
02 Pemahaman
Presentation
•
Education, World Languages
•
4th - 6th Grade
•
Medium
Yuen On
Used 2+ times
FREE Resource
2 Slides • 6 Questions
1
Josh sedang menunggu bas di perhentian bas selepas kelasnya tamat. Josh membaca buku cerita sambil menunggu bas. Selepas 10 minit, sebuah bas berhenti di perhentian bas. Josh menaiki bas tersebut dan mencari tempat duduk. Terdapat ramai penumpang di dalam bas. Josh berjaya mendapat sebuah tempat duduk apabila penumpang lain turun daripada bas. Di perhentian bas seterusnya, seorang nenek tua menaiki bas tersebut. Nenek tua sedang membimbit dua beg plastik dengan kedua-dua tangannya.
2
Oleh sebab terlalu ramai penumpang, nenek tua tersebut hanya boleh berdiri di dalam bas. Dengan cepatnya, Josh bangun daripada tempat duduknya. Josh mengajak nenek tua tersebut untuk mengambil tempat duduknya. Nenek tua tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Josh. Nenek tua mengambil sebiji epal daripada beg plastiknya dan memberikan kepada Josh. Josh mengambil epal tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada nenek tua itu.
Apabila Josh sampai di perhentian bas, Josh mengucapkan selamat tinggal kepada nenek tua itu. Josh berasa gembira kerana dia dapat membantu orang lain.
3
Multiple Choice
Di manakah Josh menunggu bas?
Sekolah
Perhentian bas
Hospital
Balai Polis
4
Multiple Choice
Bilakah Josh berjaya mendapat tempat duduk di dalam bas?
Setelah penumpang lain turun daripada bas
Seorang penumpang memberikannya tempat duduk
Josh meminta tempat duduk daripada penumpang lain
Tiada orang di dalam bas
5
Multiple Choice
Apakah sinonim perkataan membimbit?
mengandar
menjunjung
memikul
menjinjing
6
Multiple Choice
Mengapakah nenek tua berdiri di dalam bas?
Nenek tua suka berdiri
Nenek tua tidak mahu duduk
Terlalu ramai orang di dalam bas
Tiada orang di dalam bas
7
Multiple Choice
Pada pendapat anda, mengapakah Josh memberikan tempat duduk kepada nenek tua?
Josh hendak dikatakan baik hati
Josh seorang yang baik hati
Nenek tua menyuruh Josh memberi tempat duduk kepadanya
Josh suka berdiri
8
Multiple Choice
Penyataan berikut adalah betul, kecuali
Josh menunggu bas selepas kelasnya habis
Josh memberikan tempat duduknya kepada seorang nenek tua
Josh diberikan sebiji epal sebagai tanda terima kasih
Josh berasa tidak gembira kerana dia perlu berdiri di bas
Josh sedang menunggu bas di perhentian bas selepas kelasnya tamat. Josh membaca buku cerita sambil menunggu bas. Selepas 10 minit, sebuah bas berhenti di perhentian bas. Josh menaiki bas tersebut dan mencari tempat duduk. Terdapat ramai penumpang di dalam bas. Josh berjaya mendapat sebuah tempat duduk apabila penumpang lain turun daripada bas. Di perhentian bas seterusnya, seorang nenek tua menaiki bas tersebut. Nenek tua sedang membimbit dua beg plastik dengan kedua-dua tangannya.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 8
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
Kebugaran Jasmani
Presentation
•
4th - 6th Grade
6 questions
Solat Sunat Tasbih
Presentation
•
4th Grade
10 questions
Tema01 ST02 PB01-02
Presentation
•
5th Grade
8 questions
Kelas 6 Tema 3 Pembelajaran 2
Presentation
•
6th Grade
9 questions
Norma Dan Konstitusi
Presentation
•
4th Grade
9 questions
Materi Rangking 1 Ramadhan Kelas 4-5
Presentation
•
4th - 5th Grade
7 questions
Line plots
Presentation
•
KG
8 questions
Cara Pembuatan Magnet
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade