Search Header Logo
CERPEN- IBU DAN CEPER

CERPEN- IBU DAN CEPER

Assessment

Presentation

Other

1st Grade

Medium

Created by

T-ONG YING

Used 4+ times

FREE Resource

2 Slides • 3 Questions

1

CERPEN- IBU DAN CEPER

ONG YING YING

2

 Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya. Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang, kerana di hulu hujan turun dengan lebatnya. Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari. Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiangtiang rumah kami. 

3

Multiple Choice

PILIH MAKSUD 'menziarahi' YANG TEPAT

1

melawati

2

meminati

3

mekhianati

4

memusnahkan

4

Multiple Choice

Dibawah merupakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu Sungai Ceper turun tidak berhenti-henti, kecuali....

1

Menyebabkan kampung menjadi aman dan tenteram

2

Air sungainya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya.

3

Sampah sarap dipunggah bersama.

4

Air sungai menjadi keruh macam air susu. 

5

Multiple Choice

Masalah banjir sering menjejaskan pendapatan para petani. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah banjir di negara kita?

1

Orang ramai perlu mempunyai sikap pentingkan diri sendiri

2

Orang ramai harus banyak menggunakan plastik.

3

Orang ramai perlu membakar sampah secara terbuka.

4

Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada membuang sampah ke dalam sungai/ parit/ longkang.

CERPEN- IBU DAN CEPER

ONG YING YING

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 5

SLIDE