

PENGESAN PENYAKIT DENGGI
Presentation
•
Other
•
6th Grade
•
Easy
NOR Moe
Used 3+ times
FREE Resource
11 Slides • 7 Questions
1
Bersama Cikgu Liyana
2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat.
2. Membuat rumusan dengan betul.
3
4
Kejayaan negara dalam bidang bioteknologi amat membanggakan. Kemajuan dalam bidang ini telah membantu ahli sains menghasilkan produk yang sangat bermanfaat kepada pengguna. Produk yang dihasilkan diiktiraf bukan sahaja oleh masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia. Antara produk yang dihasilkan menerusi kemajuan bioteknologi termasuklah pengesan penyakit denggi.
5
Prof Ir. Dr. Fatimah binti Ibrahim, seorang jurutera bioperubatan telah mereka cipta satu platform yang dapat mengesan kehadiran virus denggi dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat. Cakera padat ini dilengkapi dengan teknologi pengesan nano. Ciptaan beliau ini bukan sahaja merupakan yang pertama di Malaysia, malahan di dunia.
6
Untuk menggunakan kaedah pengesanan ini, sedikit sampel darah pesakit perlu diambil. Darah hanya diambil di hujung jari pesakit seperti saringan ujian diabetes. Kemudian, darah pesakit perlu dititiskan di atas cakera padat. Cakera padat ini mempunyai beberapa saluran lain yang sudah dimasukkan dengan cairan tertentu. Cairan ini dapat mengenal pasti dan mengasingkan virus dalam masa yang singkat.
7
Jika sampel darah yang sama diuji dengan kaedah ELISA, tempoh yang diperlukan untuk mengenal pasti virus mengambil masa sehingga seminggu. Namun begitu, dengan menggunakan cakera padat tersebut, masa yang diperlukan hanyalah 30 minit. Keputusan yang diperoleh pula ialah 95 peratus tepat.
8
Selain itu, kaedah pengesanan ini jauh lebih murah berbanding dengan kaedah konvensional. Kaedah ini tidak memerlukan kelengkapan makmal yang mahal serta ruang yang besar. Kaedah ini hanya memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan dapat dipindahkan ke mana-mana. Kos pengeluaran bagi alat pemain cakera ini kurang daripada RM1000.00.
9
Multiple Choice
Apakah yang telah dihasilkan oleh Prof. Ir. Dr. Fatimah binti Ibrahim?
Kaedah ELISA
Ridsect
Cakera padat
Ubat nyamuk elektrik
10
Multiple Choice
Cakera padat yang dicipta dilengkapi dengan teknologi apa?
Teknologi pengesan bunyi
Teknologi pengesan nyamuk
Teknologi pengesan air
Teknologi pengesan nano
11
Multiple Choice
Apakah fungsi cakera padat yang dilengkapi dengan teknologi pengesan nano tersebut?
Mengesan kehadiran virus denggi
Mengesan punca virus denggi
Mengesan kesan virus denggi
Mengesan kehadiran virus malaria
12
Multiple Choice
Di bahagian anggota badan manakah sampel darah pesakit diambil?
Bahu pesakit
Hujung jari pesakit
Tangan pesakit
Kaki pesakit
13
Open Ended
Apakah fungsi cairan yang dimasukkan ke dalam cakera padat?
14
Multiple Choice
Penggunaan cakera padat lebih baik daripada kaedah ELISA dalam pengujian sampel darah. Mengapa?
Keputusan yang diperoleh lebih cepat
Keputusan yang diperoleh lebih tepat
Keputusan yang diperoleh lebih cepat dan tepat
Keputusan yang diperoleh lebih cantik
15
Multiple Select
Kaedah pengesanaan penyakit denggi menggunakan cakera padat ini lebih murah.
Pilih sebab yang betul bagi kenyataan di atas.
Tidak memerlukan kelengkapan makmal yang mahal
Tidak memerlukan ruang yang besar
Kos pengeluaran bagi alat pemain cakera ini melebihi kos penggunaan kaedah ELISA
Memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan boleh dipindahkan ke mana-mana
16
17
Teks petikan ini membincangkan kemajuan bioteknologi yang bermanfaat kepada masyarakat bagi mengesan penyakit denggi.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
Kesimpulannya, penciptaan produk pengesan penyakit denggi ini _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
18
Bersama Cikgu Liyana
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 18
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
bangun ruang
Presentation
•
6th Grade
14 questions
Tema 8 Sub Tema 3 PB 4
Presentation
•
6th Grade
14 questions
Tema 9 IPA Kelas 6
Presentation
•
6th Grade
11 questions
BIMBINGAN DAN KONSELING
Presentation
•
KG
14 questions
PKn kelas 1 hak dan kewajiban
Presentation
•
6th Grade
12 questions
Simpulan Bahasa
Presentation
•
6th Grade
16 questions
RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN
Presentation
•
6th Grade
15 questions
Kewajiban Warga Negara
Presentation
•
6th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Other
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
10 questions
Columbus Day and Indigenous People's Day
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Elements, compounds, and mixtures
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Area of Parallelograms and Triangles
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Add and Subtract Integers
Quiz
•
6th - 8th Grade
28 questions
SMS Staff by the Numbers
Quiz
•
6th - 8th Grade
14 questions
Explore Integers and Rational Numbers
Quiz
•
6th Grade