

FEQAH 4 (5) Ila' Zihar Li'an
Presentation
•
Religious Studies
•
4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
Used 2+ times
FREE Resource
18 Slides • 0 Questions
1
FEQAH 4 (5)
ILA', ZIHAR. LI'AN

2
1. ILA' الايلاء
BAHASA : Sumpah
ISTILAH : Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau tanpa disebut tempoh masanya kerana berasa benci
WAKTU : 1. Lebih 4 bulan
2. Tiada disebut tempoh
3
HUKUMAN
1. TARIK SUMPAH & BAYAR KAFARAH: Hakim harus memberi peluang selama empat bulan kepada suami bermula pada hari dia bersumpah.Ianya supaya memberi peluang pada suami untuk menarik semula sumpahnya dan kemudian membayar kafarah (denda/hukuman) atau menceraikan isterinya jika dia tidak mahu rujuk dan tidak mahu membayar kafarah sumpah.
2. CERAIKAN : Hakim hendaklah menjatuhkan talak satu bagi pihaknya.(suami)
4
DALIL : AL-QURAN
لِلَّذِيْنَ يُؤْلُوْنَ مِنْ نِّسَاۤىِٕهِمْ تَرَبُّصُ اَرْبَعَةِ اَشْهُرٍۚ
“Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka,diberikan tempoh empat bulan.Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya) maka sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi.Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak,maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani”
- Surah Al-Baqarah : 226 -
5
2. ZIHAR الظهار
BAHASA : Belakang
ISTILAH : Seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik beradik perempuannya daripada sudut haram mengahwininya
CONTOH : “Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku”
HUKUM : Haram salah satu daripada dosa-dosa besar berdasarkan ijmak ulama
6
DALIL : AL-QURAN
وَالَّذِيْنَ يُظٰهِرُوْنَ مِنْ نِّسَاۤىِٕهِمْ ثُمَّ يَعُوْدُوْنَ لِمَا قَالُوْا فَتَحْرِيْرُ رَقَبَةٍ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّتَمَاۤسَّاۗ
"Dan mereka yang menzihar istrinya, kemudian menarik kembali apa yang telah mereka ucapkan, maka (mereka diwajibkan) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami istri itu bercampur" .
- Surah Mujadalah : 3 -
7
HUKUMAN (Kafarah)
MERDEKAKAN HAMBA (lelaki/perempuan/dewasa/kanak-kanak)
PUASA ; 2 bulan berturut-turut
BERI MAKAN : 60 org miskin/fakir (makanan asasi)
KAFARAH : Wajib atasnya n tertanggung sehingga belum selesai
TIADA HALAL
Bersetubuh dgn isterinya jika terlah berzihar sehingga selesai membayar kafarah
8
LAFAZ ZIHAR (2)
SORIH : lafaz yg menunjukkan kpd maksud zihar shj dan tidak blh diandaikan kpd makna yg lain.
CONTOH : “Engkau haram ke atasku seperti haramnya blkg ibuku” *Jika suami melafazkan ungkapan berikut sama ada dia berniat/tidak maka dia telah menziharkan isterinya.
KINAYAH : lafaz yg blh diandaikan sebagai zihar dan juga boleh diandaikan sebagai bukan zihar.
CONTOH : “Bagiku kau seperti ibu dan adik-beradik perempuanku”*Jika suami melafazkan ungkapan berikut,kita perlu lihat maksud beliau semasa melafazkannya.Jika beliau bermaksud zihar maka ia menjadi zihar.Jika bermaksud menyamakan isterinya dgn ibu dan adik beradik perempuannya dari sudut kemulian dan penghormatan maka ianya tidak menjadi zihar dan dia tidak dikenakan apa-apa hukuman.
9
3. LI'AN اللعان
BAHASA : Kutukan
ISTILAH : Beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.
10
HUKUM MENUDUH ISTERI BERZINA
Suami berhak menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui isterinya telah berzina atau mempunyai sangkaan yang kuat bahawa isterinya berzina.
Suami wajib menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui kandungan itu bukan anaknya.
Suami diharuskan menuduh isteri berzina jika benar-benar berlaku perzinaan walaupun isterinya tidak mengandung.
11
HIKMAH DISYARIATKAN
Jika isteri benar-benar berzina dengan lelaki lain maka suami dibenarkan berpisah dengan isteri tersebut tanpa membayar nafkah padanya.
Kedua-dua pihak akan mendapat hak yang adil tanpa berasa zalim.
12
CARA LI'AN
Di hadapan hakim dgn dihadiri oleh org ramai. Disunatkan dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat dan org2 saleh dan dilakukan di masjid di tempat yang tinggi seperti atas mimbar dan sebagainya.
Kemudian suami berkata: “Aku naik saksi demi Allah,aku berada di pihak yg benar terhdp dakwaanku bahawa isteriku (sebut nama isteri) telah berzina”
Dia perlu menyebut sbyk 4x jika isterinya hadir maka hendaklah dia menunjuk tangannya ke arah isterinya setiap kali menyebutnya.
Kemudian pada kali yg ke-5 ,slps dinasihatkan dan diberi peringatan oleh hakim supaya tidak berbohong,suami perlu berkata: “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong”
13
DALIL : AL-QURAN
وَالَّذِيْنَ يَرْمُوْنَ اَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَّهُمْ شُهَدَاۤءُ اِلَّآ اَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ اَحَدِهِمْ اَرْبَعُ شَهٰدٰتٍۢ بِاللّٰهِ ۙاِنَّهٗ لَمِنَ الصّٰدِقِيْنَ
"Dan orang-orang yang menuduh istrinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian masing-masing orang itu ialah empat kali bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya dia termasuk orang yang berkata benar".
- Surah An-Nur : 6 -
وَالْخَامِسَةُ اَنَّ لَعْنَتَ اللّٰهِ عَلَيْهِ اِنْ كَانَ مِنَ الْكٰذِبِيْنَ
Dan (sumpah) yang kelima bahwa laknat Allah akan menimpanya, jika dia termasuk orang yang berdusta.
- Surah An-Nur : 7 -
14
HASIL HUKUMAN
Apabila suami meli’an isterinya mengikut cara yang disebutkan, ada 5 hukum:
1. Suami tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan qazaf.
2. Isteri wajib dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kecuali dia juga melakukan li’an.
3. Hubungan perkahwinan antara mereka berdua terbatal.
4. Menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan adalah anaknya.Dengan itu anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada suami dan hendaklah diserahkan kepada isteri.
5. Mereka diharamkan berkahwin selama-lamanya.
15
JIKA ISTERI TIDAK BERZINA/TIDAK BERSALAH
Suami berbohong.
16
CARA ISTERI MELI'AN
Li’an yang dilakukan oleh suami akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan qazaf.
Li’an yang dilakukan isteri pula akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan zina akibat daripada li’an tersebut.
Li’an isteri berkata: “Aku naik saksi demi Allah si fulan berbohong dalam tuduhannya yang mengatakan aku berzina”
Hendaklah diulang sebanyak empat kali dan pada kali yang kelima,dia hendaklah berkata: “Kemurkaan Allah menimpaku sekiranya dia berkata benar”
17
DALIL : AL-QURAN
وَيَدْرَؤُا عَنْهَا الْعَذَابَ اَنْ تَشْهَدَ اَرْبَعَ شَهٰدٰتٍۢ بِاللّٰهِ اِنَّهٗ لَمِنَ الْكٰذِبِيْنَ
"Dan istri itu terhindar dari hukuman apabila dia bersumpah empat kali atas (nama) Allah bahwa dia (suaminya) benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta," .
- Surah An-Nur : 8 -
وَالْخَامِسَةَ اَنَّ غَضَبَ اللّٰهِ عَلَيْهَآ اِنْ كَانَ مِنَ الصّٰدِقِيْنَ
"dan (sumpah) yang kelima bahwa kemurkaan Allah akan menimpanya (istri), jika dia (suaminya) itu termasuk orang yang berkata benar" .
- Surah An-Nur : 9 -
18
SYARAT-SYARAT SAH LI'AN
1. Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lbh dahulu drpd li’an.
2. Li’an suami mendahului li’an isteri
3. Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan yg tlh disebutkan. Jika salah seorg menukarkan lafaz penyaksian tadi dgn lafaz lain seperti aku bersumpah/menukarkan perkataan laknat dgn perkataan murka atau sebaliknya,li’an tersebut tidak sah.Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dlm Al-Quran dan mesti digunakan semasa melakukan li’an
Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara berturut-turut.Oleh itu ia tidak blh dipisahkan oleh sebarang perkara yg dianggap oleh u’ruf sebagai pemisah.
Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan ke2 pasangan supaya tidak berbohong seperti berkata: “Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah.Salah seorang daripada kamu adalah pembohong
FEQAH 4 (5)
ILA', ZIHAR. LI'AN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 18
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
MATERI BAB 1 - P3 : KETABAHAN PARA SAHABAT DALAM BERDAKWAH
Presentation
•
4th Grade
17 questions
Separación de palabras y acento.
Presentation
•
4th Grade
8 questions
HAJI DAN UMRAH
Presentation
•
4th Grade
19 questions
AGAMA HINDU KELAS 4 MATERI ORANG SUCI PERTEMUAN 2
Presentation
•
4th Grade
13 questions
SIRAH TAHUN 3 II WAHYU TERAGUNG
Presentation
•
3rd Grade
17 questions
Final Stable Syllables
Presentation
•
5th Grade
16 questions
BM Tahun 4: Kata Adjektif
Presentation
•
4th Grade
10 questions
ÔN THPT - TRẢ BÀI 2
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
10 questions
5.P.1.3 Distance/Time Graphs
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Fire Drill
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Hargrett House Quiz: Community & Service
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
4th Grade
Discover more resources for Religious Studies
10 questions
Fire Drill
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
4th Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade
22 questions
Adding & Subtracting fractions with like denominators
Quiz
•
3rd - 5th Grade
17 questions
Classifying Angles
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Possessive Nouns Quiz
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Understanding Equivalent Fractions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade