Search Header Logo
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Assessment

Presentation

•

Religious Studies

•

10th Grade - University

•

Hard

Created by

MOHD Moe

FREE Resource

5 Slides • 0 Questions

1

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

by USTAZ MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS

2

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang  perkara-perkara bida’ah.

​

DIKENALI JUGA DENGAN NAMA

1. Ahlus sunnah

2. Al Jamaah

3. Assalafus Soleh 

4. Ahlul Hadis.​

3

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

LATAR BELAKANG  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH​

✓ Adalah jalan yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para  sahabat baginda.

✓ Muncul setelah berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam

✓ Nama Ahli Al-Sunnah Wal-Jama’ah dimasyhurkan dengan  rasminya oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari pada tahun 330H.

✓ Gelaran ini juga dimasyhurkan oleh Abu Mansur Al-Maturidi pada  taahun 333H

✓ Namanya digabungkan daripada perkataan Ahli, Sunnah dan Al Jamaah.

Dinamakan “Ahli Sunnah” kerana mereka menerima dan  beramal dengan sunnah-sunnah nabi.

Perkataan “Al-Jamaah” adalah kerana mereka berkumpul di atas  kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar  makruf dan nahi mungkar, menghidupkan sunnah dan menentang  perkara –perkara bid’ah​

4

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

PRINSIP AKIDAH AHLI  SUNNAH WAL JAMAAH

​

​1. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan as-Sunnah.

2. Berpegang dengan prinsip as-Salafus Soleh.

3. Merujuk kepada al-quran dan as-Sunnah apabila berselisih  pendapat dalam sesuatu perkara.

4. Tidak mencela atau mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka.

​5. Menghukum hanya jika terdapat bukti yang sah.

5

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

​PANDANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP BEBERAPA ISU

​1) AL-QURAN :

Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim

Al-Quran bukan makhluk dan Al-Quran bukan baharu

​2) MELIHAT ALLAH : ​Mukmin boleh melihat Allah di syurga kelak Allah boleh dilihat di akhirat kelak.

​3) PELAKU DOSA  BESAR : Pelaku dosa besar masih dikira sebagai mukmin kerana masih ada  iman namun dikira fasiq kerana melakukan dosa.

4) ​IMAN BERTAMBAH  DAN BERKURANG :

​Iman boleh bertambah dan berkurang

Iman boleh bertambah apabila taat perintah Allah dan berkurang  apabila melakukan maksiat kepada-Nya

​5) QADA’ DAN  QADAR : Qadar (ketentuan Allah) dan qada’ (segala perkara yang berlaku) di  alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah sejak azali lagi.

pattern-tertiary
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

by USTAZ MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 5

SLIDE