
KOMSAS 3H
Presentation
•
Other
•
10th Grade
•
Medium
NURJAZMINE Moe
Used 1+ times
FREE Resource
11 Slides • 30 Questions
1
PROSA TRADISIONAL :
BAHAGIA SESUDAH DERITA
3 HIJAU || 23082021 || ISNIN || PdPR
2
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.
SINOPSIS
3
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seorang raja kayangan yang disumpah oleh Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.
4
Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin. Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya. Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
5
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.
6
TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.
7
8
9
10
11
JAWAB SEMUA SOALAN
12
Multiple Choice
1. Apakah tema yang PALING TEPAT dalam prosa Bahagia Sesudah Derita ini?
Keseksaan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.
Ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemewahan di negeri Antara Beranta.
Ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.
Kesedihan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.
13
Multiple Choice
2. Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional ini KECUALI
Kecekalan hati dalam menghadapi cabaran.
Sikap memandang hina terhadap orang miskin.
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya.
Kemakmuran sesebuah negara yang ditadbir oleh sultan yang adil dan saksama.
14
Multiple Choice
3. Berikut merupakan watak-watak yang terdapat dalam prosa tradisonal ini KECUALI
Maharaja Indera Kayangan
Betara Karma Jaya
Bentara Angkasa Indera Dewa
Maharaja Indera Dewa
15
Multiple Choice
4. Berikut merupakan latar tempat dalam cerita prosa tradisional ini KECUALI
Taman Maharaja Indera Dewa
Tebing sungai
Tempat pembuangan sampah
Negeri Anta Beranta
16
Multiple Choice
5. Berikut merupakan latar masa dalam cerita ini KECUALI
Tiga bulan.
33 hari kemudian.
Malam 14 hari bulan.
Tiga hari kemudian.
17
Multiple Choice
6. Berikut merupakan latar masyarakat dalam cerita ini KECUALI
Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin.
Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.
Masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan.
Masyarakat yang dahagakan kasih sayang daripada seseorang.
18
Multiple Choice
7. Berikut merupaka nilai-nilai baik yang terdapat dalam prosa tradisional ini KECUALI.
Hemah tinggi
Kasih sayang
Kegigihan
Belas kasihan
19
Multiple Choice
8. Berikut merupakan pengajaran dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita ini KECUALI
Kita mestilah sayang akan isteri dan anak-anak serta menjaga mereka dengan sebaiknya.
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu perkara atau keinginan.
Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.
Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain, terutamanya terhadap golongan susah.
20
Multiple Choice
9. Bahagia Sesudah Derita ini merupakan....
Prosa Tradisional
Puisi Tradisonal
Drama
Cerpen
21
Multiple Choice
10. Susunkan plot berikut = Permulaan - Perkembangan - _____(i)_____ - _____(ii)_____ - Peleraian
(i) Konflik/Perumitan (ii) Klimaks/Kemuncak
(i) Klimaks/Kemuncak (ii) Konflik/Perumitan
22
Multiple Choice
11. Manakah pernyataan di bawah menunjukkan peritiwa yang SALAH.
Orang ramai membaling Si Miskin dan isterinya dengan kayu dan batu sehingga menyebabkan tubuh mereka luka dan bengkak-bengkak.
Betara Karna Jaya menjelmakan anak lelakinya menjadi ketupat dan anak perempuannya menjadi buku tebu.
Si Miskin berteduh di bawah pohon kayu untuk membersihkan tubuh mereka yang luka itu.
Si Miskin dan isterinya makan makan sisa makanan dalam bungkusan dan sayuran yang busuk yang dijumpai di sebuah tempat pembuangan sampah.
23
Multiple Choice
12. Semasa Si Miskin membina sebuah pondok sebagai tempat tuduh mereka,apakah yang ditemuinya ketika sedang menggali tanah?
Menemui sebuah tempayan yang berisi permata dan emas.
Menemui sebuah tajau berisi emas.
Menemui barang-barang berharga seperi emas, perak, permata, dan berlian.
Menemui barang-barang berharga seperi barang kemas, duit emas dan perak, dan alatan perperangan.
24
Multiple Choice
13. Berapakah lama untuk menyiapkan sepasang kaus daripada seorang saudagar yang ditemui oleh Si Miskin?
Enam tahun.
Lapan tahun.
Tujuh tahun.
Sembilan tahun.
25
Multiple Choice
14. Apakah buah yang diidamkan oleh isteri Si Miskin ketika hamil?
Buah nangka dan buah mempelam.
Buah manggis dan buah cempedak.
Buah mangga dan buah nangka.
Buah cempedak dan buah limau.
26
Multiple Choice
15. Siapakah nama anak lelaki Si Miskin?
Maharaja Dewa Indera.
Maharaja Dewa Karma.
Mahakarma.
Marakarma.
27
Multiple Choice
16. Siapakah nama anak perempuan Maharaja Indera Angkasa?
Tuan Puteri Nila Ratna.
Tuan Puteri Nila Purnama.
Tuan Puteri Nila Kesuma.
Tuan Puteri Nila Majalara
28
Multiple Choice
17. Siapakah nama Si Miskin setelah beliau memerintah negeri Pura?
Maharaja Indera Angkasa.
Maharaja Indera Pura.
Maharaja Indera Dewa.
Maharaja Indera Kayangan.
29
Multiple Choice
18. Apakah barang-barang yang dibeli oleh Si Miskin daripada saudagar?
Sepersalinan pakaian suami isteri, alatan peperangan, dan makanan.
Pedang, tombak, perisai, pakaian, keris dan kain.
Keperluan makanan, peralatan peperangan, pakaian, dan hiasan diri.
Tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda, dan kain.
30
Multiple Choice
19. "kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup"
BERDASARKAH PENGAJARAN DI ATAS, APAKAH NILAI YANG SESUAI?
kasih sayang
ketabahan
prihatin
bertanggungjawab
31
Multiple Choice
20. "Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya"
masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
masyarakat istana
masyarakat yang penyayang
masyarakat yang bertanggungjawab
32
Multiple Choice
21. "Tempat Si Miskin dan isterinya dihina dan dilempar kayu "
BERDASARKAN PERISTIWA DI ATAS, APAKAH LATAR TEMPAT YANG SESUAI?
Hutan
Tempat pembuangan sampah
Di pasar
Negeri Anta Beranta
33
Multiple Choice
22. "Baginda, Titah, Patik"
BERDASARKAN PERTIKAN YANG DIAMBIL DALAM PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA DI ATAS, APAKAH GAYA BAHASA YANG SESUAI?
bahasa klasik
bahasa istana
bahasa arab
bahasa panggilan
34
Multiple Choice
23. ada yang memberi juadah
ada yang memberi nasi
ada yang memberi buah-buahan
epifora
responsi
35
Multiple Choice
24. Berikut merupakan perwatakan Si Miskin kecuali..
seorang yang sayang akan isteri
seorang yang tidak mengenang budi
seorang yang bijaksana
seorang yang tabah mengharungi dugaan hidu
36
Multiple Choice
25. Maka titah baginda, "Apakah yang digemparkan di luar itu?"
Maka sembah segala raja-raja, "Ya, Tuanku Syah Alam, orang melempari Si Miskin, Tuanku."
BERDASARKAN PERBUALAN DI ATAS, APAKAH TEKNIK PLOT YANG DIGUNAKAN?
Pemerian
Dialog
Imbas kembali
Monolog
37
Multiple Choice
26. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri
Berdasarkan persoalan yang dinyatakan di atas, pilih contoh yang sesuai?
pasangan suami isteri yang miskin telah diketawakan, diusir, dan dilemparkan kayu serta batu oleh para pembesar istana
Isteri si miskin sentiasa berada di sisi suamninya pada waktu susah dan senang
si suami sanggup berusaha untuk menunaikan permintaan isterinya yang sedang hamil dengan meminta buah mangga dan nangka daripada Maharaja Indera Dewa walaupun mengetahui perkara itu sukar dicapai
penduduk kampung telah mengusir pasangan suami isteri semasa mereka mencari rezeki
38
Multiple Choice
27. "suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya"
BERDASARKAN PERTIKAN YANG DIAMBIL DALAM PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA DI ATAS, APAKAH GAYA BAHASA YANG SESUAI?
simile
peribahasa
sinkope
Correct
bahasa panggilan
hiperbola
39
Multiple Choice
28. "kehendakmu"
"jangan anakku bercerai"
BERDASARKAN PERTIKAN YANG DIAMBIL DALAM PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA DI ATAS, APAKAH GAYA BAHASA YANG SESUAI?
sinkope
repetisi
simile
hiperbola
40
Multiple Choice
29. "laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya"
BERDASARKAN PERTIKAN YANG DIAMBIL DALAM PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA DI ATAS, APAKAH GAYA BAHASA YANG SESUAI?
sinkope
simile
peribahasa
hiperbola
41
Multiple Choice
30. Apakah yang ditemui oleh Si Miskin dan isteri di tempat pembuangan sampah?
Sebiji ketupat
Sebuku Roti
Sebiji ketupat dan tebu
Tebu
PROSA TRADISIONAL :
BAHAGIA SESUDAH DERITA
3 HIJAU || 23082021 || ISNIN || PdPR
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 41
SLIDE
Similar Resources on Wayground
38 questions
IPAS X SMK
Presentation
•
10th Grade
31 questions
EL VANGUARDISMO PERUANO
Presentation
•
10th Grade
37 questions
Struktur Atom
Presentation
•
10th Grade
35 questions
Ulangan Tengah Semester-Ganjil-2022-Simdig-X RPL
Presentation
•
10th Grade
35 questions
Pengetahuan Dasar Pemetaan
Presentation
•
10th Grade
36 questions
Interaksi Sosial
Presentation
•
10th Grade
37 questions
UJIAN PENDIDIDKAN AGAMA ISLAM SEMESTER AKHIR
Presentation
•
10th Grade
37 questions
Preterite of irregular verbs
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Other
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 1
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Cinco De Mayo
Presentation
•
10th Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
10th Grade
210 questions
Unit 1 - 4 AP Bio Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
100 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 2
Quiz
•
9th - 12th Grade
5 questions
A.EI.1-3 Quizizz Day 4
Quiz
•
9th - 12th Grade
16 questions
AP Biology: Unit 1 Review (CED)
Quiz
•
9th - 12th Grade