Search Header Logo
FEQAH 1 (4) 2/8/21

FEQAH 1 (4) 2/8/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st - 4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

Used 1+ times

FREE Resource

18 Slides • 0 Questions

1

FEQAH 1 (4)

SOLAT SUNAT HAJAT, TAHJUD

Slide image

2

1. SOLAT SUNAT HAJAT

solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Mengharapkan pertolongan drpd Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dgn keazaman dan usaha yg gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

3

DALIL : HADIS

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

4

PANDUAN SOLAT HAJAT

  • Dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam

  • Hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu

  • Berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri

  • Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

5

CARA SOLAT

  • Lafaz niat

  • Bacaan Al-Fatihah

  • RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Kafirun / Ayat Kursi (satu kali atau 11 kali)

  • RAKAAT KEDUA : Surah Al-Ihkas (satu kali atau 11 kali)

  • Membaca tasbih : Sebaik sahaja selesai solat (slps memberi salam) , terus sujud sekali lgi

  • Wirid slps solat : a)  Istighfar (10/100 kali) b) Zikir c) Selawat (10/100 kali) d) Doa Solat Hajat

6

TASBIH

لَا إِلهَ إلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


"Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya" .

7

DOA SOLAT HAJAT

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِن كُلِّ إِثْم ٍوَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَسْمَعُ كَلَامِي، وَتَرَى مَكَانِي وَتَعْلَمُ سِرِّي وَعَلَانِيَتِي وَلَا يَخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِي وَأَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيرُ وَالْمُسْتَغِيثُ الْمُسْتَجِيرُ وَالْوَجِلُ الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ الْمَعْتَرِفُ إِلَيْكَ بِذَنبِهِ أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمِسْكِينِ وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ إِبْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذّلِيلِ وَأَدْعُوكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيرِ دُعَاءَ مَنْ خَضَعَتْ لَكَ رَقَبَتُهُ وَذَلَّ لَكَ جسْمُهُ وَرَغِمَ لَكَ أَنفُهُ.

8

MAKSUDNYA :

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

9

FADHILAT

  • Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.

  • Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.

  • Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

  • Menyedari kita adalah manusia yang sangat lemah dan sangat memerlukan bantuan dan pertolongan dari Allah

  • Mengajar erti sabar dan redha dalam menunggu permohonan dikabulkan Allah

10

2. SOLAT SUNAT TAHJUD

Solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

11

DALIL : AL-QURAN



“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 

(Surah Isra’; ayat 79)


12

DALIL : HADIS

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

13

CARA SOLAT

  • Lafaz niat

  • Bacaan Al-Fatihah

  • RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi 7x

  • RAKAAT KEDUA : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas 11x

14

TUJUAN SOLAT SUNAT TAHJUD

  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.

  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya

  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.

  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.

  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

15

FADHILAT

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

  • Doa dimakbulkan Allah.

  • Memperolehi ketenangan jiwa.

  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

16


  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

17

  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

18

TIPS MUDAH BANGUN MALAM

  • Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.

  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

  • Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.

  • Membaca ayat-ayat Al-Quran.

FEQAH 1 (4)

SOLAT SUNAT HAJAT, TAHJUD

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 18

SLIDE