
Geografi T2 : Bab 4 Kesan Kegiatan Manusia dan Perubahan Cuaca
Presentation
•
Geography
•
2nd Grade
•
Medium
Noor Noor
Used 1+ times
FREE Resource
23 Slides • 11 Questions
1
Geografi T2
Kesan Kegiatan Manusia dan
Perubahan Cuaca
Cikgu Zalina
2
Kesan Rumah Hijau
Merujuk fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi.
Sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas.
Gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi, tetapi aktiviti manusia telah meningkatkan pelepasan gas-gas ini ke atmosfera.
Fenomena kesan rumah hijau menyebabkan peningkatan suhu bumi yang boleh mengakibatkan berlakunya perubahan iklim.
3
Punca-punca peningkatan pelepasan
gas-gas rumah hijau ke atmosfera
1. Pembakaran hutan
2. Pembakaran bahan api fosil.
3. Pelupusan sampah.
4. Pembakaran sisa pertanian.
5. Kegiatan pembalakan
4
5
Pulau Haba
Merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya.
Menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu yang tinggi.
6
Punca-punca Fenomena Pulau Haba
1. Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari.
2. Kesesakan jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan.
3. Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu.
4. Bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba.
7
8
9
Hujan Asid
- Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6.
- Hujan asid berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian.
- Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kilang, stesen jana kuasa dan kenderaan menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida yang banyak ke atmosfera.
10
Kesan-kesan Hujan Asid
1. Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.
2. Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan.
3. Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik.
4. Mengancam kesihatan manusia.
11
12
Jerebu
Jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
13
Punca-punca Jerebu
1. Pembakaran hutan.
2. Pembakaran terbuka (sampah sarap dan sisa tumbuhan).
3. Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran.
4. Pembakaran bahan api fosil (kenderaan dan kilang)
14
Kesan-kesan Jerebu
1. Mengurangkan jarak penglihatan.
2. Mengganggu pertumbuhan tanaman.
3. Masalah kesihatan (kulit, mata, paru-paru).
4. Menjejaskan aktiviti pengangkutan.
15
16
Kuiz
17
Multiple Choice
Jarak penglihatan terhad merujuk kepada fenomena
Penipisan lapisan ozon
jerebu
Pulau haba bandar
hujan asid
18
Multiple Choice
Kesesakan lalulintas boleh dikurangkan dengan meningkatkkan penggunaan pengangkutan awam, keadaan ini boleh mengatasi masalah
pulau haba bandar
Hujan asid
Suhu setempat meningkat
banjir
19
Multiple Choice
Bacaan indeks pencemar udara selalunya berkaitan tentang
Hujan asid
Jerebu
Kemarau
Alnino
20
Multiple Choice
Apakah punca yang menyebabkan berlakunya fenomena pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan?
Kesan Rumah Hijau
Jerebu
Hujan Asid
Angin Monsun
21
Multiple Choice
Berikan kesan yang timbul akibat daripada fenomena Kesan Rumah Hijau
Penyakit Asma
Suhu Bumi Meningkat
Jarak Penglihatan Terhad
Cat Bangunan Semakin Luntur
22
Fenomena El Nino
Fenomena El Nino dapat dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin.
23
Fenomena El Nino
Mengakibatkan negara-negara di barat Lautan Pasifik, termasuk Malaysia mengalami kemarau, walaupun sepatutnya menerima hujan lebat ketika ini. Negara di timur Lautan Pasifi k pula mengalami keadaan hujan lebat, walaupun sepatutnya mengalami musim kemarau
24
Fenomena La Nina
La Nina ialah gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik. Penurunan suhu adalah lebih rendah daripada biasa berbanding dengan kawasan sekitarnya.
25
Fenomena La Nina
Fenomena La Nina akan mengakibatkan pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa serta kebarangkalian berlakunya banjir besar.
26
Fenomena La Nina
Keadaan ini akan meningkatkan jumlah hujan yang turun di kawasan berkenaan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kejadian banjir besar seperti yang pernah berlaku di negara kita pada tahun 2014.
27
28
Multiple Choice
El nino merujuk kepada
panas dan lembab
panas melampau
cuaca panas
udara kurang
29
Multiple Choice
fenomena La Nina ialah
Hujan perlahan
Hujan lebat
Hujan bukit
Hujan perolakan
30
Multiple Choice
Keadaan ombak kuat di pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan November hingga Mac adalah berkaitan dengan .............
el - Nino
peningkatan suhu
kegiatan pertanian
fenomena musim tengkujuh
31
Multiple Select
Langkah yang manakah sesuai bagi mengawal peningkatan gas rumah hijau di bandar? (Pilih 2 jawapan)
Menggunakan minyak berplumbum
Menggunakan penyaman udara
Menggunakan pengangkutan hijau
Menanam lebih banyak pokok
32
Multiple Choice
Punca kejadian jerebu di Malaysia ialah....
Pembakaran api fosil
Pembakaran hutan
Pembenihan awan tiruan
Pertanian
33
Multiple Choice
Hujan asid berlaku apabila...
...udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian.
...sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas.
...suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya.
...zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi
34
Geografi T2
Kesan Kegiatan Manusia dan
Perubahan Cuaca
Cikgu Zalina
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 34
SLIDE
Similar Resources on Wayground
27 questions
10.3 FENOMENA DAN APLIKASI PANTULAN GELOMBANG BUNYI
Presentation
•
2nd Grade
27 questions
sains tahun 4
Presentation
•
2nd Grade
27 questions
Tema 3 tugasku sehari hari di rumah
Presentation
•
2nd Grade
28 questions
Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi
Presentation
•
KG
30 questions
Geografi T2 : Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia Tenggara
Presentation
•
2nd Grade
28 questions
HAKIKAT DASAR GEOGRAFI
Presentation
•
1st Grade
29 questions
Geografi T1 : Bab 5 Bumi dan Lautan
Presentation
•
1st Grade
27 questions
Teknologi Pertanian
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
5th Grade
55 questions
A Long Walk to Water Final Review
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Equation Word Problems
Quiz
•
7th Grade