

SOALAN PP STPM 2018
Presentation
•
Business
•
University
•
Easy
TUMAN AZIZAH
Used 4+ times
FREE Resource
3 Slides • 17 Questions
1
SOALAN PP STPM 2018
IKHLAS DR CG AZIZAHTUMAN

2
Open Ended
Nyatakan empat prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol.[4]
3
Open Ended
Berikan maksud gaya kepimpinan demokratik.[1]
4
Open Ended
Nyatakan tiga contoh gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusan sesebuah organisasi. [3]
5
Open Ended
Bezakan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal dari aspek matlamat, jawatan, dan bidang kuasa.[6]
6
Open Ended
Jelaskan dua alat kawalan yang sesuai digunakan bagi sesebuah syarikat yang mendapat projek membina bangunan sekolah.[6]
7
Open Ended
Huraikan dua elemen penting dalam elemen penerimaan mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan).[4]
8
Open Ended
Huraikan dua jenis barang mengikut takrifan Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan).[4]
9
Open Ended
Berikan satu contoh bagi setiap jenis barang tersebut.[2]
10
Open Ended
Huraikan tiga jenis media komunikasi.[6]
11
Open Ended
Senaraikan empat strategi dan taktik yang boleh digunakan semasa sesi perundingan antara seorang peniaga dengan pembekal.[4]
12
Open Ended
Jelaskan dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus pengeluaran dalam kilang membuat kasut.[4]
13
Open Ended
Berikan satu contoh bagi setiap jenis keputusan tersebut.[2]
14
Open Ended
Huraikan dua kegunaan maklumat kepada seseorang pembuat keputusan.[6]
15
Penang Port Sdn. Bhd.
11 Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) merupakan pelabuhan tertua di Malaysia yang mengendali, mengurus, dan menyelenggara Pelabuhan Pulau Pinang. Visi PPSB adalah untuk menjadi pelabuhan unggal di rantau ini. Pada tahun 2008, bagi membina imej korporat yang baharu ke arah penambahbaikan operasi, pihak pengurusan alasan telah melaksanakan strategi penjenamaan komunikasi.
Melalui strategi penjenamaan ini, beberapa permasalahan komunikasi dalam syarikat telah dikenal pasti dan perlu dibuat penambahbaikan. Aliran corak informasi yang dipraktikkan oleh PPSB melibatkan komunikasi yang mengalir daripada pegawai atasan kepada pekerja peringkat bawahan mengikut hierarki organisasi. Selain itu, komunikasi yang mengalir juga melibatkan maklumat daripada pekerja bawahan kepada pegawai atasan. Aliran komunikasi juga berlaku melibatkan pekerja antara jabatan dengan jawatan yang sama, seperti komunikasi antara kerani unit pentadbiran dengan kerani unit pemasaran. Terdapat juga komunikasi yang melibatkan interaksi antara pekerja yang tidak sama peringkat dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan hierarki jabatan.
Dalam konteks penyaluran maklumat kepada pekerja, walaupun PPSB mempraktikkan ketiga-tiga bentuk komunikasi, terdapat ketidakseimbangan dalam aliran informasi yang diterima oleh para pekerja. Majoriti menerima maklumat melalui aliran mendatar, iaitu perkongsian maklumat dengan rakan sekerja. Perkongsian maklumat ini lebih kepada komunikasi tidak formal, iaitu kesahihan tentang sesuatu maklumat tidak dapat dipastikan, termasuk penyaluran maklumat yang salah mengenai syarikat. Masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan aliran informasi secara formal yang disampaikan kepada pekerja secara efisien dan terancang. Hal ini dikatakan demikian kerana komunikasi dalaman yang ideal memerlukan keseimbangan antara maklumat yang diperoleh dengan maklumat yang diperlukan oleh pekerja. Apabila pekerja kurang mendapat maklumat yang diperlukan, akan timbul isu spekulasi dan khabar angin. Sebaliknya, apabila pekerja mendapat terlalu banyak maklumat, maka timbul pula situasi perlambakan maklumat, iaitu maklumat yang diterima diabaikan oleh pekerja.
Dalam konteks ini, untuk membaiki aliran informasi yang diterima daripada pihak pengurusan atasan, pihak pekerja merasakan perlu diadakan perbincangan atau mesyuarat secara bersemuka antara pihak pengurusan dengan pekerja supaya lebih efektif. Komunikasi secara bersemuka memberikan peluang kepada pekerja untuk bertanya soalan, meminta pendapat, dan memberi serta menerima maklum balas.
Menurut pekerja, mereka tidak menerima maklumat yang mencukupi berkaitan dengan isu-isu pentadbiran, seperti isu faedah pekerja, isu mengenai kebajikan pekerja, dan maklumat berkaitan dengan syarikat. Perkara ini terjadi kerana pengurusan atasan atau pegawai seliaan masing-masing tidak mengambil berat akan penerimaan maklumat yang harus dikongsi bersama pekerja bawahan. Keputusan untuk berkongsi sesuatu maklumat kadangkala terhalang oleh hierarki organisasi, maklumat yang dirasakan tidak perlu dikongsi dengan unit-unit lain, dan maklumat yang dikatakan sebagai sulit. Situasi ini bertambah buruk apabila pengurusan atasan mengharapkan pegawal seliaan untuk menyampaikan maklumat kepada pekerja bawahan, tetapi maklumat yang mengalir melalui beberapa peringkat memberikan kesan kepada ketulenan dan kesahihan.
Komunikasi dalaman yang efektif dapat membina reputasi dan kredibiliti syarikat kerana pekerja digambarkan sebagai sumber yang dipercayai oleh pemilik taruh luaran.
16
Open Ended
(a) terangkan tiga fakta tentang bentuk-bentuk komunikasi yang dipraktikkan oleh Penang Port Sdn. Bhd.[10]
17
Open Ended
(b) terangkan halangan terhadap komunikasi berkesan dan langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh Penang Port Sdn. Bhd.[20]
18
Open Ended
Terangkan lima kaedah mengurus stres dari aspek organisasi.[20]
19
Open Ended
Terangkan lima peranan dan kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengurusan perniagaan pemasangan kereta.[20]
20
TQ
AZT
SOALAN PP STPM 2018
IKHLAS DR CG AZIZAHTUMAN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 20
SLIDE
Similar Resources on Wayground
17 questions
Hubungan Erat Pancasila dan UUD 1945
Presentation
•
KG - University
13 questions
BELAJAR
Presentation
•
University
15 questions
bentuk hukum badan usaha
Presentation
•
12th Grade - University
11 questions
DAFTAR PUSTAKA
Presentation
•
University
14 questions
PENGENALAN KEPADA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Presentation
•
University
17 questions
Teknik Informatika Kelas X SMA
Presentation
•
12th Grade - University
14 questions
English interactive Lesson
Presentation
•
KG - University
13 questions
Narrative Text
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
6 questions
Secondary Safety Quiz
Presentation
•
9th - 12th Grade
10 questions
Afterschool Activities & Sports
Quiz
•
6th - 8th Grade
19 questions
ROAR Week 2026
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
15 questions
Cool Tool:Chromebook
Quiz
•
6th - 8th Grade
22 questions
would you rather
Quiz
•
3rd - 11th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Business
12 questions
Academic Integrity
Presentation
•
University
20 questions
IR Writing 201
Quiz
•
University
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
40 questions
Famous Logos
Quiz
•
7th Grade - University
4 questions
Benefits of Saving
Quiz
•
5th Grade - University
25 questions
USCB Policies and Procedures
Quiz
•
University
18 questions
Parent Functions
Quiz
•
9th Grade - University
20 questions
Empirical Rule Homwwork
Quiz
•
10th Grade - University