada Orangtu
Presentation
•
3rd Grade
23 questions
PEL 24 MALU PERISAI IMAN T2
Presentation
•
2nd Grade
18 questions
SOLAT JENAZAH TAHUN 6
Presentation
•
3rd - 5th Grade
17 questions
Miqdad
Presentation
•
3rd - 4th Grade
21 questions
SOAL LOMBA PAI
Presentation
•
1st - 5th Grade
25 questions
ADAB - ADAB BERDOA
Presentation
•
1st - 3rd Grade
21 questions
Religious Studies
Presentation
•
3rd Grade
23 questions
Surah Al- A'laq Ayat 1- 5
Presentation
•
3rd Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Religious Studies
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
17 questions
CAASPP Math Practice 3rd
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
counting money
Quiz
•
3rd Grade