Search Header Logo
Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif

Assessment

Presentation

Education

6th Grade

Hard

Created by

Ariffin Sahran

Used 6+ times

FREE Resource

4 Slides • 18 Questions

1

Kata Kerja Transitif

by Ariffin Sahran

2

​Kata Kerja Transitif (Tran/si/tif)

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terditi daripada :

  • Kata kerja transitif

  • Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF

  • Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama atau kata nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :

Kakak suka menonton drama.

(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap)

Emak sedang menjahit baju.

(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)

3

Bentuk Kata Kerja Transitif

Contoh

Contoh ayat

Kata kerja berawalan ter-

Terlanggar, termakan, terpijak

Ibu termakan coklat adik.

Kata kerja berawalan meN-

Mencuci, menendang, memandu

Adik menendang bola di padang.

Kata kerja berapitan meN…-i

Menaiki,mendekati,

Amir menaiki bas ke sekolah.

4

Kata kerja berapitan meN…._kan

Mengemaskan, memasukkan

Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.

Kata kerja berawalan memper-

Memperbuat, memperlebar

Buruh-buruh itu sedang memperlebar jalan raya.

Kata kerja berapitan memper-….-i

Memperbaiki, mempelajari

Dia mempelajari bahasa asing.

Kata kerja berapitan memper-….-kan

Memperkenal, mempertemukan

Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.

5

Multiple Choice

Kata Kerja Transitif ialah

1

Kata kerja untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan

2

Kata sigat untuk menerangkan sifat pelaku sesuatu perbuatan

6

Multiple Choice

Ayah .................... reban ayamnya dengan jaring hijau.

1

memagari

2

memagarkan

3

dipagari

4

memperpagarkan

7

Multiple Choice

Ayah ..................jaring hijau di sekeliling reban ayamnya.

1

memagari

2

memagarkan

3

dipagari

4

dipagarkan

8

Multiple Choice

Emak sedang menjahit baju. Manakah kata kerja transitif?

1

Emak

2

sedang

3

menjahit

4

baju

9

Multiple Choice

Ibu terambil telefon ayah. Adakah ini ayat Kata Kerja Transitif?

1

Ya

2

Tidak

10

Multiple Choice

Ayah sedang __________ sumur yang digalinya.

1

memperdalam

2

memperdalamkan

3

memperdalami

11

Multiple Choice

Ibu sedang .................... hiasan di ruang tamu.

1

mempercantikkan

2

mempercantik

12

Multiple Choice

Pekerja binaan itu sedang .............. jalan yang sempit itu.

1

memperlebar

2

memperlebarkan

13

Multiple Choice

Azman sedang .................. telefon bimbitnya yang rosak.

1

memperbaiki

2

memperbaik

14

Multiple Choice

Abang ............. otak untuk mencari jawapan teka silang kata

1

memerah

2

mengilap

3

memeras

4

mengurut

15

Multiple Choice

Nurul sedang .......... rawatan di hospital.

1

diterima

2

menerima

3

penerimaan

4

menerimakan

16

Multiple Choice

Nakhoda mengarahkan kelasi kapal itu supaya .............. sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.

1

menarik

2

melabuhkan

3

mengangkat

4

membongkar

17

Multiple Choice

Abang ................ ibu sebuah kereta Honda yang baru.

1

menghadiahkan

2

menghadiahi

3

dihadiahi

4

dihadiahkan

18

Multiple Choice

Abang .................. kereta Honda baru kepada ibu.

1

menghadiahi

2

menghadiahkan

3

dihadiahi

4

dihadiahkan

19

Multiple Choice

Hakim ............... hukuman penjara kepada penjenayah itu.

1

menjatuhi

2

menjatuhkan

3

dijatuhi

4

dijatuhkan

20

Multiple Choice

Ayah ......................... abang agar belajar bersungguh-sungguh.

1

menasihati

2

menasihatkan

3

dinasihati

21

Multiple Choice

Orang ramai .................... jenazah mangsa kepala air di Kedah.

1

menyembahyangi

2

menyembahyangkan

3

sembahyangkan

22

Poll

Ibu .................. kuah lemak cili padi sebelum memasukkan garam.

mencalit

mencolet

mencecap

merasa

Kata Kerja Transitif

by Ariffin Sahran

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 22

SLIDE