Search Header Logo
AYAT AKTIF AYAT PASIF

AYAT AKTIF AYAT PASIF

Assessment

Presentation

•

•

Practice Problem

•

Hard

Created by

NUR KPM-Guru

FREE Resource

10 Slides • 11 Questions

1

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
media

2

AYAT AKTIF

Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)

3

Ayat aktif ialah ayat yang KEBIASAANNYA disertakan dengan kata kerja berawalan men- ;

Contoh ayat :


(a) Emak memasak nasi goreng untuk ayah.

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.

(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

4

AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).

5

Ayat pasif ialah ayat yang KEBIASAANNYA disertakan dengan kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’.


Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’.

​

6

Contoh ayat pasif (KGND pertama):
  • (a) Kasut sekolah saya cuci.

    (b) Keputusan itu kita terima.

    (c) Bunga itu akan aku petik.

    (d) Jadual itu sudah kami susun.

7

Contoh ayat pasif (KDND kedua):
  • (a) Kerja itu harus anda siapkan.

    (b) Surat itu mesti awak serahkan.

    (c) Duitnya patut engkau pulangkan.

    (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

8

Contoh ayat pasif KGND (ketiga) :
  • (a) Bangunan dicat oleh mereka.

    (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.

    (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau

    supaya beratur.

    (d) Baju sedang dijahit olehnya.

9

UJI MINDA

Pintarkah saya???


JAWAB SOALAN BERIKUT

10

Fill in the Blanks

Ayat aktif : Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah.

Type answer...

11

Fill in the Blanks

Ayat aktif : Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.

Type answer...

12

Fill in the Blanks

Ayat aktif : Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

Type answer...

13

Fill in the Blanks

Ayat aktif : Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Bahasa Melayu.

Type answer...

14

Fill in the Blanks

Ayat aktif :


Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya.

Type answer...

15

Multiple Select

Pilih ayat aktif yang tepat bagi ayat pasif berikut :


Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.

1

Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2

Pemain Brazil menendang bola dengan kuat.

16

Multiple Select

Pilih ayat aktif yang tepat bagi ayat pasif berikut :


Ali dinasihati oleh Puan Aishah agar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.

1

Puan Aishah dinasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.

2

Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.

17

Multiple Select

Pilih ayat aktif yang tepat bagi ayat pasif berikut :


Keputusan yang baik dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang baru diumumkan pada minggu lepas telah saya capai.

1

Keputusan yang baik dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang baru diumumkan pada minggu lepas telah dicapai oleh saya.

2

Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang baru diumumkan pada minggu lepas.

18

Multiple Select

Pilih ayat aktif yang tepat bagi ayat pasif berikut :


Pelajar tingkatan tiga diajar oleh Cikgu Puteri mata pelajaran Bahasa Melayu pada setiap hari Rabu.

1

Cikgu Puteri mengajar pelajar tingkatan tiga mata pelajaran Bahasa Melayu pada setiap hari Rabu.

2

Pada setiap hari Rabu, Mata pelajaran Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Puteri.

19

Multiple Select

Pilih ayat aktif yang tepat bagi ayat pasif berikut :


Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.

1

Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.

2

Pekerja kontrak yang reput itu telah menebang pokok rambutan petang tadi.

20

Open Ended

Senaraikan tiga perasaan anda selepas menjawab kuiz ini.

21

media
pattern-tertiary
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 21

SLIDE