Search Header Logo
Year 11 Bab 6 Part 1

Year 11 Bab 6 Part 1

Assessment

Presentation

History

11th Grade

Medium

Created by

Pn. Nurfarhana

Used 1+ times

FREE Resource

25 Slides • 20 Questions

1

media

BAB 6 CABARAN SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Sejarah Tingkatan 5 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor

2

media

6.1 CABARAN DALAMAN
MALAYSIA

3

media

CABARAN DALAMAN MALAYSIA

oPembentukan Malaysia
membuktikan kejayaan
Persekutuan yang terdiri
daripada 13 buah negeri.

oWalau bagaimanapun,
negara terpaksa
berhadapan dengan
cabaran dalaman kerana
mempunyai penduduk
yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang
kaum dan etnik. Pada
masa yang sama, negara
perlu mewujudkan
keseimbangan
pembangunan dan
sosioekonomi.

Buku Strategy for Action merupakan koleksi ucapan Tun Abdul
Razak Hussein.

4

media

CABARAN DALAMAN MALAYSIA

oCabaran utama bagi Malaysia
adalah dalam bidang
pembangunan dan ekonomi
terutama di Sarawak dan
Sabah.

oSelain itu, Malaysia juga
menghadapi cabaran dalam
persaingan politik yang boleh
menggugat perpaduan kaum.

oAncaman komunis turut
menjadi cabaran bagi
mewujudkan keamanan dan
keselamatan negara.

oKerajaan Persekutuan telah
memainkan peranan utama
dan bertanggungjawab dalam
menghadapi cabaran
berkenaan.

komunis

5

media

CABARAN YANG DIHADAPI
OLEH MALAYSIA

oCabaran Pembangunan dan
Sosioekonomi di Sarawak dan
Sabah

oCabaran Politik di Sarawak

oCabaran Perpaduan Kaum

6

media

CABARAN PEMBANGUNAN
DAN SOSIOEKONOMI DI
SARAWAK DAN SABAH

oMempelbagaikan Kegiatan
Ekonomi

oMemajukan Sistem
Perhubungan dan
Pengangkutan

oMemajukan Sistem
Pendidikan

7

media

CABARAN PEMBANGUNAN DAN
SOSIOEKONOMI DI SARAWAK DAN SABAH

oPembentukan Malaysia
menawarkan peluang ekonomi
yang lebih luas kepada semua
negeri.

oHasil bahan asli yang
disumbangkan oleh Sarawak
dan Sabah meningkatkan jumlah
eksport negara.

oPengeluaran ekonomi negara
bertambah daripada getah dan
bijih timah kepada lada hitam,
petroleum, minyak kelapa sawit,
kayu balak dan koko.

oWalau bagaimanapun, negara
menghadapi cabaran bagi
menyeimbangkan pembangunan
dan ekonomi di kedua-dua
negeri ini.

8

media

MEMPELBAGAIKAN KEGIATAN
EKONOMI

oSarawak dan Sabah mempunyai kekayaan hasil bumi yang
banyak, namun rakyat masih mengamalkan pertanian sara
diri.

o Bagi melibatkan rakyat dengan aktiviti ekonomi komersial,
maka kerajaan perlu menyusun bidang pekerjaan.

oDalam usaha menghadapi cabaran ini, kerajaan
mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit,
getah dan koko.

o Kerajaan juga membuka peluang kepada penduduk
menyertai kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum.

9

media

MEMAJUKAN SISTEM
PERHUBUNGAN DAN
PENGANGKUTAN

oSaiz negeri yang besar bagi Sarawak
dan Sabah menjadi cabaran dalam
bidang perhubungan dan pengangkutan.

oKedua-dua negeri masih bergantung
pada sistem pengangkutan air (sungai
dan laut) bagi tujuan perhubungan.

oOleh itu, tugas utama kerajaan adalah
untuk membina sistem perhubungan dan
pengangkutan terutama kepada penduduk
di kawasan pedalaman.

oSejak pembentukan Malaysia, usaha
menyeimbangkan pembangunan
dilakukan melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Malaysia.

oSarawak dan Sabah dimasukkan dalam
Rancangan Malaysia Pertama bermula
pada tahun 1966.

10

media

MEMAJUKAN SISTEM
PENDIDIKAN

oKebanyakan sekolah yang
wujud pada zaman British ialah
sekolah vernakular Inggeris dan
Cina yang berada di kawasan
bandar.

oPenduduk di kawasan
pedalaman tidak mendapat
peluang secukupnya untuk
bersekolah.

oOleh itu, usaha ditumpukan
untuk membina sekolah dan
melatih tenaga guru bagi
memberikan pendidikan kepada
penduduk, khususnya kaum
bumiputera.

sekolah vernakular Inggeris

11

media

CABARAN POLITIK DI
SARAWAK

oStephen Kalong Ningkan kembali menjadi
Ketua Menteri, namun beliau mendapat undi
tidak percaya daripada Council Negri.

oKrisis politik ini menyebabkan berlaku
ketidakstabilan di Sarawak yang mengancam
keselamatan dan keamanan.

oPada bulan September 1966, darurat
diisytiharkan di Sarawak.

oStephen Kalong Ningkan digantikan dengan
Tawi Sli.

Tawi Sli.

12

media

CABARAN POLITIK DI
SARAWAK

Krisis perlembagaan berlaku di Sarawak
pada bulan Jun 1966, apabila 21 orang
ahli Council Negri tidak berpuas hati
dengan kepimpinan Stephen Kalong
Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Beliau dipecat oleh Gabenor pada bulan
Jun 1966.

Stephen Kalong Ningkan mencabar
tindakan ini di Mahkamah Tinggi Sarawak
dan memenangi kes ini pada bulan
September 1966.

Stephen Kalong Ningkan

13

media

6.2 PEMISAHAN SINGAPURA

14

media

FAKTOR PEMISAHAN

oPolitik

oEkonomi

oMasalah Perkauman

15

media

PEMISAHAN SINGAPURA

oPemisahan Singapura
menjadi cabaran
utama selepas
pembentukan
Malaysia.

oMasalah hubungan
antara pemimpin
Persekutuan dengan
Singapura disebabkan
faktor politik, ekonomi
dan sosial yang telah
ada sebelum Singapura
menyertai Malaysia.

16

media

POLITIK

Lee Kuan Yew tidak berpuas
hati dengan peranan kerajaan
Singapura yang terhad

Konflik antara pemimpin PAP
dengan Perikatan.

Kempen Malaysian Malaysia
oleh Lee Kuan Yew
menuntut hak sama rata
untuk semua kaum
menimbulkan keresahan
dalam kalangan penduduk.

17

Multiple Choice

Apakah cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia?

1

kepelbagaian adat resam

2

pembangunan luar bandar terhad

3

ketidakseimbangan pembangunan

4

persaingan ekonomi perdagangan antarabangsa

18

media

MASALAH PERKAUMAN

oTelah berlaku rusuhan kaum
di Singapura pada 21 Julai
1964 yang menimbulkan
ketegangan antara kaum.

oRusuhan ini berlaku ekoran
daripada usaha menuntut
persamaan hak yang sama
rata bagi semua kaum

oPerkara ini menjadi isu
antara kaum.

19

media

CABARAN PERPADUAN KAUM

oUsaha mewujudkan
perpaduan kaum dan
integrasi nasional
merupakan cabaran
besar yang dihadapi
oleh Malaysia.

oPenduduk negara kita
mempunyai pelbagai
kaum antaranya
termasuklah Melayu,
Cina, India, Melanau,
Iban, Bidayuh,
Kadazandusun, Murut
dan Bajau.

20

media

EKONOMI

oSingapura menuntut pembukaan pasaran
bersama (common market) disegerakan.

oSingapura tidak berpuas hati dengan
cadangan Kerajaan Persekutuan. tambahan
cukai yang perlu diberikan kepada

oSingapura juga mahu mengenakan kadar
faedah terhadap sebahagian daripada
pinjaman sebanyak RM150 juta kepada
Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan
Sarawak dan Sabah.

21

media

PEMISAHAN SINGAPURA DARIPADA
MALAYSIA
29 JUN 1965

Kegagalan
rundingan Tun
Abdul Razak
Hussein dengan
Lee Kuan Yew

22

media

PEMISAHAN SINGAPURA
DARIPADA MALAYSIA
1 JULAI 1965

oSetelah rundingan tidak
berjaya, Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj
mengarahkan Tun Abdul
Razak Hussein bermesyuarat
dengan beberapa menteri
seperti Dr. Ismail Abdul

oAwal Ogos 1965 Mesyuarat
Khas Kabinet Malaysia
bersetuju dengan rancangan
pemisahan.

oRahman, Tan Siew Sin dan
V.T. Sambanthan untuk
berbincang tentang
pemisahan.

Tunku Abdul Rahman

V.T. Sambanthan

Tan Siew Sin

23

media

PEMISAHAN SINGAPURA DARIPADA
MALAYSIA
7 OGOS 1965

oTunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Lee
Kuan Yew menandatangani persetujuan
untuk Singapura keluar daripada Malaysia.

24

media

PEMISAHAN SINGAPURA DARIPADA MALAYSIA
9 OGOS 1965

oTunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pemisahan
Singapura ke dalam Parlimen Malaysia.

oParlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.

25

media

PEMISAHAN SINGAPURA
DARIPADA MALAYSIA
AWAL OGOS 1965

Mesyuarat Khas
Kabinet Malaysia
bersetuju dengan
rancangan
pemisahan.

26

media

CABARAN PERPADUAN KAUM

oDengan penduduk yang
pelbagai budaya ini,
perpaduan sentiasa menjadi
agenda bagi pengurusan
masyarakat dan
pemerintahan negara ini.

oSelain itu, jarak antara
Semenanjung Malaysia
dengan Sarawak dan Sabah
yang jauh menjadi cabaran
kepada integrasi nasional
serta sukar memupuk
semangat satu negara.

27

Multiple Choice

Langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi negara selepas pembentukan Malaysia KECUALI

1

mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit dan koko

2

memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia

3

membina sekolah dan melatih guru untuk memberikan pendidikan kepada penduduk

4

mengisytiharkan darurat di Sarawak bagi menggantikan Ketua Menteri Sarawak

28

Multiple Choice

Dalam buku tulisannya, Tun Abdul Razak meminta semua rakyat Malaysia agar lebih berdedikasi dalam usaha membangunkan negara menjadi tanah air yang gembira dan makmur bagi diri sendiri dan anak-anak (masa depan).

1

Buku Merah

2

Strategy For Action

3

Blue Ocean Strategy

4

District Rural Development Plan

29

Multiple Choice

Apakah cabaran kerajaan untuk memajukan sistem perhubungan dan pengakutan di Sarawak dan Sabah?

1

ancaman haiwan liar

2

teknologi yang rendah

3

saiz negeri yang besar

4

terdapat banyak sungai

30

Multiple Select

Apakah 2 jenis sekolah yang wujud pada zaman British di kawasan bandar di Sabah dan Sarawak?

1

Sekolah vernakular Inggeris

2

Sekolah vernakular Cina

3

Sekolah vernakular Tamil

4

Sekolah Pribumi

31

Multiple Choice

Pada Jun 1966 berlaku Krisis Perlembagaan di Sarawak kerana:

1

21 ahli Council Negri tidak puas hati dengan Ketua Menteri

2

Sarawak ingin keluar dari gagasan Malaysia

3

Jepun menyerang Sarawak

32

Multiple Choice

Question image

Akibat Krisis perlembagaan di Sarawak pada Jun 1966, Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan tokoh tersebut.

Siapakah beliau?

1

Tawi Sli

2

Samsuddin Subir

3

Stephen Kalong Ningkan

33

Multiple Choice

Mengapakah usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia?

1

penduduk negara mempunyai pelbagai kaum

2

penduduk saling bertelingkah antara satu sama lain

3

kadar kemiskinan penduduk yang berbeza-beza

4

pembangunan infrastruktur berbeza antara satu tempat dan tempat lain

34

Multiple Choice

Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang mendapat undi tidak percaya daripada Council Negeri?

1

Tawi Sli

2

Abdul Taib Mahmud

3

Stephen Kalong Ningkan

4

Awang Hipni Pangeran Annu

35

Multiple Choice

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi krisis tersebut?

1

meminda perlembagaan

2

memberikan khidmat nasihat

3

mengadakan pilihan raya negeri

4

mengisytiharkan darurat

36

Multiple Select

Nyatakan dua sebab usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia.

1

mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum

2

saiz negeri Sarawak dan Sabah yang besar

3

jarak yang jauh antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah

4

perbezaan pendidikan antara penduduk bandar dan luar bandar

37

Multiple Choice

Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen Malaysian Malaysia?

1

pembatalan institusi beraja

2

pengenalan sistem republik

3

persamaan hak antara kaum

4

perubahan bentuk pentadbiran

38

Multiple Select

Senaraikan TIGA faktor yang mendorong pemisahan Singapura dari Malaysia.

1

peranan kerajaan Singapura yang tidak terbatas

2

tuntutan hak sama rata untuk semua kaum

3

tuntutan pembukaan pasaran bersama disegerakan

4

cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan

39

Multiple Choice

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan cabaran pembangunan sosio ekonomi di Sarawak dan Sabah?

1

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

2

Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan

3

Mengatasi masalah politik dan kepimpinan Ketua Menteri

4

Memajukan Sistem Pendidikan

40

Multiple Choice

Question image

Lee Kuan Yew (PAP) tidak berpuas hati dengan peranan Singapura yang terhad dalam gagasan Malaysia.

Singapura telah menuntut ____________ dengan mengenakan cukai import disegerakan.

1

pasaran bersama

2

pasaran bebas

3

pasaran mutlak

41

Multiple Choice

Siapakah yang mewakili Malaysia dalam rundingan bersama-sama dengan Lee Kuan Yew?

1

Dr. Ismail Abdul Rahman

2

Tun Abdul Razak Hussein

3

Tunku Abdul Rahman

4

V.T. Sambanthan

42

Multiple Choice

Apakah kuasa yang meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura?

1

Parlimen Malaysia

2

Parlimen British

3

Yang di-Pertuan Agong

4

Dewan Undangan negeri

43

Multiple Choice

Senarai berikut berkaitan dengan hasil bumi Sarawak dan Sabah

* Lada Hitam

* Kayu Balak

* Petroleum

Apakah kepentingan hasil bumi tersebut berikutan pembentukan Malaysia?

1

Strategi Perdagangan

2

Asas Pertanian Moden

3

Mempelbagaikan ekonomi

4

Peningkatan eksport negara

44

Multiple Select

Nyatakan DUA sebab Malaysia bersetuju terhadap pemisahan Singapura.

1

kemajuan ekonomi

2

kepentingan negara

3

kemakmuran rakyat

4

kekuatan pertahanan

45

Multiple Choice

Kempen yang digunakan oleh Lee Kuan Yew dalam menuntut hak sama rata.

1

Malaysian Singapura

2

Malaysian Malaysia

3

Malaysian Singaporean

4

Malayan Malaysian

media

BAB 6 CABARAN SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Sejarah Tingkatan 5 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 45

SLIDE