Search Header Logo
Geografi T3 : Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan

Geografi T3 : Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan

Assessment

Presentation

Geography

3rd Grade

Easy

Created by

Noor Noor

Used 3+ times

FREE Resource

36 Slides • 8 Questions

1

Geografi T3

Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi

Kesan Kegiatan Manusia

Slide image

2

Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

  • lima kepentingan

Slide image

3

1. Kawasan tadahan hujan

  • Hutan bertindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan air ke sungai, empangan, kolam dan tasik.

  • Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan.

  • Air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi air yang bersih

  • Air hujan juga mengalir perlahan dan dapat diserap masuk ke dalam tanah sebagai simpanan air bawah tana

4

2. Keseimbangan Ekosistem

  • Konsep ekosistem adalah saling bergantung antara komponan biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar

  • Biotik meliputi organisma hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia

  • Abiotik mengandungi persekitaran fizikal seperti bentuk muka bumi, batuan, tanih, air, udara, mineral dan sumber tenaga suria

5

2. Keseimbangan Ekosistem

  • Kawasan hutan merupakan satu ekosistem 

  • Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik bagi mewujudkan satu persekitaran yang seimbang

6

Slide image

Keseimbangan ekosistem

7

3. Sumber Perubatan

Tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakannya boleh digunakan dalam bidang perubatan.

Akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat

Contoh : Tongkat Ali (akar), pegaga (keseluruhan pokok), Keremek (daun), Sembong (daun, akar, bunga)

8

Slide image

9

4. Habitat

Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna.

Hutan di Malaysia menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar.

Sekiranya tumbuh-tumbuhan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan

10

Slide image

Habitat flora dan fauna

11

Sumber Bahan Mentah

  • membekalkan sumber kayu balak dalam industri membuat perabot

  • Buluh dan rotan digunakan dalam industri pembuatan kraf tangan dan perabot

  • Kayu bakau pula dijadikan sebagai bahan api dan bahan binaan, iaitu cerucuk untuk tapak pembinaan kerana sifatnya yang tahan air

12

Sumber Bahan Mentah

  • Hutan di Malaysia mempunyai pelbagai pokok yang sesuai untuk pembalakan seperti cengal, balau dan keruing.

  • Hasil eksport kayu balak telah memberikan sumber pendapatan kepada negara.

  • Kayu balak Malaysia dieksport ke India, Indonesia, Vietnam, Jepun, dan China.

13

14

Soalan

  • Ada yang tak jelas?

  • Kuiz.......!

Slide image

15

Multiple Choice

Apakah kepentingan hutan di kawasan di tanah tinggi?

1

Kawasan tadahan hujan

2

Mengelakkan daripada tanah runtuh berlaku

3

Menyerap air supaya dapat disalurkan ke sungai

4

Menapis air supaya air menjadi lebih bersih

16

Multiple Choice

Nyatakan Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

1

Dijadikan ladang hutan

2

Tapak perkhemahan

3

Sumber bahan mentah

4

Sumber rekreasi.

17

18

Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

  • Kesan Positif

  • Kesan Negatif

19

Kesan Positif

  • Pembangunan hutan

  • Penghutanan semula

  • Taman negara

  • Hutan simpan kekal

Slide image

20

Pembangunan Hutan

  • Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH) telah dilaksanakan (2006)

  • Semua pihak diarahkan mengkaji spesies pokok yang hendak ditanam serta penjagaan pokok-pokok yang telah ditanam.

  • Spesies yang disenaraikan ialah jati, sentang, getah, khaya, akasia, batai, kelempayan dan binuang. Namun, tumpuan diberikan kepada pokok getah dan pokok akasia.

21

Penghutanan Semula

  • Agensi seperti Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil langkah untuk memulihara hutan.

  • Antaranya adalah dengan menanam pokok yang bermutu dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang. 

22

Penghutanan Semula

  • FRIM juga telah menjalankan aktiviti penghutanan semula di Hutan Lipur Bukit Lagong, Kepong (Kuala Lumpur) dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan rekreasi yang terkenal sehingga diiktiraf sebagai hutan tropika buatan manusia tertua di dunia.

23

Slide image

24

Taman Negara

  • Taman negara merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubatan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai. 

  • Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan biodiversiti alam sekitar.

25

Slide image

26

Hutan Simpan Kekal

* Hutan simpan kekal di Malaysia boleh ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi.

* Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia ialah Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa (Selangor).

27

Slide image

Hutan Simpan Sepilok (Sabah)

28

Kesan Negatif

1. Ketidakseimbangan ekosistem

2. Hakisan tanih

3. Kawasan tadahan hujan terganggu

4. Kepupusan flora dan fauna

Slide image

29

1. Ketidakseimbangan ekosistem

  • Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan.

  • Kawasan hutan yang padat dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dimusnahkan untuk tujuan pembinaan dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan infrastruktur dan pembalakan.

30

2. Hakisan tanih

  • Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air hujan.

  • Daun pokok berfungsi mengurangkan halaju air hujan yang jatuh ke bumi. Kekurangan proses infiltrasi (kemusnahan akar pokok yang berfungsi menyerap air larian permukaan ke dalam tanah) menyebabkan air hujan jatuh dengan laju ke permukaan bumi dan meningkatkan kadar hakisan tanih

31

2. Hakisan tanih

  • Tanih yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan dan menyebabkan sungai menjadi cetek.

  • Sungai yang cetek ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

32

3. Kawasan tadahan hujan terganggu

  • Hutan merupakan kawasan semula jadi yang luas untuk menadah air hujan.

  • Namun penerokaan hutan yang tidak terancang oleh manusia menyebabkan kawasan tadahan hujan akan terganggu.

33

4. Kepupusan flora dan fauna

  • Penerokaan hutan yang tidak terancang menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan.

  • Keadaan ini juga menyebabkan haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan semakin pupus.

34

4. Kepupusan flora dan fauna

  • Contoh tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan adalah seperti periuk kera, tongkat ali, pokok bakau, pokok cengal dan pokok meranti.

  • Contoh haiwan liar yang semakin pupus adalah seperti gajah, badak Sumatera, tapir, harimau Malaya, kancil, kambing gurun dan sebagainya.

35

36

Soalan

  • Ada yang tak jelas?

  • Kuiz.......!

Slide image

37

Multiple Choice

Antara berikut, manakah aktiviti yang berkaitan dengan penyahhutanan?

1

Taman negara

2

Pembangunan hutan

3

Penghutanan semula

4

Pembinaan infrastruktur.

38

Multiple Choice

Kesan negatif penebangan hutan berleluasa

1

Taman Negara

2

Hutan Simpan Kekal

3

Pembangunan hutan

4

Ketidakseimbangan ekosistem

39

Multiple Choice

Apakah kesan positif penerokaan tumbuhan semulajadi di Malaysia ?

1

Hakisan tanih

2

Hutan menjadi subur

3

Penghutanan semula

4

Kawasan tadahan air terganggu

40

Multiple Choice

Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut?


BANJIR LUMPUR

TANAH RUNTUH

1

Perikanan

2

Pembalakan

3

Pelancongan

4

Perindustrian

41

Fill in the Blanks

media image

Type answer...

42

Multiple Choice

Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan.


Pilih maksud yang benar berkaitan perkataan yang digariskan tersebut.

1

Kecepatan gerakan atau kadar kecepatan

2

Mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik

3

Pemusnahan hutan secara kekal

4

Tempat hidup bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan

43

44

Terima Kasih

  • Selamat belajar

Slide image

Geografi T3

Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi

Kesan Kegiatan Manusia

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 44

SLIDE