
Geografi T2 : Bab 4 Cuaca Dan Iklim
Presentation
•
Geography
•
2nd Grade
•
Easy
Noor Noor
Used 2+ times
FREE Resource
31 Slides • 8 Questions
1
Geografi T2
Bab 4 Cuaca Dan Iklim
Jenis dan Ciri Iklim
2
Apakah jenis iklim di Malaysia?
Malaysia berada di Zon Panas
Jenis iklim di Malaysia ialah Iklim Khatulistiwa
Negara yang terletak di sepanjang garisan Khatulistiwa iaitu di sekitar 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S
Contoh negara lain ialah Indonesia, Brazil dan Nigeria.
3
Iklim Khatulistiwa
4
5
1. Suhu
Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun.
Min suhu tinggi iaitu sekitar 27°C.
Julat suhu tahunan rendah, 1°C hingga 3°C sahaja.
Julat suhu harian besar di stesen pedalaman.
Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah tinggi seperti Tanah tinggi Cameron dan Kundasang.
6
Apakah min suhu?
Apakah julat?
Berapa julat suhu tahunan?
7
8
2. Hujan
Negara kita menerima hujan sepanjang tahun.
Jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm.
Taburannya tidak sekata di semua kawasan di Malaysia.
Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah kawasan pedalaman Sarawak kerana kawasan itu menghadap angin lembap.
Hujan maksimum turun semasa peralihan monsun, iaitu hujung bulan Mac- awal Mei dan dari bulan Oktober hingga pertengahan November
9
10
11
Jenis hujan di Malaysia
1. Hujan Perolakan
2. Hujan Bukit
12
Hujan Perolakan
Air tersejat dan membentuk wap air.
Udara panas bersama-sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yang tinggi.
13
Hujan Perolakan
Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus.
Kebiasaannya, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir.
14
Hujan Bukit
Hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap.
Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana dihalang oleh tanah tinggi
15
Hujan Bukit
Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan.
Hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yang menghadap udara lembap
16
Hujan Bukit
Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dan dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.
17
18
Info
Ribut petir merupakan satu fenomena yang berlaku sepanjang tahun di Malaysia.
Ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan awal senja di daratan, manakala di lautan berlaku pada sebelah malam.
Subang (Selangor) merekodkan jumlah berlaku ribut petir paling kerap di Malaysia.
19
20
3. Angin
1. Angin Monsun Timur Laut
2. Angin Monsun Barat Daya
Malaysia menerima tiupan angin Sumatera dan angin tempatan (bayu laut dan bayu darat)
21
Angin Monsun Timur Laut
Bertiup dari awal bulan November hingga Mac.
Bermula dari pedalaman Benua Asia.
22
Angin Monsun Timur Laut
Bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut.
Membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah.
23
24
Angin Monsun Barat Daya
Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September
Berasal dari Benua Australia.
Bertiup merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Barat Daya.
Membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera (Indonesia).
25
26
Angin Sumatera
27
Bayu Laut
Angin tempatan yang berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai.
Berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan.
Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah
28
Bayu Darat
Angin tempatan yang berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai.
Berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut.
Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke laut yang bertekanan rendah.
29
30
Kuiz
sila bersedia
31
Multiple Choice
Bayu laut berlaku pada waktu
siang
malam
32
Multiple Choice
Taburan hujan di Malaysia adalah
sekata
tidak sekata
sentiasa lebat
33
Multiple Choice
-bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober
-dikenali sebagai 'skual'
maklumat di atas adalah berkaitan dengan
angin monsun timur laut
angin monsun barat daya
angin sumatera
angin tempatan
34
Multiple Select
Antara berikut, yang manakah jenis hujan di Malaysia?
hujan bukit
hujan perenggan
hujan siklon
hujan perolakan
35
Multiple Choice
Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?
Bertiup dari kawasan daratan
Bertiup dari kawasan tekanan tinggi
Dihalang oleh Selat Melaka
Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera
36
Multiple Choice
Apakah nama fenomena dalam rajah di bawah?
hujan bukit
hujan siklon
hujan perolakan
hujan perenggan
37
Multiple Choice
-Berasal dari Benua Asia Bertiup dari bulan -November hingga Mac
Maklumat di atas merujuk
angin Sumatera
angin Tenggara
angin Monsun Timur Laut
angin Monsun Barat Daya
38
Multiple Choice
Apakah ciri iklim di Malaysia
Julat suhu tahunan 1°C – 3°C
Min suhu tahunan 18°C
Hujan tahunan kurang 2 000 mm
Taburan hujan sekata
39
Selamat belajar
Semoga berjaya
Geografi T2
Bab 4 Cuaca Dan Iklim
Jenis dan Ciri Iklim
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 39
SLIDE
Similar Resources on Wayground
30 questions
Geografi T2 : Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia Tenggara
Presentation
•
2nd Grade
32 questions
PUTERIKU
Presentation
•
1st Grade
35 questions
Pram, Bumi Manusia, dan Bahasa_KKH
Presentation
•
KG
34 questions
PERKATAAN KVKVKV
Presentation
•
KG - 2nd Grade
33 questions
YEAR 2 MODULE 7 PAGE 90
Presentation
•
2nd Grade
34 questions
Frasa Kerja bersama Optimus Prime
Presentation
•
2nd Grade
35 questions
BELAJAR LINGKUNGAN TIK
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade