Search Header Logo
LATIHAN PDPR BM T3 CERPEN LEGASI TAPAI UBI

LATIHAN PDPR BM T3 CERPEN LEGASI TAPAI UBI

Assessment

Presentation

Education, Other

9th Grade

Medium

Created by

AMALINA Moe

Used 1+ times

FREE Resource

5 Slides • 11 Questions

1

LATIHAN PDPR BM T3 CERPEN LEGASI TAPAI UBI

media

2

​Baca teks berikut, kemudian jawab soalan berikut:

Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hodip atas berkat usaha dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual.​

​ "Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!" kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah dulang besa. Aku aku dengan petua emak. Aku hanya diam.

3

sambungan

"Jangan kena kotoran atau minyak," sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi.

​ "Tak boleh bising-bising," bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama sejak aku kecil.

4

Multiple Choice

Yang berikut merupakan pantang larang ketika penyediaan tapai, kecuali

1

tidak boleh bisik-bisik

2

tidak boleh membuat bising

3

tidak boleh memaklumkan kepada orang

4

tidak boleh kena kotoran atau minyak

5

Multiple Choice

Antara berikut merupakan sebab bapa tidak menggunakan plastik untuk dijadikan pembungkus tapai, kecuali...

1

rasa tapai kurang enak

2

harga plastik lebih mahal

3

bau tapai tidak wangi lagi

4

keaslian tapai akan hilang

6

Multiple Choice

Apakah bahan asas yang diperlukan untuk membuat tapai ubi?

1

ragi

2

ubi rebus

3

daun pisang

4

daun rambai

7

​Baca teks berikut, kemudian jawab soalan berikut:

"Tapai! Tapai! Tapai!"

​ Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-oalah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!

​ "Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan longhat Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

8

sambungan...

Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku memasuki sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki

9

Multiple Choice

Siapakah yang memberikan gelaran Parjo Tapai kepada penulis?

1

Emak dan bapa penulis

2

Orang-orang kampung

3

Rakan-rakan penulis

4

pemandu bas

10

Multiple Choice

Sejak bila Parjo berasa bosan akan tapai?

1

Sejak memasuki alam pekerjaan

2

Sejak diejek oleh rakan-rakanya

3

Sejak memasuki sekolah menengah

4

Sejak diberikan gelaran Parjo Tapai Ubi

11

Multiple Choice

Berdasarkan petikan cerpen, Parjo digambarkan sebagai seorang yang

1

patuh

2

rajin

3

peramah

4

bijaksana

12

Multiple Choice

Berdasarkan petikan cerpen, Parjo digambarkan sebagai seorang yang

1

patuh

2

rajin

3

peramah

4

bijaksana

13

Multiple Choice

Maksud peribahasa alah bisa tega biasa ialah...

1

sukar untuk memperoleh sesuatu kejayaan

2

takut untuk melakukan sesuatu pekerjaan

3

mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin

4

pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

14

Multiple Choice

Penyataan yang manakah yang tidak benar tentang petikan di atas?

1

Parjo taat akan suruhan bapanya dengan menghantar tapai ke pasar

2

Parjo ke sekolah dengan menaiki kereta bapanya

3

Tapai ubi dihasilkan oleh emak dan bapa Parjo

4

Wak Salikon merupakan ayah kepada Parjo

15

Multiple Choice

Pada pendapat anda, apakah langkah yang paling sesuai dijalankan bagi

1

mempromosikan keistimewaan makanan tradisional melalui media massa dan laman sesawang

2

pelajar dan pekerja rakyat Malaysia yang berada di luar negara memasak makanan tradisional

3

menganjurkan pertandingan memasak makanan tradisional di ibu negara

4

Tukang masak terkemuka negara membuat pembaharuan pada masakan tradisional

16

Multiple Choice

"Kejayaan saya sebenarnya hasil inspirasi..." Perwatakan Parjo sebagai anak yang menghargai jasa emak dan bapa dalam petikan ini dapat dilihat apabila dia menyatakan bahawa

1

kejayaannya merupakan hasil inspirasi ibu bapanya sebagai pengusaha tapai ubi

2

tapai ubi telah membawa kejayaan yang besar dalam perniagaan ibu baoanya

3

ibu bapanya telah mengusahakan tapai ubi sejak puluhan tahun lamanya

4

kajiannya telah berjaya kerana tapai ubi yang dibuat oleh emak dan bapanya.

LATIHAN PDPR BM T3 CERPEN LEGASI TAPAI UBI

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 16

SLIDE