Search Header Logo
PERIBAHASA

PERIBAHASA

Assessment

Presentation

World Languages

8th Grade

Easy

Created by

NUR Moe

Used 71+ times

FREE Resource

15 Slides • 7 Questions

1

PERIBAHASA

(PERUMPAMAAN)

media

2

​OBJEKTIF PEMBELAJARAN

​Murid dapat mengetahui sekurang-kurangnya 10 peribahasa.

​Murid dapat mengetahui maksud peribahasa.

​Murid dapat menggunakan peribahasa dalam keadaan atau situasi yang sesuai.

​Murid dapat membina 5 ayat menggunakan peribahasa.

media
media
media
media

3

​APA ITU PERIBAHASA?

​Peribahasa ialah rangkai kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada maksud berkias, berlapik atau tersirat.

​Peribahasa ini digunakan untuk memberi teguran, peringatan, pujian dan sindiran.

​Susunan kata-kata ini tercipta berdasarkan pengalaman hidup seharian masyarakat dan diwarisi generasi daripada generasi sejak berzaman.

media

4

JENIS-JENIS PERIBAHASA

​Pepatah: mempunyai rima yang sama. Contoh: ada air, ada ikan.

Bidalan: sesuatu nasihat atau pesanan mengenai perilaku seseorang.

Contoh: Sediakan payung sebelum hujan.

Simpulan bahasa: menggunakan dua patah perkataan sahaja. Contoh: anak angkat.

Perumpamaan: mempunyai perkataan awal; seperti, laksana, ibarat. Contoh: Seperti kacang lupakan kulit.

5

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah merupakan bidalan?

1

jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.

2

bagai kumbang putus tali

3

buta huruf

4

beraja di hati, bersultan di mata

6

Multiple Choice

Tangan terbuka

1

perumpamaan

2

pepatah

3

bidalan

4

simpulan bahasa

7

Multiple Choice

Bagai bulan dipagari bintang

1

pepatah

2

simpulan bahasa

3

perumpamaan

4

bidalan

8

Multiple Choice

Question image

Ada ubi, ada batas

1

bidalan

2

perumpamaan

3

pepatah

4

simpulan bahasa

9

​PERUMPAMAAN

(IMEJ ALAM)

media

10

​Seperti lembu dicucuk hidung.

​Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.

​Contoh ayat: Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.

media

11

Seperti anjing dengan kucing.

​Maksud: Selalu bertengkar.

​Contoh ayat: Perangai dua beradik itu seperti anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar.

media

12

​Seperti cacing kepanasan.

​Maksud: selalu gelisah.

​Contoh ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal oleh pihak polis.

media

13

Seperti katak di bawah tempurung.

​Maksud: Orang yang tidak berilmu atau cetek pengetahuannya.

​Contoh ayat: Cuba-cubalah melawat ke negeri orang agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

media

14

​Seperti itik pulang petang.

​Maksud: Berjalan terlalu lambat.

​Contoh ayat: Adik berjalan seperti itik pulang petang, sebab itulah akhirnya dia terpaksa didukung oleh ibu.

media

15

Seperti rusa masuk kampung.

​Maksud: Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.

​Contoh ayat: Pemuda dari kampung itu tercengang-cengang seperti rusa masuk kampung kerana pertama kali tiba di Kuala Lumpur.

media

16

​Seperti tikus membaiki labu.

​Maksud: Membaiki barang yang tidak diketahui, lalu menjadi semakin teruk atau rosak.

​Contoh ayat: Perbuatan Ramli seperti tikus membaiki labu apabila dia cuba membaiki radio yang rosak itu.

media
media

17

​Seperti merpati dua sejoli.

​Maksud: Pasangan kekasih yang sangat rapat.

​Contoh ayat: Maria dan Munir tidak ubah seperti merpati dua sejoli, kelihatan berdua-duaan ke mana sahaja mereka pergi.

media

18

​Seperti murai tercabut ekor.

​Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.

​Contoh ayat: Rina yang bercakap seperti murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.

media

19

​Seperti lebah menghimpun madu.

​Maksud: orang yang sangat rajin.

​Contoh ayat: Pak Harun bekerja seperti lebah menghimpun madu untuk membina rumahnya dengan segera.

media

20

Multiple Choice

Apakah maksud perumpmaan seperti katak di bawah tempurung?

1

Selalu bertengkar

2

Berjalan terlalu lambat

3

Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain

4

Orang yang tidak berilmu atau cetek pengetahuannya

21

Multiple Choice

Apakah perumpamaan yang membawa maksud berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru?

1

seperti itik pulang petang

2

seperti rusa masuk kampung

3

bagai melukut di tepi gantang

4

seperti lebah menghimpun madu

22

Multiple Choice

Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan .....................

1

seperti itik pulang petang

2

seperti cacing kepanasan

3

seperti anjing dengan kucing

PERIBAHASA

(PERUMPAMAAN)

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 22

SLIDE