
PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
Presentation
•
Religious Studies
•
3rd Grade
•
Hard
Azlin Muaziz
Used 2+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
by Azlin Muaziz
2
PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Pembukaan Kota Makkah berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah
Rasulullah menyusun strategi secara sulit bertujuan mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah.
Peristiwa ini dinamakan ‘Fathul Makkah’ yang bermaksud Pembukaan Kota Mekah.
Baginda bersabda pada hari yang bersejarah itu: “ Hari ini hari belas kasihan (rahmah), hari ini Allah akan memuliakan Kaabah.”
3
STRATEGI RASULULLAH SEMASA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Mengemukakan 3 tuntutan terhadap musyrikin Quraisy.
Membayar diyat(pampasan atau ganti rugi) kepada waris Bani Khuzaah yang terbunuh.
Mengutuk perbuatan Bani Bakr membunuh orang Bani Khuzaah.
Berperang dengan tentera Islam.
Mendirikan khemah
Rasulullah mengarahkan 10 000 tentera Islam bersiap sedia dan berangkat ke Mekah. Dalam perjalanan, Rasulullah mengarahkan tentera Islam berhenti di Murru Az Zahran dan mendirikan khemah bagi tujuan bermalam di situ.
4
Menyalakan Unggun Api
Pada waktu malam, Rasulullah memerintahkan tentera Islam menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-masing.
Perkara ini dilakukan sebagai strategi perang saraf untuk menimbulkan rasa gerun pihak musuh yang berada di Mekah.
Abu Sufian bin Harb keluar untuk meninjau tentera Islam setelah melihat kehebatan mereka dari jauh.
Beliau berjumpa dengan Al-Abbas yang baru memeluk Islam. Al-Abbas membawa Abu Sufian bertemu Rasulullah dan dengan rela hati memeluk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.
5
Tawaran Keselamatan
Pada pagi Hari Jumaat, 10 haribulan Ramadan tahun 8 hijrah, Rasulullah memasuki Kota Makkah dengan penuh rasa tawaduk
Rasulullah mengisytiharkan kepada penduduk Mekah bahawa “Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian akan selamat, sesiapa yang memasuki Masjidil Haram akan selamat, dan sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri akan selamat”.
6
TINDAKAN RASULULLAH SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
MEMUSNAHKAN BERHALA DI SEKELILING KAABAH
Sebaik memasuki Kota Mekah, Rasulullah menuju ke Kaabah dan memusnahkan
360 buah berhala yang terdapat di sekitar Kaabah. Rasulullah menolak berhala dengan tongkat sehingga terjatuh dan hancur. Setelah itu Rasulullah mengarahkan beberapa orang sahabat meneruskan pemusnahan tersebut.
SOLAT SUNAT DI MAKAM IBRAHIM
Setelah Rasulullah melakukan tawaf di Kaabah, baginda menunaikan solat sunat sebanyak 8 rekaat di makam Ibrahim.
LAUNGAN AZAN BILAL BIN RABAH
Rasulullah mengarahkan Bilal bin Rabah supaya melaungkan azan di atas bumbung kaabah. Laungan azan tersebut adalah azan pertama di bumi Mekah. Penduduk Mekah keluar beramai- ramai menuju ke kaabah dan mendengar ucapan Rasulullah s.a.w.
7
MEMBERI UCAPAN PERTAMA KEPADA PENDUDUK MAKKAH
Semasa Rasulullah memegang jenang pintu kaabah, baginda menyampaikan ucapan pertama kepada penduduk Mekah. Antara isi ucapan tersebut ialah:
Maksudnya:
”Wahai orang Quraisy, sesungguhnya Allah mencabut dari kamu kesombongan jahiliah dan sikap mengagung- agungkan keturunan. Semua orang berasal dari Adam, dan Adam berasal daripada tanah.” Setelah itu Rasulullah membaca ayat 13 surah al- Hujurat yang penghujungnya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang bertakwa.”
MEMBERI PENGAMPUNAN KEPADA MUSUH
Rasulullah telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada musyrikin Mekah yang pernah memusuhi baginda. Rasulullah menyatakan:
“ Apakah yang kamu sangka aku lakukan terhadap kamu?” Mereka menjawab:”Kami bersangka baik terhadap tuan. Tuan orang mulia dan putera orang mulia.” Lalu Rasulullah bersabda: “Pergilah tuan-tuan pulang, saya bebaskan tuan-tuan semua.”
8
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH
STRATEGI RASULULLAH.
Rasulullah mengatur strategi dengan bijak dan cekap sehingga melumpuhkan kekuatan kaum Quraisy.
SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM
Semangat jihad umat Islam yang tinggi untuk membebaskan Kota Mekah daripada kekuasaan musyrikin.
PENDUDUK MAKKAH TERTARIK DENGAN ISLAM
Setelah melihat kekuatan dan perpaduan umat Islam Madinah al-Munawwarah, ramai kerabat mereka di Mekah yang memeluk Islam
9
PERPADUAN UMAT ISLAM
Persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam yang kukuh menjadikan mereka dapat menjalankan strategi Rasulullah dengan baik.
PEMBESAR QURAISY MEMELUK ISLAM
Ramai pembesar dan panglima Quraisy memeluk Islam yang menyebabkan kekuatan musyrikin Quraisy semakin lemah. Antara mereka ialah Abu Sufian, Al-Abbas, Khalid bin Al-Walid dan Amru bin Al-“As.
TENTERA MUSYRIKIN BERTAMBAH LEMAH
Ramai pembesar dan panglima tentera Quraisy terkorban dalam peperangan dengan umat Islam. Antara mereaka ialah Abu Jahal dan Utbah bin Rabi’ah yang terbunuh dalam peperangan Badar.
PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
by Azlin Muaziz
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
Akhlak Tahun 3: Bab 1 - Bab 3
Presentation
•
3rd Grade
6 questions
aqidah akhlak
Presentation
•
3rd Grade
6 questions
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
Presentation
•
3rd Grade
7 questions
PENGENALAN
Presentation
•
3rd Grade
8 questions
Pendidikan Islam Tahun 3 (Adab)
Presentation
•
3rd Grade
8 questions
Presentasi 31 januari 2026
Presentation
•
3rd Grade
8 questions
al kausar
Presentation
•
3rd Grade
7 questions
TARIKH ISLAM kelas 2 DTA
Presentation
•
2nd - 3rd Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade
Discover more resources for Religious Studies
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd - 4th Grade
22 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
8 questions
Telling Time to the Nearest Five Minutes
Quiz
•
2nd - 3rd Grade