
INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 3+ times
FREE Resource
19 Slides • 0 Questions
1
INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT
by Zubairi Yahaya
2
MESEJ
Kita hendaklah menyanjung dan memuliakan kebesaran Nabi Muhammad kerana baginda banyak memberi kebaikan kepada seluruh umat Islam dan akan memberi syafaat pada hari akhirat.
Kita hendaklah sentiasa adil dalam tindakan terutama dengan orang-orang bawahan walaupun memiliki jawatan yang tinggi. Nabi Muahmmad menunjukkan sifat yang adil apabila rela dirinya disebat oleh Akasya.
Setiap hutnag haruslah dibayar untuk mengelakkan diri dituntut pada hari akhirat. Nabi Muhammad mewar-warkan kepada sesiapa yang berhutang denganya.
kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain kerana kasih sayang dapat mewujudkan keharmonian dalama masyarakat.
3
KONSEP
sastera agama mengenai hasil-hasil karya bercorak cereka melalui media naratif yang mengisahkan tokoh-tokoh islam yang penting dalam sejarah perkembangan Islam, dengan kata lain sastera agama mengisahkan tentang tokoh-tokoh islam yang penting dalam perkembangan Islam. watak-watak yang digambarkan dalam karya merupakan tokoh dalam sejarah Islam. Perwatakan mereka diadun dengan pelbagai-bagai unsur fiksyen. Oleh kerana terdapat unsur fiksyen. cerita mengenai tokoh tersebut menjadi karya sastera, bukan sastera sejarah. Sastera agama membawa amanat dan pemikiran Silam. Hal ini menjadikan cerita tersebut agak meragukan dan secara langsung bertentangan dengan Al-Quran.
4
Ciri -Ciri
Bersifat doksologi iaitu memuji-muji kebesaran Allah. Banyak peristiwa yang digambarkan mempunyai tujuan untuk memuji kebesaran Allah.
Karya berbentuk naratif. Karya prosa ini disusun dalam bentuk naratif sastera yang menganduingi pelbagai teknik seperti dialog, penceritaan langsung dan imbas kembali.
cerita berlatar belakang sejarah Islam sebenar. Sebahagian besar sastera agama dan kisah-kisah Nabi Muhammad berdasarkan kisah sebenar seperti peristiwa dalam cerita Hikayat Bulan Berbelah berpunca daripada cabaran orang-orang kaifr Quraisy. Namun begitu kebanyakan karya ini telah bercampur dengan unsur fiksyen dan mitos.
5
4. Bertemakan ketokohan Nabi. Memandangkan karya ini berkisahkan Nabi Muhammad maka pernceritaannya banyak memberi fokus kepada perwatakan dan kehebatan Nabi Muhammad.
5. Terdapat unsur mitos dan lagenda. Kebanyakkan sastera agama menokok tambah peristiwa -peristiwa sebenar dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan darjat Nabi Muhammad walaupun ada beberapa peristiwa memang Nabi Muhammad memiliki keistimewaan yang tersendiri seperti mukjizat.
6. Berfungsi sebagai alat berdakwah. Sastera agama sebagai medium dakwah untuk menyaingi sastera hindu yang telah lama meresap masuk dalam mindah orang-orang tempatan seblum kedatangan islam.
6
FUNGSI SASTERA AGAMA
menyebarkan dakwah dalam masyarakat. sebelum kedatangan Islam, penduduk terdedah dengan karya Hindu Budhha melalui karya epik Ramayana dan Mahabrata. kemunculan sastera agama yang mencritakan kisah-kisah Nabi Muhammad dianggap dapat menyaingi karya-karya tersebut sebagai medium dakwah.
menggambarkan keagungan dan kebesaran Allah. masyarakat Melayu tradisional masih belum kukuh kepercayaan dan kefahaman kepada Allah. melalui karya ini ia dapat memberi gambaran kebesaran Allah contohnya watak-watak maliakt dan gambaran hari akhirat
7
3. memartabatkan kerasulan Nabi Muhammad. apabila watak Nabi Muhammad diberi pelbagai keistimewaan, secara tidak langsung umat Islam rasa bangga dan melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad.
4. sebagai didaktik atau pengajaran. banyak kisah-kisah Nabi Muhammad memberi pengajaran yang berguna kepada khalayak. sifat-sifat Rasulullah yang mulai memberi inspirasi kepada umatnya untuk mencontohi sifat baginda. sebagai contohnya pada akhir hayat baginda tidak memliki sebarang harta walaupun baginda seorang pemimpin agung.
8
9
RENTETAN PERISTIWA
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi.
Baginda telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak.
Rasulullah pergi ke masjid untuk solat jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Para jemaah sedih mengenangkan pemergian baginda nanti.
Setelah itu Rasulullah pun membuat pegumuman kepada sidang Jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak
10
5. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh camti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut.
6. PAra sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih dan menawarkan diri sebagai ganti, naman Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan camti sebagimana apa yang dia lalui dahulu.
7. Sabaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya.
8. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali.
11
9. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda.
10. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat.
12
PEMIKIRAN / PERSOALAN
Kelebihan dan Kemuliaan Nabi Muhammad . Bagdinda memiliki pelbagai keistimewaan semasa hayat hinggalah pada saat menjelang kewafatannya. Baginda boleh berkomunikasi dengan para malaikat yang datang ingin mengambil nyawanya.
Kekuasaan Allah yang harus direnungi hamba-nya . Allah S.W.T menetapkan setiap yang hidup pasti akan mati termasuklah jungjungan besar Nabi Muhammad.
Keimanan dan ketaqwaan dalam hidup manusia. sebagai hambanya kita masing-masing ada tanggungjawab untuk perkukuhkan iman, melakukan perkara yang disuruh dan menjauhkan perkara yang dilarang. keimanan dan ketakwaan hanya boleh diperolehi dengan melakukan amal ibadat. Nabi Muhammad sendiri melakukan ibadat siang dan malam walaupun pada saat-saat kewafatannya.
13
4. Kasih sayang sesama manusia. sifat kasih sayang terserlah dalam hubungan antara Nabi Muhammad dengan anaknya Fatimah. banyak pesanan yang diberikan kepada anaknya. Nabi Muhammad sendiri mengucap kepala Fatimah sebagai tanda kasih sayang kepada anaknya.
5. Sifat merendah diri dalam hidup manusia. walaupun Nabi Muhammad merupakan seorang yang mulia tetapi cara hidupnya cukup sederhana dan tidak meninggalkan sebarang harta. Baginda sendiri dengan rendah diri meminta sesiapa yang berhutang denganya dibayar walaupun tujuannya adalah untuk mencium perut baginda.
6. Setiap yang hidup pasti akan mati. Walaupun Nabi Muhammad mempunyai kemuliaan dan kebesaran yang tersendiri, namun janji Allah itu pasti bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Kewafatan baginda menunjukkan bahawa Nabi Muhammad juga manusia biasa walaupun Allah swt mengangkat darjatnya sebagai Nabi.
14
PERISTIWA YANG MENYEDIHKAN DALAM KARYA
Pada saat baginda memberitahu Bilal Malek bahawa baginda akan meninggal dan Bilal terus menangis dan menyatakan beliau sudah kehilangan tempat untuk mengadu.
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali turut meratap apabila mendengar khabar tersebut dan memikirkan bagaimana hal ehwal mereka ketika ketiadaan Rasulullah.
Ketika Rasulullah mengetahui bahawa nyawanya akan dicabut oleh malaikat maut. Baginda tidak takut untuk mati tetapi risaukan umat-umatnya.
Ketika Baginda memberitahu kepada Fatimah dan Aisyah bahawa baginda akan meninggal dunia. Fatimah memberitahu Rasulullah bahawa dia tidak sanggup untuk berpisah dengan ayahandanya dan akan menajadi anak yatim.
15
5. Ketika Rasulullah membaca khutbah terakhir di masjid, semua sidang jemaah menangis mendengar pesanan Rasulullah.
6. Malaikat maut telah datang untuk mencabut nyawa Rasulullah , baginda telah pergi buat selama-lamanya meninggaalkan keluarga, sahabat dan umatnya.
16
WATAK
NABI MUHAMMAD
Ayah kepada Siti Fatimah dan suami kepada Siti Aisyah, memiliki 2 orang cucu iaitu Hasan dan Husin. Merupakan pesuruh Allah dalam menyebarkan dakwah Islam.
Baginda amat mencintai umatnya, ketika baginda mengetahui akan meninggal dunia, baginda berasa sanagat sedih kerana akan meninggalkan umatnya.
Baginda seorang yang penyayang, baginda mencium kepala anaknya Fatimah dan berasa sedih keranan akan berpisah buat selama-lamanya. Dia turut memberikan beberapa pesan terakhir.
17
4. Taat kepada perintah Allah, kuat beribadat wajib dan sunat. Ketika di masjid baginda mambaca selawat, solat sunat dan membaca doa kali terakhir sebelum baginda meninggal.
5. Seorang adil dalam tindakan. Baginda meminta pembalasan daripada sahaja yang berhutang dengannya kerana tidak mahu mendapat pembalasan di akhirat. Akasyah mengambil kesempatan untuk membalasnya dan hal ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad sendiri walau pun dihalang oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya.
6. Merendah diri, baginda merelakan pembalasan yang ingin dilakukan oleh Akasyah dengan menyebat camti sambil membuka baju. Walaupun baginda seorang pemimpin yang disanjung tinggi tetapi baginda tetap merendah diri dan rela dihukum kerana bersalah.
18
CITRA MASYARAKAT
Latar belakang kisah ini berlaku di Tanah Arab pada zaman Nabi Muhammad pada saat-saat terakhir baginda sebelum menemui Maha Pencipta. Terdapat golongan pemimpin dan yang dipimpin, namun semuanya percayakan Allah tanpa mengira darjat dan pangkat.
Nabi Muhammad sebagai pemimpin digambarkan penuh bertanggungjawab dalam menyebarkan syiar Islam. Sifat tanggungjawab terserlah dengan kerisauan pada saat-saat baginda wafat.
Ada golongan masyarakat yang menggunakan helah untuk mendekati Rasulullah, Akasya menggunakan alasan disebat tanpa sengaja oleh Nabi Muhammad untuk memeluk dan mencium perut Rasulullah.
19
Sebahagian besar masyarakatnya dipenuhi dengan sifat kasih sayang dan saling mengambil berat. Sifat kasih sayang terserlah dalam hubungan bapa dan anak,suami dan isteri serta kasih sayang antara sahabat.
Sebahagian besar masyarakatnya juga sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah Nabi Muhammad. Ahli keluarga dan sahabat handai Rasulullah sanggup mengganti tempat Nabi Muhammad apabila Akasya menyuarakan hasrat untuk meneruskan niatnya menyebat Rasulullah.
INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 19
SLIDE
Similar Resources on Wayground
13 questions
BAHAN TAYANG PEMBELAJARAN QUIZIZZ
Presentation
•
KG
15 questions
RAGAM AYAT
Presentation
•
University
13 questions
BELAJAR
Presentation
•
University
11 questions
DAFTAR PUSTAKA
Presentation
•
University
14 questions
PENGENALAN KEPADA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Presentation
•
University
13 questions
Narrative Text
Presentation
•
University
13 questions
Pengantarn Pendidikan: Aliran-aliran pendidikan II
Presentation
•
University
15 questions
Qur'an mavzulari
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
10 questions
Main Idea and Supporting Details
Quiz
•
3rd - 6th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
14 questions
25-26 SY 8th Grade EOY Benchmark
Quiz
•
8th Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
21 questions
EOY Grade 6 Benchmark Assessment - Content Skills
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
Discover more resources for Education
20 questions
USA States
Quiz
•
4th Grade - University
11 questions
dog breeds
Quiz
•
3rd Grade - Professio...
20 questions
Present Perfect vs simple past quiz
Quiz
•
University
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
20 questions
Disney characters
Quiz
•
KG - Professional Dev...
55 questions
Mock EOC/ Interim 3 Review
Quiz
•
KG - University