Search Header Logo
Bebas daripada Masalah Kewangan

Bebas daripada Masalah Kewangan

Assessment

Presentation

Professional Development

Hard

Created by

WAN Moe

Used 4+ times

FREE Resource

28 Slides • 0 Questions

1

Bebas daripada Masalah Kewangan

by WAN Moe

2

​Masalah kewangan

Berdasarkan pembelajaran yang lepas, dengan pelbagai nasihat, petua dan panduan telah dikongsikan berkenaan perancangan kewangan,

anda

  • Tidak sepatutnya menghadapi sebarang masalah kewangan.

  • ​Mampu menguruskan wang anda dengan bijak

  • ​Bebas daripada beban tekanan kewangan

3

​Masalah Kewangan

Sekiranya anda TIDAK merancang kewangan anda,

​berkemungkinan anda akan berbelanja melebihi pendapatan, yang akhirnya menjerumuskan anda ke dalam masalah hutang dan seterusnya masalah kewangan yang serius.

> BELANJA ---> MASALAH HUTANG ---> MASALAH KEWANGAN

4

​Masalah Kewangan

Menghadapi masalah kewangan bukan sahaja akan menjejaskan reputasi anda, malah juga masalah emosi dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan.

​Semua ini akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi anda.

​Masalah ini akan berterusan - semuanya kerana anda gagal merancang!

5

​Kelayakan kredit anda

Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit peminjam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System - CCRIS).

Maklumat ini membolehkan penyedia kredit membuat rujukan berhubung status kredit anda.

6

​Kelayakan kredit anda

Sekiranya anda mempunyai masalah hutang yang serius, anda akan dilihat mempunyai risiko kredit yang tinggi oleh penyedia kredit.

​Rekod kredit yang tidak memuaskan akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada penyedia kredit berlesen.

7

​Apa akan berlaku ???

Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, penyedia kredit akan mengambil tindakan terhadap diri anda. Ia akan bermula dengan penghakiman.

8

​Apa akan berlaku ???

​Pinjaman kereta <--- Menarik balik dan Menjual kenderaan tersebut.

​Pinjaman perumahan bercagar dengan hartanah <--- Merampas dan menjualnya melalui lelongan awam

​Pinjaman tanpa cagaran <--- perintah rasmi rampasan dan jualan @ mendapat bayaran daripada pihak ketiga @ saman penghutang penghakiman dan pemfailan perintah bangkrap (hutang lebih RM50,000)

9

​Sekiranya ANDA diisytiharkan bankrap, ...

Anda tidak boleh

  • ​Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (KPJIM)

  • ​Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM

  • ​Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kelulusan KPJIM

10

​Sekiranya ANDA diisytiharkan bankrap, ...

Anda tidak boleh

  • Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terliibat dalam pengurusan syarikat tanpa kelulusan mahkamah atau KPJIM

  • ​Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka.

  • ​Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaft

11

​Namun begitu,

Seksyen 51 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991,

Pemegang Serah Hak Rasmi (Official Assignee - KPJIM) tidak berhak untuk memohon wang sumbangan KWSP seorang yang bankrap.

12

​Oleh itu,

Penyumbang KWSP yang bankrap haruslah tunjuk bukti tentang kebankrapan beliau kepada KWSP agar badan itu mengeluarkan sumbangan wang kepada beliau secara terus melalui waran tunai dan tidak ke dalam akaun bank beliau.

​Ini adalah kerana, sebarang wang yang dibayar kepada akaun bank si bankrap akan diserahkan kepada Pemegang Serah Hak Rasmi dan tidak menjadi milik si bankrap.

13

​Berwaspada dengan tanda-tanda amaran

Malangnya, masih terdapat individu yang tidak menyedari bahawa mereka menghadapi masalah kewangan.

​Terdapat tanda-tanda ketara yang menunjukkan anda bermasalah kewangan dan ANDA perlu sedar tentangnya..

14

​Kad Kredit

  • ​Membayar baki minimum sahaja setiap bulan

  • ​Menambah baki hutang setiap bulan

  • ​Menggunakan kad pada had maksimum

  • ​Kerap mengambil pendahuluan wang tunai

  • ​Tidak membayar atau lewat bayar bil, atau membayar sebahagian jumlah bil pada bulan ini dan selebihnya pada bulan-bulan akan datang

  • ​Kad akan dibatalkan oleh bank

15

​Pinjaman

  • ​Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik dari akaun semasa

  • ​Menerima notis bayaran kedua dan ketiga dari bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang

  • ​Permohonan kredit baharu tidak diluluskan kerana laporan negatif daripada Biro Kredit

  • ​Membuat pinjaman daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang

  • ​Sering menerima panggilan telefon daripada pemungut hutang

16

Simpanan

  • Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan

  • ​Mempunyai simpanan yang sedikit ataupun tiada langsung untuk menangani perbelanjaan atau kecemasan yang tidak diduga

17

Perbelanjaan

  • Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai kos sara hidup.

  • ​Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan

  • ​Selalu bertengkar dengan pasangan kerana hal-hal wang

  • ​Tidak mengetahui berapa banyak perbelanjaan sehinggalah bil-bil perbelanjaan sampai.

18

Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda yang tersebut,

Dapatkan nasihat dengan segera.

Lagi cepat anda mendapatkan pertolongan, lagi mudah anda dapat keluar daripada situasi ini.​

19

​Apa perlu anda lakukan??

  • ​Anda boleh menghubungi bank anda dan kemukakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai anda.

    ​Anda boleh juga menghubungi AKPK untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat kewangan

20

​Apa perlu anda lakukan??

Untuk tujuan penyediaan pelan pembayaran balik,

anda boleh merujuk kepada Panduan Urus Sendiri (PUS)

yang dikeluarkan oleh AKPK iaitu panduan untuk berkomunikasi atau berunding secara terus dengan penyedia kredit tentang cadangan bayaran balik pinjaman.

21

​Apa perlu anda lakukan??

PUS memberi sampel-sampel dokumen untuk dikemukakan kepada penyedia kredit.

Butir-butir PUS boleh didapati di laman sesawang AKPK, www.akpk.org.my

22

​Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

​Misi AKPK

​Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup

​Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang terkawal

23

​Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :

  1. 1.

  2. Program pendidikan kewangan serta bahan-bahan ruukan mengenai penggunaan kredit secara bijak dan kemahiran asas pengurusan wang

24

​Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :

  1. 2.

Kaunseling kewangan serta menyediakan individu dengan penilaian yang mendalam mengenai masalah kewangan beliau dan cara mengatasinya.

25

​Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :

  1. 3.

Program Pengurusan Kredit (PPK) , di mana AKPK dan Individu bekerjasama untuk menyediakan penstrukturan pembayaran balik pinjaman persendirian individu berkenaan melalui rundingan denga penyedia kredit beliau.

26

​PPK disediakan kepada individu yang :

  • Mempunyai sumber pendapatan positif selepas ditolak perbelanjaan

  • ​Tidak mampu menguruskan sendiri tanggungan hutang

  • ​Jumlah pinjaman tidak melebihi RM5 juta

  • ​Tidak menghadapi tindakan undang-undang di tahap lanjut

  • ​Tidak bankrap

27

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK,

sila layari laman sesawang

www.akpk.org.my

​Sekian, Terima kasih...

28

Bebas daripada Masalah Kewangan

by WAN Moe

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 28

SLIDE