Search Header Logo
Seloka Pak Pandir

Seloka Pak Pandir

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 3+ times

FREE Resource

18 Slides • 0 Questions

1

Seloka Pak Pandir

by Zubairi Yahaya

media

2

Seloka bermaksud

Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.

Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama adalah :-

§  Seloka Emak Si Rendang

§  Seloka Pak Kaduk

§  Seloka Pak Pandir

3

Maksud Seloka Pak Pandir 

 Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinyapun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti. 

  Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik  tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat  pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak  boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun. 

4

Tema dan Persoalan 

 Tema seloka ini ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang  akan merugikan diri sendiri.

Persoalan-persoalan lain seloka ini ialah: kebodohan merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kebolehan diri sendiri, watak dungu masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang belum tentu benarnya, dan utamakanlah  anggota keluarga sendiri sebelum memberi layanan istemewa kepada orang lain. 

5

​Gaya Bahasa

​1. Anafora iaitu pengulangan di awal baris, contohnya

Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram

​2. Personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada objek bukan manusia. Sebagai contohnya, "gunting makan di hujung"

6

​3. Asonansi, pengulangan huruf vokal. Contohnya; Orang berbunga dia berbungan (vokal a)

​4. Aliterasi, pengulangan huruf konsonan. Contohnya; Apa didengar gelagat dagang (konsonan g)

7

Gambaran masyarakat.

Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. 

Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.

8

Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.

Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.

9

Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain.

Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.

10

Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.

Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa hasil.

11

Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir

Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif.  Lalu sifat negatif  tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negatif yang telah diutarakan:

12

1. Sikap mengutamakan orang lain. Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam perkataan "anak dipijak". Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagimana perkataan "dagang dijinjing".

2. Hartanya telah habis kerana tergadai. Contohnya ayat“hartanya habis tergadai”. Gambaran ini menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Malah kemungkinan yang lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Pertaruhan seorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang. 

13

3. Tak sedar kelemahan diri sendiri. Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menutup bahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

4. Terlalu mendengar kata pihak lain. Cepat terpengaruh dengan orang lain. Contohnya ayat “Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.

5. Hidup terikat, terseksa disebabkan pihak lain. Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk onak”.

14

6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat  “Awak juga berkecundangan”

7. Tidak memberi faedah kepada orang lain. Contohnya ayat  “ Gelagat rambutan jantan”

8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya ayat  “Kilat memancar hujan tak jadi”.

15

​Kritikan Sosial

​1. Menyindir atau mengkritik individu yang mementingkan orang luar daripada keluarga sendiri. Mereka sanggup berbuat baik kepsds orang luar dan lupa tanggungjawab kepada keluarganya.

​2. Mengkritik individu yang mudah terpedaya dengan janji manis orang luar (dagang) yang baru dikenalinya, dia sanggup menghabiskan harta yang dimilikinya untuk mengambil hati sehingga mereka tidak menyedari diri telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.

16

​3. Menyindir masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti. Mereka sanggup melakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional.

​4. Mengkritik individu yang bertindak bodoh dan sia-sia terhadap sesuatu perkara, akhirnya ia membawa musibah kepada diri sendiri.

17

​Mesej

​1. Kita hendaklah sentiasa menggunakan akal fikiran apabila bertindak agar tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri.

​2. Jangan mudah percaya kepada orang luar yang tidak dikenali kerana mereka mungkin musuh dalam selimut.

​3. Setiap perkara yang diusahakan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar ia tidak menjadi satu pekerjaan yang sia-sia.

18

Nilai dan Pengajaran

i. Janganlah kita melakukan perkara yang sia-sia.

ii.Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri diketepikan.

iii.Amalkan sikap waras dalam kehidupan.

iv.Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

v.Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang tidak kita kenali.

Seloka Pak Pandir

by Zubairi Yahaya

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 18

SLIDE