Search Header Logo
WANITA SURI TELADAN UMAT

WANITA SURI TELADAN UMAT

Assessment

Presentation

Religious Studies

2nd Grade

Hard

Created by

Azlin Muaziz

FREE Resource

5 Slides • 0 Questions

1

WANITA SURI TELADAN UMAT

by Azlin Muaziz

2

​BIODATA

NAMA SEBENAR: KHADIJAH BINTI KHUWAILID

KETURUNAN: BANGSAWAN QURAISY (SUKU BANI ASAD)

GELARAN: AL- TAHIRAH (SUCI MARUAH DIRI)

KERJAYA: TOKOH PERNIAGAAN YANG KAYA

KEISLAMAN: WANITA PERTAMA YANG MEMELUK ISLAM

HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH: ISTERI PERTAMA RASULULLAH

USIA KETIKA BERKAHWIN: 40 TAHUN (RASULULLAH 25 TAHUN)

BILANGAN ANAK: 6 ORANG( AL-QASIM, ABDULLAH, ZAINAB, UMMU KALSUM, RUQAYYAH DAN FATIMAH)

KEWAFATAN: TAHUN KE-10 KERASULAN PADA USIA 65 TAHUN

3

​SIFAT PERIBADI SAYIDATINA KHADIJAH

SEORANG YANG BIJAK

​Ketika Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama di Gua Hira' beliau memberikan kata-kata semangat kepada Rasulullah SAW dan merujuk baginda kepada seorang yang berilmu iaitu Waraqah bin Naufal.

SEORANG YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PENGORBANAN YANG TINGGI

​Beliau sanggup menghabiskan banyak hartanya untuk membantu umat Islam pada peringkat awal perkembangan Islam.

4

​SUMBANGAN SAYIDATINA KHADIJAH

  • ​Sayidatina Khadijah membelanjakan hartanya untuk membantu perjuangan dakwah Rasulullah SAW terutamanya pada peringkat awal perkembangan Islam.

  • ​Sayidatina Khadijah sentiasa bersama dengan suami yang tercinta. Contohnya, beliau menyediakan bekalan makanan kepada Rasulullah SAW semasa di Gua Hira'

  • ​Seorang isteri yang banyak memberi sokongan moral dan pendoroang kepada perjuangan Rasulullah SAW

  • ​Beliau menjadi penawar dan penghibur kepada rasulullah ketiika baginda menghadapi kesusahan. Contohnya ketika Rasulullah SAW dalam ketakutan setelah menerima wahyu pertama di Gua Hira', Sayidatina Khadijah mententeramkan perasaan baginda dan menyelimut baginda serta memberikan kata-kata peransang.

  • ​Sayodatina Khadijah sentiasa memahami tugas dan tanggungjawab suaminya. Walaupun beliau selalu ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk berdakwah, beliau rela dan sanggup menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang.

5

​IKTIBAR DARIPADA KISAH HIDUP SAYIDATINA KHADIJAH

  • ​Kita hendaklah membelanjakan harta di jalan Allah SWT

  • ​Kita hendaklah istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.

  • ​Kita hendaklah bertindak dengan bijak agar berada pada jalan kebenaran

  • ​Kita hendaklah menyokong anggota keluarga yang berdakwah di jalan Allah SWT

WANITA SURI TELADAN UMAT

by Azlin Muaziz

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 5

SLIDE