Search Header Logo
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DI RUMAH

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DI RUMAH

Assessment

Presentation

Other

4th - 6th Grade

Medium

Created by

YAHYA Moe

Used 2+ times

FREE Resource

33 Slides • 10 Questions

1

MENJAGA KEBERSIHAN DI RUMAH

BSMM TAHUN 5

Slide image

2

Pendahuluan

Rumah merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi manusia. Kepentingan rumah tidak dapat dinafikan lagi terutama apabila bertambahnya bilangan penduduk yang kebanyakannya di kawasan bandar. Keadaan ini sering berlaku dalam negara membangun.

3

Fungsi Rumah

* Fizikal

> Perlindungan :

= Daripada pihak lawan, binatang buas, angin, hujan dan pancaran matahari yang terik.


> Keselamatan :

= Kekukuhan, kekuatan, tidak bocor dan tidak panas.


* Sosial

> Aktiviti kemasyarakatan seperti berinteraksi dan berehat.


* Psikologi

> Iaitu dari segi ketenteraman jiwa.

Slide image

4

Rumah sempurna

  • Memenuhi prinsip dibawah :

  • 1. Ventilasi : Peredaran haba dan pengaliran udara dalam rumah mesti baik.

  • 2. Terang : Iaitu kedudukan tingkap dalam rumah mestilah membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah terutama waktu pagi.

  • 3. Kering : Lantai dan dinding rumah yang basah tidak menyegarkan pernafasan penghuni rumah.

  • 4. Sejuk : Mengekalkan suhu di dalam rumah. Contoh, syiling tinggi untuk rumah rendah dan syiling rendah untuk rumah seperti pergunungan.

5

Tahap kebersihan yang baik

* Peredaran udara

> Udara segar mudah masuk dan udara kotor mudah keluar, mengelakkan bau busuk dan menjamin kesihatan.

- Aktiviti : buka tingkap, kipas atau penghawa dingin.


* Pencahayaan

> Mendapat matahari yang cukup untuk mengelakkan kelembapan, membunuh kuman dan serangga.

- Aktiviti : bina rumah menghadap matahari terbit dan pastikan tiada yang menghalang matahari seperti pokok.

6

Sistem air

Bekalan air bersih dan mencukupi untuk minuman, pembersihan dan persucian perlu ada.

Sumber air :

a) Air perigi : seeloknya jauh dari rumah dan tempat pembuangan najis untuk memastikan kebersihan air.

b) Air sungai : masih bersih terutama di kawasan hulu sungai kerana belum dicemari dengan aktiviti pembangunan.

c) Air hujan : air hujan yang turun di kawasan kampung belum terdedah dengan aktiviti industri, masih bersih dan boleh ditakung untuk digunakan.

7


d ) Air paip : bekalan air bersih pada masa kini senang didapati kerana dibekalkan oleh kerajaan dan kebersihannya terjamin dari sebarang penyakit.

e) Sistem pembuangan sampah : sampah boleh dilupuskan dengan cara dibakar, ditanam atau dikitar semula. Namun, pencemaran air boleh berlaku sekiranya sampah dibuang ke sungai dan dapat mengundang pelbagai penyakit.

f) Sistem tandas : untuk mencegah penyebaran kuman, pembuangan najis hendaklah dengan cara selamat iaitu dengan menggunakan tandas yang sempurna.

- Aktiviti : gunakan tandas yang curah dibina di luar rumah atau tandas tarik yang menggunakan tangki septik. Pembinaannya perlu jauh dari punca air untuk mengelakkan pencemaran air.

8

Bilik mandi

# Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau ruang tempat mandi, membuang air, membasuh dan sebagainya.

# Kebersihan bilik mandi perlu diberi perhatian kerana di ruang inilah manusia terdedah secara langsung kepada serangan kuman dan bakteria.

# Bilik mandi juga merupakan kawasan dalam rumah yang mudah menyebar pelbagai penyakit.

Slide image

9

Slide image

Bilik mandi yang kotor

10

Slide image

Bilik mandi yang bersih

11

Slide image

12

Bilik tidur dan tempat tidur

~ Bilik tidur perlulah bersih agar penghuninya dapat berehat dan tidur dengan selesa bagi menghilangkan kelemahan fizikal dan mental serta menjaga kesegaran badan.

~ Ventilasi dalam bilik tidur mesti mencukupi bagi memastikan pengedaran dan pengaliran udara yang bersih dan keadaan bilik yang normal.

Slide image

13

Slide image

Bilik tidur yang kotor dan tidak kemas

14

Slide image

Bilik tidur yang kemas dan cantik

15

Slide image


16

Dapur

} Kebersihan dapur sangat perlu dijaga kerana dapur merupakan tempat penyediaan makanan sajian setiap hari.

} Dapur merupakan bahagian rumah yang paling senang untuk kotoran dan habuk melekat kerana permukaan peralatan masak dan dinding dapur yang selalu terdedah kepada asap yang berminyak.

} Maka, dinding dapur perlulah dibersihkan dengan pencuci setiap kali selepas memasak.

} Sisa makanan juga perlu dibuang di dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan dapur.

Slide image

17

Slide image

Dapur berselerak dan kotor

18

Slide image

Dapur kemas dan bersih

19

Slide image


20

Halaman rumah

+ Mestilah dijaga agar menjamin kesihatan ahli rumah.

+ Halaman yang lembap atau bersemak :

= memberi penurunan suhu dalam rumah pada siang hari.

= menganggu pernafasan penghuni rumah.

Slide image

21

Slide image

Halaman rumah semak dan kotor

22

Slide image

Halaman rumah kemas dan bersih

23

Sistem saluran longkang

> Perlu dibina bagi menjaga kebersihan dan pengaliran air longkang yang baik.

> Air daripada bilik mandi, dapur, hujan dialirkan daripada halaman rumah melalui longkang.

> Agar segala air kotor atau bersih tidak bertakung di kawasan rumah.

Slide image

24

Ancaman habuk rumah

  • Pada asasnya, kegiatan pembersihan rumah bertujuan untuk mengelakkan habuk.

  • Habuk boleh mengancam kesihatan manusia.

  • Habuk merupakan pembawa penyakit alahan (asma).

  • Habuk dirumah dihasilkan oleh : kapas, kain bulu dan sawang.

  • Terdapat kewujudan 'mite' dalam habuk yang antigenik dan membawa kesan alahan kepada kulit manusia.

25

Slide image

'Mite"

26

Pencemaran dalam rumah

- Pembakaran untuk memanaskan, menerangkan rumah, memasak dan penanaman tumbuhan dalam rumah menyebabkan pembebasan gas.

- Gas yang dibebaskan akan mengganggu sistem pernafasan dan mengancam kesihatan.

- Air dalam pasu bunga mesti ditukar supaya tidak berbau busuk dan supaya tiada tempat pembiakan nyamuk.

- Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk denggi:

= gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air.

= contohnya, pelapik pasu dan kolah.

- Penggunaan racun serangga akan menyebabkan pencemaran udara.

- Penyembur rambut dan semburan bahan kimia akan menyebabkan reaksi alahan kepada manusia.

27

Slide image

Penyembur nyamuk

28

Petua untuk kebersihan rumah

* Kuasa kopi menghilangkan bau tandas:

= kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas.

> Cara : masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

Slide image

29

Mengembalikan seri lantai marmar

- Bagi mengembalikan seri lantai marmar :

> Ambil setengah baldi air yang dicampur dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu.

Slide image

30

Cicak anti kulit telur ayam

Elakkan kehadiran cicak.

> Menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi/alahan dengan mineral kulit telur ayam.

- Cara : basuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz limau atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada dikunjungi cicak.

31

Penutup

Sebagai manusia kebersihan adalah sangat penting kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang. Jika kebersihan rumah tidak terjaga, bukan sahaja dapat mengundang persepsi buruk orang lain malah turut mengundang penyakit dan menghilangkan keselesaan kita dan ahli rumah untuk tinggal di dalam rumah tersebut.

Slide image

32

Quizizz time!

Sila jawab soalan kuiz berkenaan tajuk ini.

Slide image

33

Multiple Choice

1. Rumah adalah ...................?

1

keperluan

2

kehendak

34

Multiple Select

2. Fungsi rumah terbahagi kepada tiga iaitu?


Sila pilih 3 jawapan.

1

fizikal

2

sosial

3

psikologi

4

intelektual

35

Multiple Choice

3. Rumah sempurnai mempunyai salah satu ciri dibawah iaitu?

1

ventilasi

2

gelap

3

lembap

4

panas

36

Multiple Choice

4. Mendapat matahari yang cukup adalah dari aspek?

1

peredaran udara

2

pengcahayaan

3

saluran air

37

Multiple Choice

5. Sistem air untuk sesebuah rumah terbahagi kepada?

1

3

2

4

3

5

4

6

38

Multiple Choice

6. Bilik air yang besih baik untuk mengelakkan daripada pelbagai penyakit.

1

betul

2

salah

39

Multiple Choice

7. Bilik tidur yang tidak kemas adalah ciri-ciri rumah yang bersih.

1

betul

2

salah

40

Multiple Choice

8. Kebersihan tempat memasak adalah salah satu ciri kebersihan di dalam rumah yang mana?

1

bilik air

2

bilik tidur

3

ruang tamu

4

dapur

41

Multiple Choice

9. Semak perlu diurus supaya ............. rumah bersih.

1

dapur

2

tandas

3

halaman

4

bilik tidur

42

Multiple Choice

10. Salah satu cara untuk menghilangkan bau tandas adalah menggunakan?

1

hampas kopi

2

penyembur wangian

3

lilin wangi

43

THANK YOU!!!

Terima kasih kerana menjawab...

Slide image

MENJAGA KEBERSIHAN DI RUMAH

BSMM TAHUN 5

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 43

SLIDE