Search Header Logo
PRA PERCUBAAN 2021 S2 muar

PRA PERCUBAAN 2021 S2 muar

Assessment

Presentation

Business

Professional Development

Easy

Created by

TUMAN AZIZAH

Used 5+ times

FREE Resource

5 Slides • 23 Questions

1

PRA PERCUBAAN 2021 S2

by Cg AZIZAH

2

Open Ended

1a Berikan maksud kemahiran teknikal. [1]

3

Open Ended

1b Senaraikan tiga contoh kemahiran teknikal yang berkaitan dengan pengurusan sebuah kilang perabot. [3]

4

Open Ended

2 Bezakan fail meja dengan manual prosedur kerja dari aspek rujukan dan kandungan. [4]

5

Open Ended

3 Jelaskan kesan stres kepada perniagaan kosmetik terhadap yang berikut:

(b) Kadar lantik henti tinggi. [3]

6

Open Ended

3 Jelaskan kesan stres kepada perniagaan kosmetik terhadap yang berikut:

(a) Produktiviti pekerja merosot. [3]

7

Open Ended

5 Berikan empat perkara yang menyebabkan sesuatu kontrak boleh dilepaskan. [4]

8

Open Ended

4 Huraikan kepentingan tiga jenis kawalan luaran bagi sesebuah organisiasi perniagaan. [6]

9

Open Ended

6 Jelaskan dua syarat tersirat yang terdapat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan). [6]

10

Open Ended

7 Huraikan tujuan prinsip berunding yang berikut:

(a) Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan. [2]

11

Open Ended

7 Huraikan tujuan prinsip berunding yang berikut:

(b) Asingkan manusia daripada masalah. [2]

12

Open Ended

8. Situasi A : Pengurus pembelian menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan perundingan dengan pembekal

Situasi B : Pengurus pembelian bertindak mengugut menarik diri dari perundingan dengan pembekal tersebut dan menyatakan akan membeli dari pembekal lain.

Berdasarkan situasi A dan situasi B, Jelaskan strategi dan taktik perundingan yang digunakan oleh pengurus pembelian. [6]

13

Open Ended

9 Syarikat Mesra Sdn. Bhd. merupakan sebuah firma mengeluarkan lampu hiasan rumah. Aktiviti utamanya ialah mengeluarkan lampu hiasan rumah yang boleh digunakan oleh pengguna akhir. Syarikat Mesra Sdn. Bhd. telah menjalankan satu kajian pemasaran disebabkan pasaran yang tidak stabil. Pengurusan atasan mempunyai dua cadangan iaitu melakukan pembesaran kilang dan pengecilan kilang. Kebarangkalian pasaran baik ialah 40% dan pasaran rugi 60%. Jika pasaran baik, pulangan untuk pembesaran kilang ialah RM166 980.00 dan pengecilan kilang ialah RM222 640.00. Kajian pemasaran mendapati, jika pasaran rugi, tindakan pembesaran kilang akan menyebabkan kerugian sebanyak RM83 490.00 dan pengecilan kilang akan rugi sebanyak RM27 830.00

Berdasarkan situasi di atas,

(a) lakarkan gambar rajah pokok keputusan [2]

14

Open Ended

9  Syarikat Mesra Sdn. Bhd. merupakan sebuah firma mengeluarkan lampu hiasan rumah. Aktiviti utamanya ialah mengeluarkan lampu hiasan rumah yang boleh digunakan oleh pengguna akhir. Syarikat Mesra Sdn. Bhd. telah menjalankan satu kajian pemasaran disebabkan pasaran yang tidak stabil. Pengurusan atasan mempunyai dua cadangan iaitu melakukan pembesaran kilang dan pengecilan kilang. Kebarangkalian pasaran baik ialah 40% dan pasaran rugi 60%. Jika pasaran baik, pulangan untuk pembesaran kilang ialah RM166 980.00 dan pengecilan kilang ialah RM222 640.00. Kajian pemasaran mendapati, jika pasaran rugi, tindakan pembesaran kilang akan menyebabkan kerugian sebanyak RM83 490.00 dan pengecilan kilang akan rugi sebanyak RM27 830.00

Berdasarkan situasi di atas,

(b) hitung jumlah jangkaan nilai kewangan bagi tindakan pembesaran kilang dan pengecilan kilang. [4] 

15

Open Ended

10 Huraikan bagaimana dua jenis keputusan dapat digunakan oleh pengurus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebuah organisasi. [4]

16

11 Maxis Bhd. adalah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan digital berkualiti tinggi yang merangkumi suara, data, dan penyelesaian. Maxis bersemangat untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membantu orang, perniagaan dan negara untuk sentiasa dihadapan dalam dunia digital yang sedang berkembang. Maxis Bhd menerusi Maxis Business akan menganjurkan persidangan maya Spark UsahaWIRA secara percuma selama dua hari pada 24 dan 25 Ogos 2021 bagi membimbing pemilik syarikat tempatan dan bakal usahawan mengembangkan perniagaan. Persidangan maya itu akan membolehkan usahawan mendalami arus pendigitalan dan meraih faedah daripada perkembangan teknologi digital. Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus, berkata persidangan itu adalah lanjutan kepada program Maxis UsahaWIRA yang dilancarkan Mei 2021, dengan tujuan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan. Maxis mendapat inspirasi daripada semangat inovatif dan kreatif dalam kalangan usahawan, terutama PKS yang berjaya merempuh pelbagai rintangan meskipun menghadapi keadaan getir. Ini memberi peluang untuk Maxis belajar daripada mereka. Maxis sangat menggalakkan PKS dan usahawan supaya merebut peluang dan mendaftar untuk menghadiri Spark UsahaWIRA supaya dapat membimbing mereka ke arah memanfaatkan arus digitalisasi.

17

Misi persidangan yang dianjurkan Maxis adalah untuk membawa teknologi terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk terus menerajui dunia yang kian berubah. Peserta juga digalakkan menyertai pelbagai sesi bengkel dan mendapatkan akses kepada Panduan Kickstart Digital yang disediakan oleh Maxis Bhd bersama rakan industri iaitu Astro, AmBank, Facebook, Google, iQiyi, MDEC, Microsoft, Momentum Internet, Redbeat Academy, Shopee, TikTok dan Viu. Selain mempelajari cara mengembangkan perniagaan menerusi digitalisasi seperti e-dagang, pengiklanan media sosial dan mendapatkan lebih ramai pelanggan dalam talian, peserta juga dapat meraih hubungan perniagaan menerusi sesi 'Live Networking'. Selain itu, Maxis Bhd juga melancarkan eKelas Usahawan, program pemasaran digital berstruktur untuk memperkasa usahawan wanita dari masyarakat luar bandar dengan memperluaskan penggunaan digital. Program eKelas Usahawan merangkumi bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal untuk melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran digital yang mampu mengembangkan perniagaan dan pendapatan. Inisiatif komuniti Maxis didorong oleh semangat untuk menyokong pendidikan dan tujuan untuk membawa teknologi terbaik bagi membantu rakyat untuk terus menerajui dunia yang berubah. Maxis menggunakan apa yang dipelajari daripada pengalaman menghadapi COVID-19 tahun lalu yang mencabar dan mengembangkan usaha untuk terus menyokong komuniti serta mendorong penggunaan digital terutama dalam kalangan usahawan selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro. Program eKelas Usahawan pertamanya di Sabah dengan kerjasama PACOS Trust membabitkan sekitar 30 peserta sebelum diperluaskan di setiap negeri secara berperingkat menjelang akhir tahun ini. Sebanyak 10 bengkel eKelas Usahawan akan diadakan pada 2021, menjangkau masyarakat dari pelbagai lokasi di seluruh negara. Maxis mengadakan

18

bengkel pemasaran digital sejak beberapa tahun lalu sebagai projek perintis, sebelum memutuskan memperkenalkan eKelas Usahawan. Kandungan Modul eKelas Usahawan latihan yang merangkumi tips dan kemahiran asas fotografi digital, pemasaran dan pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial serta pembayaran digital. Usahawan juga akan disokong oleh sukarelawan Maxis untuk memperluas pendedahan mereka dalam pemasaran dan teknologi. Yuran penyertaan dibiayai sepenuhnya Maxis. Maxis Bhd, juga menawarkan data percuma 1 gigabait (GB) setiap hari kepada pelanggan talian itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 April 2021. Cara menebus data 1GB percuma setiap hari menerusi aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex atau Hotlink RED. Inisiatif yang dilaksanakannya adalah untuk memastikan sambungan tidak terganggu dengan mengekalkan keupayaan rangkaian tetap dan mudah alih walaupun terdapat peningkatan trafik. Tawaran itu bertujuan supaya pelanggan mendapat akses percuma ke laman web penting dan panggilan percuma bagi nombor hotline CRPC dan Jabatan Kesihatan Negeri. Penawaran Akses percuma dan data tanpa had untuk pelajar luar bandar bagi meneruskan pembelajaran digital di rumah dengan Maxis eKelas. Penawaran Maxis itu selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Maxis menawarkan data mudah alih 1GB percuma setiap hari untuk semua pelanggan pascabayar Maxis, pascabayar Maxis Business, prabayar Hotlink dan pascabayar Hotlink. Pelanggan boleh menebus data percuma itu mulai 1 April 2020 sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan, untuk digunakan daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Pendekatan Maxis diambil kerana rakyat Malaysia mengubah gaya hidup dengan ketara sejak permulaan tempoh PKP. Mereka terpaksa melakukan segala aktiviti di rumah dan Maxis sememangnya menyedari betapa pentingnya teknologi dan ketersambungan dalam hidup.

19

20

Open Ended

Berdasarkan kajian kes Maxis Berhad,

(a) terangkan tiga langkah pertama proses komunikasi oleh Maxis Berhad dalam menganjurkan persidangan maya Spark UsahaWIRA, [9]

21

Open Ended

Berdasarkan kajian kes Maxis Berhad,

(b) jelaskan media komunikasi yang digunakan oleh Maxis Bhd, dan [13]

22

Open Ended

Berdasarkan kajian kes Maxis Berhad,

(c) terangkan bagaimana Internet boleh meluaskan peluang perniagaan kepada Maxis Berhad. [8]

23

Open Ended

12 Jelaskan kegunaan empat alat perancangan bagi perniagaan makanan segera. [20]

24

Open Ended

12 Jelaskan kegunaan empat alat perancangan bagi perniagaan makanan segera. [20]

25

Open Ended

12 Jelaskan kegunaan empat alat perancangan bagi perniagaan makanan segera. [20]

26

Open Ended

13 Jelaskan pengaruh empat faktor situasi terhadap pembuatan keputusan perniagaan menjual kereta. [20]

27

Open Ended

13 Jelaskan pengaruh empat faktor situasi terhadap pembuatan keputusan perniagaan menjual kereta. [20]

28

Open Ended

13 Jelaskan pengaruh empat faktor situasi terhadap pembuatan keputusan perniagaan menjual kereta. [20]

PRA PERCUBAAN 2021 S2

by Cg AZIZAH

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 28

SLIDE