

inisiatif kerajaan
Presentation
•
Social Studies
•
12th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
alwardah dolhalit
FREE Resource
10 Slides • 0 Questions
1
1.Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam membantu warga emas yang tidak
mempunyai anak atau saudara mara?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor memberikan perkhidmatan
kepada warga emas yang merupakan salah satu kumpulan sasar Jabatan. Antara
perkhidmatan yang diberikan ialah:
1.Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 untuk warga emas yang hidup
sebatang kara, tidak mempunyai sumber pendapatan, boleh berdikari dan
mempunyai tempat tinggal. Sehingga Februari 2018, jumlah kes penerima
Bantuan Orang Tua di Negeri Selangor adalah 10,270 kes yang melibatkan
peruntukan RM3,792,600.00.
2.Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menawarkan perkhidmatan institusi
kepada golongan warga emas seperti berikut –
1.Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang boleh berdikari,
hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri
Selangor, terdapat satu Rumah Seri Kenangan yang terletak di Jalan
Cheras, Kajang dan
2.Rumah Ehsan untuk warga emas yang tidak boleh menguruskan diri
sendiri, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal.
Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Ehsan yang terletak di
Kuala Kubu Bharu.
3.Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada menyediakan perkhidmatan Pusat
Aktiviti Warga Emas yang merupakan pusat aktiviti harian yang disediakan
kepada warga emas yang tinggal di dalam sesebuah komuniti. Berikut
adalah senarai Pusat Aktiviti Warga Emas yang terdapat di Selangor:
Pusat Aktiviti Warga Emas Sungai Buloh
Pusat Aktiviti Warga Emas Jenjarom
Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam
Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Kenanga, Rawang
2.Adakah golongan tersebut layak menyewa rumah Kerajaan?
Perumahan
dan
Hartanah
Selangor
Sdn
Bhd
(PHSSB)
telah
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penyewaan rumah PPR dan di
antara syarat –syarat kelayakan untuk menyewa rumah PPR adalah seperti
berikut:
oWarganegara Malaysia
oBerumur 18 tahun ke atas
2
oTelah berkeluarga dan mempunyai tanggungan
oPendapatan seisi keluarga kurang dari RM3,000.00
oPemohon dan suami/isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
oPemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah
atau mukim yang sama
Permohonan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga
kelayakan bergantung kepada kekosongan unit.
3.Adakah golongan tersebut diberi keutamaan untuk membeli rumah Smart
Selangor?
Konsep Smart Sewa adalah untuk membantu golongan milennial yang tidak
berkemampuan untuk membeli kediaman. Dengan itu, mereka akan menyewa
rumah yang disediakan dan dari bayaran sewa tersebut, 30% akan dikembalikan
setelah tamat tempoh menyewa dari 2 hingga 5 tahun. Golongan ini akan diberi
keutamaan untuk membeli Rumah Selangorku yang lain. Buat masa ini tidak ada
cadangan untuk menjual rumah di bawah Skim Smart
3
Malaysia merupakan antara Negara yang sedang pesat membangun dari segi
ekonomi, politik dan sebagainya. Pembangunan ini sekali gus meningkatkan
taraf hidup rakyat. Walau bagaimanpun, media massa sering memaparkan
kehidupan segelintir warga emas yang malang dan tidak terbela pada hari ini
Keadaan ini menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu
golongan ini supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.
Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?, merupakan
persoalan yang timbul dalam pemikiran setiap individu. Seiring dengan
pembangunan ekonomi di negara ini, pelbagai langkah boleh diambil
antaranya ialah pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya
memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian.
Bantuan boleh dihulurkan kepada golongan ini bagi meringankan beban yang
ditanggung oleh mereka. Maka, langkah ini sedikit sebanyak mampu memberi
keselesaan hidup kepada warga emas ini.
Pada masa kini, pelbagai kemudahan timbul bagi membantu dan
memudahkan masyarakat dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati oleh golongan warga
emas ini. Sebagai contoh, warga emas seharusnya diberikan rawatan percuma
di hospital kerajaan ataupun dikenakan kadar bayaran rendah di hospital atau
klinik swasta. Selain itu, tambang separuh harga untuk penggunaan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga boleh dibuat. Langkah ini
mampu mengurangkan kos pembelanjaan yang ditanggung oleh mereka yang
mana pada hari ini kos sara hidup semakin tinggi.. Dengan ini warga emas
tersebut merasa lebih dihargai oleh masyarakat.
Selain itu, langkah-langkah lain yang boleh diambil seprti kerajaan harus
menyediakan lebih banyak rumah khas untuk untuk menempatkan warga
emas yang malang dan tidak terbela ini supaya kehidupan mereka lebih
terjamin. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang
memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi
kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara
percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan
suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut
haruslah moden dan tidak nampak membosankan. Ini sedikit sebanyak dapat
menceriakan warga emas dan membantu dalam menempuh kehidupan harian
mereka.
Seterusnya, terdapat juga warga emas yang tidak terbela ini mencari
pendapatan mereka sendiri dengan menjual barang-barang di tepi jalan,
mengutip tin minuman untuk dijual dan sebagainya. Warga emas mempunyai
badan yang lemah berbanding dengan warga muda. Hal ini menyebabkan
pelbagai masalah yang timbul antaranya dari segi kesihatan mereka. Lantaran
itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu
menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh
4
disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan
mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut
menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga
emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang
lebih bermakna.
Masyarakat muda seharusnya menyanyangi dan menghormati warga emas ini
dan membantu mereka dalam kehidupan harian. Langkah-langkah yang
dinyatakan sebelum ini perlu diambil bagi mengelakkan pekara ini menjadi
semakin meningkat. Anak-anak juga perlu dibimbing sejak dari kecil lagi
supaya menyayangi ibu bapa melalui pendidikan di sekolah. Guru-guru
memainkan peranan penting dalam memupuk pelajar-pelajar mereka supaya
lebih bertanggungjawab. Hal ini dapat membantu golongan warga emas ini
supaya kehidupan mereka lebih terjamin dan terbela.
5
•
•
Bantuan Kerajaan: Bantuan
Warga Emas RM500 Sebulan
Kerajaan di bawah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah mengumumkan satu lagi bantuan kerajaan yang baru iaitu Bantuan
Warga Emas atau Bantuan Kesejahteraan Orang Tua.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa
2023
6
BWE untuk warga lanjut usia telah dinaikkan dari RM350 sebulan seorang
kepada RM500 sebulan seorang berbanding dengan belanjawan terdahulu.
Warga emas atau warga lanjut usia hendaklah berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu sebelum memohon bantuan ini.
7
Bantuan Kerajaan Kepada Warga
Emas
Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia
yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Bantuan kerajaan khusus untuk warga emas ini telah mengalami peningkatan
sebanyak RM150 menjadikan RM500 sebulan di bawah Belanjawan 2023.
Bantuan BWE ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas miskin
tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan
dan kesejahteraan hidup.
Di Malaysia, orang tua atau warga emas ialah mereka yang berumur 60 tahun
ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On
Ageing 1982” di Vienna.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan
Kerajaan Kepada Warga Emas BWE
1.Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per
Kapita Semasa; dan
4.Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan /
perkhidmatan secara percuma
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama
(Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang
termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah
senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
8
Cara Permohonan Bantuan Kerajaan
BWE
Pengendalian permohonan bantuan kewangan untuk warga emas ini boleh
dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kerajaan kepada
pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang
berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Borang Permohonan Bantuan Warga Emas
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk mengisi
borang bantuan kerajaan untuk warga emas di bawah. Blogr ada selitkan
sekali link untuk muat turun bagi memudahkan sesiapa yang nak mohon. Bagi
sesiapa yang berkenan, boleh download borang di bawah ye.
Soalan Lazim (FAQ)
Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon
Bantuan Warga Emas?
Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan
oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dengan siapa saya boleh hubungi untuk pertanyaan lanjut?
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan
bantuan warga emas, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000
atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
9
Adakah status Pemastautin Tetap (PR) layak memohon?
Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang
berstatus Pemastautin Tetap (PR).
Baca juga
•Bantuan Pesara Kerajaan: Bantuan Khas Aidilfitri RM350
•Bantuan Kerajaan: Bantuan Khas RM300 Penjawat Awam, RM200
Pesara
•Bantuan Tambahan STR 2023 Iaitu Sumbangan Asas Rahmah
Sebanyak RM600
•Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 Cara Mohon dan Syarat
Kelayakan
Bantuan Tambahan STR 2023 Iaitu Sumbangan Asas Rahmah Sebanyak
RM600
EGUMIS: Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online 2023
10
Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off” Akaun 1
BISTARI 2023 : Bantuan Tabung Pendidikan RM 100 Anak Sabah
Cuckoo Customer Service: Cara Hubungi Dan Buat Aduan
2 Contoh Cover Letter Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Copyright © 2024 BLOGR.MY • All Rights Reserved
×
1.Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam membantu warga emas yang tidak
mempunyai anak atau saudara mara?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor memberikan perkhidmatan
kepada warga emas yang merupakan salah satu kumpulan sasar Jabatan. Antara
perkhidmatan yang diberikan ialah:
1.Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 untuk warga emas yang hidup
sebatang kara, tidak mempunyai sumber pendapatan, boleh berdikari dan
mempunyai tempat tinggal. Sehingga Februari 2018, jumlah kes penerima
Bantuan Orang Tua di Negeri Selangor adalah 10,270 kes yang melibatkan
peruntukan RM3,792,600.00.
2.Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menawarkan perkhidmatan institusi
kepada golongan warga emas seperti berikut –
1.Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang boleh berdikari,
hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri
Selangor, terdapat satu Rumah Seri Kenangan yang terletak di Jalan
Cheras, Kajang dan
2.Rumah Ehsan untuk warga emas yang tidak boleh menguruskan diri
sendiri, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal.
Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Ehsan yang terletak di
Kuala Kubu Bharu.
3.Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada menyediakan perkhidmatan Pusat
Aktiviti Warga Emas yang merupakan pusat aktiviti harian yang disediakan
kepada warga emas yang tinggal di dalam sesebuah komuniti. Berikut
adalah senarai Pusat Aktiviti Warga Emas yang terdapat di Selangor:
Pusat Aktiviti Warga Emas Sungai Buloh
Pusat Aktiviti Warga Emas Jenjarom
Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam
Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Kenanga, Rawang
2.Adakah golongan tersebut layak menyewa rumah Kerajaan?
Perumahan
dan
Hartanah
Selangor
Sdn
Bhd
(PHSSB)
telah
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penyewaan rumah PPR dan di
antara syarat –syarat kelayakan untuk menyewa rumah PPR adalah seperti
berikut:
oWarganegara Malaysia
oBerumur 18 tahun ke atas
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 10
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
pedas
Presentation
•
12th Grade
7 questions
UH1 Sos XII
Presentation
•
12th Grade
7 questions
Materi 1
Presentation
•
12th Grade
6 questions
MENINGKATKAN DAYA KRITIS SISWA TERHADAP PERKEMBANGAN IPTEK
Presentation
•
12th Grade
10 questions
SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH
Presentation
•
12th Grade
9 questions
Kelas XII.BAB 2.Akibat Ketimpangan Sosial
Presentation
•
12th Grade
10 questions
KERTAS KERJA
Presentation
•
12th Grade
8 questions
Inflasi (Materi untuk Tetra)
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Grade 3 Simulation Assessment 1
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
4th Grade
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
Discover more resources for Social Studies
15 questions
AP Gov Required SCOTUS Cases
Quiz
•
10th - 12th Grade
48 questions
Civics EOC Practice Questions
Quiz
•
12th Grade
50 questions
US History EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
18 questions
Foundational Documents
Quiz
•
11th - 12th Grade
30 questions
AP Psychology Unit 5: Mental and Physical Health
Quiz
•
12th Grade
40 questions
Stuffa
Quiz
•
9th - 12th Grade
38 questions
Government Unit 4/5 Review
Quiz
•
12th Grade
19 questions
AP Gov Required documents
Quiz
•
12th Grade