Search Header Logo
FEQAH 3 (9) 17/10/21

FEQAH 3 (9) 17/10/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

3rd - 4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

Used 1+ times

FREE Resource

23 Slides • 0 Questions

1

FEQAH 3 (9)

1.الردة

​2.ORG YG MENINGGALKAN SOLAT

2

1.الردة

​BAHASA/LURGHAH : Berbalik dari sesuatu kpd yg lain

​ISTILAH/SYARA' : Memutuskan Islam dgn niat/perkataan/perbuatan yg membawa kpd kekufuran

​Merubah segala amalan jika tiada perubahan pd sifat tersebut sehingga mati. Membolehkan hilang segala pahala amalan

​Jika bertaubat sebelum mati, tiada hilang pahala amalannya, dan tiada perlu utk qada' segala kewajipan ke atasnya

3

​DALIL : AL-QURAN/AQLI

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)

- Surah al-Baqarah 2: 217)

4

​(3) JENIS الردة

  • Dari segi :

  • ​1) NIAT : Berniat dlm hati utk bercita-cita hendak menjadi kafir didlm hatiny

  • 2) PERKATAAN : Menyebut perkara yg bertentangan dgn agama Islam

  • ​3) PERBUATAN : Melakukan sesuatu perbuatan yg mndtgkan kekufuran cth ; pergi ke gereja utk solat

5

​SYARAT PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD MURTAD

  • ​1) Baligh dan berakal, maka kanak2 dan org gila tidak dianggap murtad krn mereka tidak dipertanggungjawabkan (tiada taklif). Walaubagaimanapun, hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajaran kepadanya dan memintanya bertaubat

  • 2) Meminta orang yg murtad itu bertaubat. Tidak blh menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya seblm diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dgn segera sekiranya tidak mahu bertaubat

  • 3) Sabit perbuatan murtad tersebut samada dengan ikrarnya atau dengan kesaksian .Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah dialkukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil

6

​TINDAKAN YG DIAMBIL KE ATAS الردة

  • ​Pemerintah akan mengarahkan utk :

  • ​1) BERTAUBAT : Diberikan tempoh selama 3 hari 3 malam

  • ​2) BERDIALOG DAN MENASIHATI

  • ​3) DIBUNUH : Jika tiada perubahan kpd pemurtad tadi

7

​KESAN ATAS ORG YG MURTAD

  • ​1) DIHARAMKAN HARTANYA : Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Harta tersebut diletakkan di bwh pengawasan pemerintah dan digunakan utk memenuhi keperluannya yg daruri. Sekiranya dia kembali kpd Islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lgi dan dikembalikan harta tersebut kpdnya. Sekiranya tidak bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.

  • ​2) HILANG HAK WARISAN : Terputus hak pewarisan di antaranya dgn kaum kerabatnya. Sekiranya mati salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW : Tidak mewarisi orang muslim akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.

8

  • ​3) TERCERAI DGN PASANGANNYA : Terpisah dgn isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung. Sekiranya org murtad itu kembali kpd Islam dlm tempoh eddah maka dia blh bersama semula dgn isterinya tanpa akad yg baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia berterusan murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula tarikh murtadnya. Sekiranya slps itu, dia ingin kembali kpd isterinya, maka hendaklah dgn akad dan mahar yg baru.

9

​KESAN HUKUMAN ATAS ORG YG MURTAD

  • Terdapat beberapa kesan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad :

  • ​1) Haram memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.

  • ​2) Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya hendaklah ditanam di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.

  • 3) Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.

10

​FAKTOR/PUNCA الردة

  • Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

  • 1. Lemah pegangan agama.

  • 2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

  • 3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.

  • 4. Faktor perkahwinan.

  • P/S : Di Malaysia, permohonan murtad (Islam) perlu melalui mahkamah syariah

11

​HUKUMAN ORG MURTAD

  • 1) BERTAUBAT : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera

  • ​2) MEMBERI PERINGATAN : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu

  • ​3) BUNUH : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan bertaubat

12

​2.ORG YG MENINGGALKAN SOLAT​

13

​(2) JENIS ORG YG MENINGGALKAN SOLAT

  • ​1) Meninggalkan dgn I'TIKAD : Berpgg solat itu tidak wajib

  • ​2) Meninggalkan kerana MALAS/MERINGANKAN : Sedangkan dia tahu solat fardu itu wajib ke atasnya

14

​FIRMAN ALLAH SWT

Allah juga telah memberi peringatan yang tegas kerana adanya perkataan ‘Celakalah kamu’ kepada golongan yang sengaja melewat-lewatkan solat sehingga terlepas waktu. Firman Allah yang bermaksud: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai solatnya

(Surah Al-Maa’un: 4 & 5)

15

​MAKSUD FIRMAN ALLAH SWT

  • Maksud celaka bagi orang-orang yang solat itu juga adalah seperti berikut:

  • 1) Sama ada ia selalu melambatkan solatnya sehingga hampir keluar waktu.

  • 2) Atau meninggalkan tuntutan solat dalam rukunnya ataupun syaratnya yang mana ia dituntut bagi melakukannya.

16

  • ​Jumhur ulama’ mengatakan wajib untuk bersegera dlm mengqadha solat samada ditinggalkan krn uzur syari’e/tidak. Ia berdasarkan keumuman hadis baginda nabi: Sesiapa yg tertinggal solat krna lupa maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. [HR Bukhari (597) dan Muslim (1598)]

    Mengikut Mazhab Syafie, para ulamak telah memperincikan masalah ini kepada dua keadaan:

  • 1. SunatSekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti tertidur atau lupa, maka dihukum sunat baginya untuk segera menqadha’ solat.

    2. Wajib

    Sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syar’ie maka wajib baginya untuk segera menqadha’ solatnya. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/70-71)

17

PEMBAHAGIAN WAKTU SOLAT​

Dalam masa 24 jam yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى kepada kita, tidak semua waktu boleh digunakan untuk melaksanakan solat2 sunat.

18

​9 PEMBAHAGIAN WAKTU SOLAT

  • ​​Waktu FADHILAT ; waktu paling utama (afdal) iaitu pada awal waktu

  • Waktu IKHTIAR : Selepas waktu fadilat hingga sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna dalam waktunya

    Waktu HARUS : Sama seperti waktu ikhtiar

    Waktu HARAM : akhir waktu yang mencemaskan sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya

    ​Waktu DARURAT : untuk orang yang baru hilang daripada perkara yang menegah solat seperti haid, nifas, gila dan seumpanya

    Waktu IDRAK: antara awal waktu dengan datang halangan untuk solat seperti datang haid, bersalin dan sebagainya

19

  • Waktu HARUS TAPI MAKRUH : waktu asar, maghrib, isyak an subuh

  • ​Waktu UZUR : antara zuhur dengan asar iaitu antara hujung waktu zohor dan awal waktu asar atau maghrib dengan isyak, jamak takdim atau takhir untuk orang yang musafir

  • Waktu HARAM SOLAT (WAKTU TAHRIM) : Selepas subuh, Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit, Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala, Ketika matahari hampir terbenam dan Sesudah solat asar.

  • ​***************************

20

​SEKSAAN YG DIKENAKAN

  • Seksaan ketika hidup di dunia

    1. Allah mengurangan keberkatan umurnya.

    2. Rezekinya disempitkan oleh Allah

    3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam

    4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya

    5. Amal kebajikan yang dilakukannya lansung tidak diberi pahala

    Seksaan Ketika Sakratul Maut

    1. Ia akan menghadapi Sakratul Maut dalam keadaan hina

    2. Matinya dalam menderita kelaparan

    3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

21

  • Seksaan Ketika dalam Kubur

    1. Allah akan menyempitan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.

    2. kuburnya akan digelapkan

    3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

    Seksaan Ketika berada di Akhirat

    1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oleh Malaikat

    2. Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan.

    3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

22

  • Nisbah dosa meninggalkan sembahyang

    Subuh : akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

    Zuhur : Dosanya seperti membunuh 100 jiwa orang Islam.

    Asar : Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

    Maghrib : Dosanya seperti dia berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau ayahnya (bagi perempuan)

    Isyak : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan digesa agar ia mencari bumi yang lain.

23

​HUKUMAN DAN KESAN HUKUMAN

  • ​Pemerintah boleh membunuhnya

  • ​KESAN HUKUMAN :

  • ​Jenazahny akan diuruskan seperti jenazah muslim yg lain

FEQAH 3 (9)

1.الردة

​2.ORG YG MENINGGALKAN SOLAT

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 23

SLIDE