Search Header Logo
PEMBINAAN FRASA TING.1

PEMBINAAN FRASA TING.1

Assessment

Presentation

World Languages

1st Grade

Hard

Frasa Nama

Standards-aligned

Created by

NABILAH Moe

Used 1+ times

FREE Resource

9 Slides • 17 Questions

1

PEMBINAAN FRASA TING.1

by NABILAH Moe

2

​FRASA NAMA

Frasa yang terbina daripada kata nama sebagai kata inti.

Berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek dalam ayat.

​​Contoh:

  • Emak (subjek) menanak nasi

  • ​Adik sedang membaca buku cerita (objek)

  • ​Azura doktor pakar (predikat)

Kesalahan umum: (Kesalahan D-M)

  • ​Ibu meletakkan sepinggan goreng pisang di hadapan kedua-dua orang tetamunya. (X)

  • ​Ibu meletakkan sepinggan pisang goreng di hadapan kedua-dua orang tetamunya (/)

3

Latihan Pengukuhan​

​Betulkan bentuk-bentuk ujaran yang salah dalam ayat-ayat di bawah ini.

4

Fill in the Blanks

Ibu memasak ayam kari untuk dimakan dengan pulut kuning.

Type answer...

5

Fill in the Blanks

Ibu meletakkan sepiring goreng cempedak yang masih panas di atas meja makan.

Type answer...

6

Fill in the Blanks

Kami menginap di Seri Orkid Hotel selama empat hari tiga malam

Type answer...

7

Fill in the Blanks

Kebanyakkan peserta-peserta kursus menjahit itu gadis belasan tahun.

Type answer...

8

Fill in the Blanks

Sebanyak 28 orang murid-murid Tingkatan Tiga Wawasan mengikuti kursus motivasi selama dua hari di dewan sekolah.

Type answer...

9

​FRASA ADJEKTIF

​Frasa yang terbina daripada kata adjektif sebagai kata inti

​Berfungsi sebagai penerang kata nama, predikat dan keterangan

​Contoh:

  • Kad yang cantik itu untuk gurunya (penerang kata nama)

  • ​Bayi itu sangat comel (predikat)

  • ​Motosikal itu ditunggang dengan lajunya (keterangan)

Kesalahan Umum: (Kesalahan penggunaan dua kata penguat)

  • ​Dia paling tinggi sekali dalam kelasnya (X)

  • ​Dia paling tinggi/tinggi sekali dalam kelasnya (/)

10

Latihan Pengukuhan​

​Pilih ayat yang betul dan salin semula di ruangan jawapan

11

Fill in the Blanks

Ayah marahkan abang

Ayah marah akan abang

Type answer...

12

Fill in the Blanks

Mukanya sudah pucat-lesi

Mukanya sudah amat pucat-lesi

Type answer...

13

Fill in the Blanks

Kehidupannya sudah amat senang-lenang

Kehidupannya sudah senang-lenang

Type answer...

14

​FRASA KERJA

​Frasa yang terbina daripada kata kerja sebagai kata inti

​Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua iaitu

  • frasa kerja aktif

  • frasa kerja pasif

Kesalahan Umum:​ (Kesalahan penggunaan kata sendi dalam kata kerja tak transitif yang berapitan ber-...-kan)

  • ​Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan (X)

  • ​Pengemis itu tidur berbantalkan lengan (/)

15

Latihan Pengukuhan​

​Betulkan bentuk-bentuk ujaran yang salah dalam ayat-ayat di bawah ini.

16

Fill in the Blanks

Kakak Fatiha menghadiahkan saya sekotak coklat

Type answer...

17

Fill in the Blanks

Pihak polis akan menyiasat kes pembuangan bayi itu berdasarkan kepada laporan orang ramai

Type answer...

18

Fill in the Blanks

Abang meletakkan ke dalam kotak buku-buku itu

Type answer...

19

Fill in the Blanks

Mereka meneruskan akan meredah hutan itu walaupun hari sudah malam

Type answer...

20

​FRASA SENDI NAMA

Kata sendi sebagai kata inti dan disertai kata nama/frasa nama selepasnya.

​Frasa sendi nama boleh didahului oleh kata bantu.

Kesalahan Umum: (Kesalahan penggunaan kata sendi nama)

  • ​Kamu hendak pergi ke Johor atau Muar? (X)

  • ​Kamu hendak pergi ke Johor atau ke Muar? (/)

21

Latihan Pengukuhan​

​Betulkan bentuk-bentuk ujaran yang salah dalam ayat-ayat di bawah ini.

22

Fill in the Blanks

Lelaki kurang siuman itu berjalan kaki daripada Kajang ke Ampang

Type answer...

23

Fill in the Blanks

Saya amat tertarik dengan pemilihan kata-kata dalam sajak ini.

Type answer...

24

Fill in the Blanks

Buku tatabahasa awak ada dengan Cikgu Mariah

Type answer...

25

Fill in the Blanks

Mereka tidak ada kelas tambahan di hari minggu

Type answer...

26

Fill in the Blanks

Tiket teater yang saya jumpa itu sudah saya serahkan ke pengawal keselamatan

Type answer...

pattern-tertiary

PEMBINAAN FRASA TING.1

by NABILAH Moe

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 26

SLIDE