

BAHASA KEBANGSAAN A
Presentation
•
Other
•
University
•
Practice Problem
•
Hard
undefined undefined
FREE Resource
52 Slides • 0 Questions
1
MPU2213/MPU3213
Bahasa Kebangsaan A
2
Topik 1
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
3
Topik 1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Hasil Pembelajaran topik ini:
• bagaimana bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa
lingua franca semenjak zaman Sriwijaya sampailah ke zaman
kemerdekaan Malaysia dan Indonesia daripada penjajahan.
• perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi satu Bahasa
penyatuan dan perpaduan rakyat di Malaysia, Indonesia, Negara
Brunei Darussalam dan Singapura.
• mengapa bahasa Melayu menjadi bahasa penyebaran agama Islam
dan agama Kristian di Nusantara.
4
PENGENALAN
•Penggunaan bahasa Melayu di Nusantara berakar
umbi hampir dua ribu tahun yang lalu.
•Dari bermulanya empayar Sriwijaya pada
permulaan kurun pertama Masihi sehinggalah kini,
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua
franca antara para pedagang, pihak pemerintah
dan rakyat yang berbilang suku bangsa.
•Kini bahasa Melayu digunakan dalam semua aktiviti
kehidupan, terutamanya di Malaysia dan
Indonesia.
5
ASAL USUL BAHASA MELAYU
• Suku bangsa yang bertutur dalam bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda adalah antara suku bangsa
yang kecil bilangannya.
• Suku bangsa Melayu hanya menduduki daerah-daerah
yang terhad, iaitu di Semenanjung Tanah Melayu, di
wilayah-wilayah selatan Thailand, di pesisiran pantai
Sarawak, di pesisiran pantai timur Sumatera, di
Kepulauan Riau dan di pesisiran pantai Kalimantan
dan negara Brunei Darussalam.
6
ASAL USUL BAHASA MELAYU
• Jumlah suku bangsa Melayu di Nusantara tidak melebihi 40 juta orang daripada jumlah
semua penduduk Nusantara yang lebih kurang berjumlah 240 juta orang. Jumlah ini
hanya satu per enam atau hampir 17% sahaja daripada jumlah penduduk Nusantara.
• Bahasa Melayu juga bukanlah bahasa yang terulung kerana bahasa Jawa merupakan
bahasa yang telah mencapai tahap kemajuan yang paling tinggi di Nusantara pada suatu
ketika dahulu.
• Untuk makluman anda, bahasa Jawa mempunyai empat bentuk bahasa yang berbeza,
iaitu bahasa Jawa Kromo Inggil, Kromo, Madyo dan Ngoko.
• Bahasa Jawa yang berbeza ini timbul kerana wujudnya kelas-kelas yang berbeza, seperti
keluarga diraja di keraton atau istana, keluarga bangsawan yang terdiri daripada
pembesar-pembesar negeri dan kaum terpelajar yang dikenal sebagai kelas santri.
• Kaum petani pula dikenal sebagai abangan. Setiap satu bentuk bahasa Jawa ini
mempunyai perbendaharaan kata yang berlainan, yang tidak dapat difahami oleh orang
Jawa daripada kelas yang berbeza.
7
ASAL USUL BAHASA MELAYU
• Sebagai contoh, orang Jawa kelas bawahan yang menggunakan
bahasa Jawa Ngoko tidak akan memahami bahasa yang dituturkan
oleh golongan istana, yang menggunakan bahasa Jawa Kromo Inggil
atau bahasa kelas bangsawan.
• Oleh itu, sekiranya orang Jawa hendak berkomunikasi dengan orang
yang berlainan kelas, mereka terpaksa belajar bahasa-bahasa
tersebut sebelum dapat berkomunikasi.
• Dari sudut karya sastera pula, bahasa Jawa lebih maju kerana karya-
karya yang ditulis dalam bahasa Jawa lebih tua dan lebih banyak
diperkatakan.
• Namun begitu, bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa
pertuturan berdasarkan ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri.
8
Ciri-ciri keistimewaan Bahasa Melayu
Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah
berasaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat
dalam bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam
bahasa-bahasa lain di Nusantara. Antara ciri-cirinya
ialah:
(i)
Bahasa Melayu senang dipelajari
(ii) Tatabahasa dan sebutan kata-katanya lebih mudah
dipelajari
(iii) Bunyi kata-katanya lunak dan indah.
9
Ciri-ciri keistimewaan Bahasa Melayu
• Bahasa Melayu juga banyak mempunyai rumpun bangsa. Bahasa ini
serumpun dengan banyak bahasa lain di Nusantara dan mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa di Kepulauan Polinesia yang
tersebar luas di Lautan Pasifik dari utara ke selatan.
• Di Malaysia, bahasa Melayu serumpun dengan bahasa-bahasa Bumiputera
lain seperti bahasa Iban, bahasa Bidayuh dan bahasa Melanau di Sarawak.
• Di Sabah, bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu ialah bahasa rakyat
peribumi, iaitu bahasa Kadazan-Dusun, bahasa Bajau, bahasa Murut, bahasa
Visaya dan bahasa-bahasa rakyat peribumi yang lain.
10
Ciri-ciri keistimewaan Bahasa Melayu
• Di Malaysia dan di Indonesia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah
dimanfaatkan.
• Bahasa Melayu yang digunakan di kedua-dua negara ini berasal dari bahasa Melayu Johor-Riau,
tetapi kedua-dua bahasa tersebut telah mengikut haluan masing-masing.
• Di Indonesia, bahasa Melayu dinamakan bahasa Indonesia, manakala di Malaysia bahasa ini
dikenal sebagai bahasa Malaysia.
• Sekiranya kedua-dua negara itu mengikut haluan masing-masing, tanpa komunikasi antara satu
sama lain, apakah yang anda fikir akan berlaku?
• Apa yang berlaku adalah bahasa Melayu itu akhirnya akan menjadi dua bahasa yang berasingan
dan berbeza.
11
• untuk mengelakkan berlakunya dua bahasa yang berasingan , negara-
negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, iaitu
Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah
mengadakan beberapa perbincangan untuk menyelaraskan istilah,
ejaan dan sebutan bahasa Melayu.
• Pembakuan bahasa Melayu ini akhirnya dapat menyatupadukan
bahasa Melayu di keempat-empat buah negara ini supaya menjadi
salah satu daripada bahasa antarabangsa.
12
Usaha untuk menimbulkan minat mempelajari bahasa Melayu
• Usaha untuk menimbulkan minat mempelajari bahasa Melayu memerlukan komitmen daripada
kalangan para pendidik dan para pelajar serta masyarakat untuk memanfaatkan
penggunaannya. Bahasa Melayu akan dimartabatkan sebagai bahasa akademik apabila bidang
ilmu diperkaya dengan pelbagai penulisan dan penyelidikan yang dilakukan dalam bahasa
Melayu.
• Bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa antarabangsa apabila digunakan dalam komunikasi dan
perhubungan antara negara jiran dengan negara-negara di luar daerah Nusantara.
• Bahasa Melayu juga akan lebih dikenali sekiranya digunakan sebagai alat komunikasi melalui
media massa seperti karya-karya filem, penyebaran maklumat menerusi Internet, penciptaan
lagu-lagu yang merdu, novel-novel bermutu, dan penerbitan-penerbitan hasil kajian dan
penyelidikan.
13
Usaha untuk menimbulkan minat mempelajari bahasa Melayu
• Kejayaan sesuatu dasar, termasuk dasar bahasa, amat bergantung pada iltizam
pemerintah, terutamanya di negara-negara yang sedang membangun seperti
Malaysia.
• Iltizam yang ditunjukkan oleh pemerintah akan merangsangkan rakyat untuk
bergiat dalam usaha memajukan sesuatu bahasa. Aktiviti-aktiviti yang
merangsangkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan seperti penciptaan
novel, puisi, dan rencana mampu menggalakkan pencungkilan bakat.
• Lebih banyak bakat yang dapat diasah, lebih pesatlah perkembangan penggunaan
sesuatu bahasa. Sesuatu bahasa yang tidak digunakan sepenuhnya, tidak akan
mencungkil dan menonjolkan potensi masyarakat dalam penggunaan sesuatu
bahasa secara kreatif dan produktif.
14
Faktor-faktor perkembangan Bahasa Melayu
• Menurut Sejarah Melayu, bangsa Melayu ini ada mitosnya sendiri. Permulaan kewujudan orang
Melayu diketahui melalui riwayat dalam buku Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, Bendahara
Johor.
• Legenda ini bermula dengan termeterainya perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang
Sapurba di Palembang, Sumatera Selatan.
• Dalam mitos (myth) ini diceritakan bahawa rakyat jelata Melayu telah bersumpah untuk taat
setia kepada tuannya, iaitu rajanya selagi raja itu bersifat adil.
• Apabila seseorang raja mengingkari janjinya, rakyat berhak untuk memalingkan kesetiaan mereka
yang dikenal sebagai menderhaka.
• Mitos ini menjadi asas kepada etika kepemimpinan Melayu dan ketaatan rakyat kepada
pemimpinnya. Mitos ini mungkin wujud pada masa kerajaan Sriwijaya berada di puncak
kecemerlangannya.
15
Faktor-faktor perkembangan Bahasa Melayu
• Kerajaan Melayu Sriwijaya ini dibuktikan kewujudannya dengan
terjumpanya batu bersurat di Gandasuli, sebuah daerah di Jawa
Tengah.
• Batu-batu bersurat itu bertarikh 827 Masihi dan 832 Masihi. Bahasa
Melayu yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno dengan
menggunakan tulisan Pali yang berasal dari India Selatan seperti yang
diperlihatkan pada Rajah 1.1.
16
17
Faktor-faktor perkembangan Bahasa Melayu
• Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan Buddha dan telah
menerima pengaruh kebudayaan Hindu dari India Selatan.
• Dari sudut bahasa, kemasukan perbendaharaan kata daripada bahasa
Sanskrit bermula seawal kerajaan Sriwijaya ini lagi.
• Oleh sebab pengaruh ini telah bertapak begitu lama, maka perkataan-
perkataan itu telah sebati dengan bahasa Melayu.
• Banyak perbendaharaan kata yang kita gunakan setiap hari merupakan
perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit tanpa kita sedari.
18
Faktor-faktor perkembangan Bahasa Melayu
• Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang berikut lazim kita gunakan setiap hari,
iaitu warna, jiwa, wira, sateria, pujangga, raja, mahkota, singgahsana, saya,
setia, puja, dosa, pahala, syurga, neraka, mergas tua, bumi, negeri, negara,
putera, dan beratus-ratus perkataan lain.
• Perkataan-perkataan Sanskrit telah sebati sehinggakan kekal dalam
perbendaharaan kata Melayu, walaupun orang Melayu telah menganut agama
Islam.
• Sebaliknya, orang Hindu yang bertutur dalam bahasa Hindi pula menggunakan
istilah-istilah Arab bagi menggantikan perkataan-perkataan Sanskrit kerana
kuatnya pengaruh Islam di India pada masa pemerintahan Dinasti Moghul
dahulu.
• Sebagai contoh, penutur-penutur bahasa Hindi menggunakan perkataan-
perkataan seperti jannah bagi syurga dan jahanam bagi neraka.
19
1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia
• Rumpun bahasa ialah kumpulan-kumpulan bahasa yang telah lama wujud, iaitu antara
2,500 dan 5,000 tahun sejarahnya.
• Kumpulan yang kurang daripada 2,500 tahun lama-waktu disebut sebagai “keluarga”.
• Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia.
• Sesetengah ahli bahasa juga menyatakan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam rumpun
bahasa Melayu-Polinesia.
• Bahasa-bahasa serumpun ini terdapat di Nusantara dan di Kepulauan Pasifik.
• Hal ini menjadikan rumpun ini mempunyai bilangan penutur yang agak besar. Sekiranya
bilangan penduduk di negara-negara yang bertutur dalam bahasa Austronesia sebagai
bahasa ibunda dicampurkan, kita dapati bahawa jumlahnya adalah sekitar 300 juta orang.
20
1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia
• Bahasa Austronesia ini dituturkan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Negara Brunei Darussalam dan Singapura
sebagai pusatnya.
• Selatan Thailand dan Taiwan, iaitu dalam kalangan penduduk-penduduk asli pulau tersebut, adalah kawasan
pinggiran bahasa Austronesia ini.
• Di luar daerah asas bahasa ini terdapat juga kawasan rumpun bahasa Austronesia digunakan, iaitu di Pulau
Madagaskar.
• Republik Madagaskar didiami oleh orang rumpun Melayu semenjak beberapa abad yang lalu.
• Mereka telah membentuk kerajaan yang dikenal sebagai kerajaan Merina di kawasan dataran tinggi pulau itu.
• Hingga hari ini, rupa orang daripada golongan puak Merina ini, yang mendiami dataran tinggi Madagaskar,
masih mirip orang Melayu di Nusantara.
• Rajah 1.2 menunjukkan pembahagian rumpun bahasa, namun begitu tumpuan akan diberikan kepada
rumpun Polinesia sahaja.
21
22
23
24
1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia
• Menurut pendapat ahli-ahli bahasa, bangsa-bangsa ini adalah dalam
rumpun Melayu-Polinesia. Hal ini bermakna orang Melayu adalah
bersaudara dengan orang Polinesia.
• Sungguhpun bilangan mereka kecil, mereka berselerak di pulau-pulau
Lautan Pasifik yang tersebar luas dari utara ke selatan.
• Orang dalam kumpulan Polinesia ini ialah penduduk-penduduk asli
Pulau Hawaii, Pulau Tahiti, Pulau Easter dan pulau-pulau lain di Lautan
Pasifik. Di New Zealand, orang Maori adalah daripada golongan yang
sama.
25
1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia
• Walaupun orang Polinesia telah lama terpisah daripada orang Melayu, namun masih dapat
kita temukan ciri-ciri yang menunjukkan bahawa kita pernah bersama pada zaman silam
melalui perkataan-perkataan asas dalam kedua-dua kelompok.
• Sebagai contoh, penduduk Pulau Easter menyebut patung yang dibentuk daripada bongkah-
bongkah batu yang besar di pantai pulau itu sebagai “mata-mata”, yang membawa makna
yang sama dengan “mata” dalam bahasa Melayu.
• Orang Maori pula menggunakan perkataan “ranggi” bagi “langit”. Mereka juga telah
membawa tanaman-tanaman yang berasal dari Asia Tenggara, seperti pokok sukun dan
keladi untuk menjadi makanan ruji mereka.
• Dari segi paras rupa, mereka tidak berbeza daripada orang Melayu, melainkan saiz badan.
Saiz badan mereka lebih besar daripada kebanyakan orang Melayu kerana kelaziman
pemakanan yang berbeza.
• Lihat kawasan rumpun Austronesia dalam Rajah 1.3.
26
27
1.1.2 Bahasa Melayu pada Zaman Sriwijaya
• Semasa Sriwijaya berkuasa di Nusantara, empayarnya berpusat di kedua-
dua belah Selat Melaka.
• Di Sumatera, pemerintahannya berpusat di Palembang, Sumatera Selatan
manakala di Semenanjung Tanah Melayu, pusat pemerintahannya ialah di
Kedah.
• Kedua-dua wilayah ini hingga kini merupakan wilayah berbahasa Melayu.
• Selat Melaka mesti dilalui oleh para pedagang Barat untuk berniaga ke
Negeri China dan begitu juga peniaga-peniaga dari sebelah timur harus
melalui Selat Melaka untuk ke India dan seterusnya ke barat. Lihat Rajah
1.4.
28
29
1.1.2 Bahasa Melayu pada Zaman Sriwijaya
• Pedagang-pedagang ini perlu singgah di pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di
kedua-dua wilayah Sriwijaya ini.
• Pelabuhan-pelabuhan itu pula merupakan pusat perdagangan bagi pedagang-
pedagang dari Nusantara, China, India dan dari negara-negara lain.
• Dalam menjalankan urusan, mereka memerlukan satu bahasa yang dapat digunakan
sebagai alat komunikasi antara mereka.
• Oleh sebab pelabuhan-pelabuhan ini berada di bawah kuasa Sriwijaya, maka bahasa
perantaraan atau lingua franca yang digunakan ialah bahasa Melayu.
• Selain faktor kerajaan Sriwijaya itu kerajaan Melayu, terdapat juga beberapa faktor
lain menyebabkan bahasa Melayu diterima sebagai lingua franca.
• Di wilayah Sriwijaya ini, rakyatnya bukan terdiri daripada suku bangsa Melayu sahaja,
tetapi juga terdiri daripada suku-suku bangsa lain, seperti suku bangsa Jawa dan
Sunda di Pulau Jawa, suku Batak dan suku Aceh di Sumatera dan suku Dayak di
Kalimantan.
30
1.1.2 Bahasa Melayu pada Zaman Sriwijaya
• Bahasa Melayu dipilih kerana suku bangsa Melayu mendiami
pesisiran pantai tempat pelabuhan-pelabuhan itu didapati.
• Selain itu, bahasa Melayu lebih mudah dipelajari daripada bahasa
suku-suku bangsa yang lain.
• Bahasa Jawa jauh lebih sukar dipelajari kerana perkataannya sukar
disebut dan mempunyai bentuk atau dialek yang berbeza dan
dengan perbendaharaan kata yang berbeza pula.
• Kesukaran ini menjadikan para pedagang memilih untuk belajar dan
berkomunikasi dalam bahasa yang lebih mudah, iaitu bahasa Melayu.
• Penggunaan bahasa Melayu dari semenjak zaman Sriwijaya dalam
pelbagai lapangan seperti perdagangan, penyebaran agama dan
akademik.
31
1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
• Sejarah kegemilangan Sriwijaya telah pun berakhir pada kurun yang
ke-13, tetapi selepas itu muncul satu lagi kerajaan Melayu di
Nusantara.
• Kerajaan yang dimaksudkan itu ialah Kesultanan Melayu Melaka.
Walaupun kesultanan yang dipimpin oleh Parameswara yang
berhijrah dari Sumatera ini bermula sebagai sebuah kerajaan Hindu,
tetapi akhirnya baginda telah memeluk agama Islam dan
mengasaskan Kesultanan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah
Melayu.
32
1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
• Kesultanan Melaka menjadi kuat dan berjaya menakluki negeri-negeri yang
berhampiran di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa buah negeri yang
terletak di pesisiran pantai timur Sumatera.
• Bahasa Melayu masih terus memainkan peranannya sebagai lingua franca bagi
menyambung tradisi kerajaan Sriwijaya.
• Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai lingua franca sama seperti pada masa
pemerintahan Sriwijaya dahulu.
• Bahasa Melayu adalah bahasa pemerintah di Sriwijaya dan Kesultanan Melaka.
Oleh itu sesiapa yang membuat perhubungan diplomatik atau perniagaan di
kawasan takluk Sriwijaya dan Melaka mestilah menggunakan bahasa Melayu.
• Rasional yang sama juga digunakan pada zaman ini apabila memilih bahasa
Melayu sebagai lingua franca.
• Lihat Rajah 1.5 yang menunjukkan empayar kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
33
34
1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
• Bahasa Melayu juga mempunyai ciri-ciri lain yang menjadikannya
dipilih sebagai bahasa perhubungan dan komunikasi dalam kalangan
suku bangsa yang serumpun di Nusantara.
• Oleh sebab bahasa Melayu belum berkembang sehingga munculnya
pelbagai bentuk bahasa seperti bahasa Jawa, maka proses
pembelajaran bahasa Melayu adalah lebih mudah.
• Selain itu, sebutan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu pun
mudah. Seseorang itu tidak perlu memutarkan lidahnya untuk
bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga dianggap
mempunyai bunyi sebutan yang merdu didengar seperti yang diakui
oleh William Marsden pada tahun 1811:
35
1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
• “Bahasa Melayu yang pada pendapat kebanyakan orang berasal dari
Semenanjung Tanah Melayu, dan dari situ bahasa itu telah tersebar
ke seluruh pulau-pulau timur, sehingga menjadi lingua franca di
bahagian dunia sebelah sini, dituturkan di serata tempat di sepanjang
pesisiran pantai Sumatera, mengatasi yang lain-lain tanpa campuran
bahasa-bahasa lain, di negeri Minangkabau dan jajahan takluknya
yang berdekatan, dan bahasa ini difahami hampir di semua tempat di
pulau Sumatera. Bahasa Melayu sangat digemari dan disanjung,
memang sepatutnya demikian, kerana kelunakan dan kemerduan
bunyinya, yang telah digelar sebagai bahasa Itali Timur. Ini adalah
disebabkan oleh banyaknya bunyi vokal dan kelancaran dalam kata-
katanya (dengan banyak bunyi sengau yang mungkin difikirkan
sebagai tidak digemari) dan jarang-jarang terdapat kombinasi bunyi
konsonan senyap yang kasar atau keras. Kualiti ini menjadikannya
sangat sesuai untuk puisi, di mana orang Melayu telah menjadi
ketagih terhadapnya.”
36
1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
• Tarikan yang ada pada bahasa Melayu telah mendorong Indonesia memilih
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk menyatupadukan rakyat Indonesia
yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.
• Sekiranya Indonesia memilih bahasa yang paling banyak penuturnya, iaitu bahasa
Jawa sebagai bahasa rasmi, maka peranan bahasa Jawa sebagai lingua franca
mungkin tidak dapat diterima dengan mudah oleh suku-suku bangsa lain di
Indonesia.
• Sesuatu lingua franca bukan muncul hasil daripada paksaan. Penerimaan ini mesti
datang daripada kerelaan hati orang yang menggunakannya.
• Bahasa Melayu menjadi lingua franca kerana semua suku bangsa di Nusantara
telah dengan rela hati menerimanya.
• Penutur-penutur yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda kecil
jumlahnya jika dibandingkan dengan penutur bahasa Jawa, tetapi orang Jawa
tidak pernah mempersoalkan peranan bahasa Melayu walaupun di Indonesia.
37
1.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perdagangan
• Sebab utama bahasa Melayu menjadi lingua franca adalah kerana bahasa
ini dipilih oleh para pedagang di Nusantara sebagai alat komunikasi
apabila mereka mengadakan hubungan perniagaan antara satu sama lain.
Pemilihan ini bermula pada zaman Sriwijaya lagi. Apabila bahasa itu
didapati memenuhi objektif mereka, mereka terus menggunakannya. Bagi
pedagang-pedagang baharu yang mahu ke Nusantara, mereka akan
mempelajari bahasa Melayu terlebih dahulu.
• Perihal ini menunjukkan bahawa pada masa itu wujudnya organisasi yang
mengajarkan bahasa ini, walaupun secara tidak formal.
• Senario di atas boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada bahasa
Inggeris sekarang. Oleh sebab bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
perdagangan di seluruh dunia, maka pedagang-pedagang lebih cenderung
untuk mempelajarinya daripada bahasa-bahasa lain.
38
1.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perdagangan
• Institusi-institusi yang mengajarkannya terdapat dengan mudah dan guru-guru yang mengajarkan bahasa Inggeris juga mudah didapati.
Antara sebab mereka lebih gemar mempelajari bahasa Inggeris adalah kerana secara relatifnya bahasa Inggeris lebih mudah dipelajari
daripada bahasa-bahasa lain seperti bahasa Perancis, bahasa Rusia atau bahasa Jerman. Bahasa Inggeris juga telah dipilih sebagai lingua
franca oleh ahli-ahli perdagangan antarabangsa.
• Walau bagaimanapun, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan oleh pedagang-pedagang semakin menurun setelah
kedatangan Inggeris dan Belanda.
• Perdagangan bentuk moden telah mengambil alih perdagangan bentuk tradisional. Bersama-samanya, mereka membawa bahasa-bahasa
mereka dan secara perlahan-lahan bahasa Inggeris mengambil alih peranan bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Belanda di Indonesia.
• Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu ini telah dibantu dengan kedatangan pedagang-pedagang asing dari China yang menetap di
Nusantara.
• Pedagang-pedagang Cina berperanan sebagai orang tengah dalam perniagaan. Mereka bukan sahaja menjadi orang tengah antara
pengguna Melayu yang kebanyakannya di luar bandar, bahkan juga menjadi pembekal-pembekal perkhidmatan dan barangan yang
diperlukan oleh pihak penjajah.
• Dengan ini, peranan orang Melayu sebagai ahli perniagaan semakin berkurangan dan bersama-samanya penggunaan bahasa Melayu
dalam urusan perdagangan dan perniagaan juga turut merosot.
• Lihat Rajah 1.6 yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan.
39
40
1.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perdagangan
• Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi
asing dalam bidang komunikasi perdagangan.
• Urusan perniagaan yang melibatkan ahli-ahli perniagaan Cina
Malaysia dengan ahli-ahli perniagaan Cina di negara-negara Asia
Tenggara dijalankan dalam bahasa Mandarin.
• Dalam konteks perdagangan antarabangsa di Asia, sebahagian besar
daripada perdagangan Asia Tenggara dikendalikan oleh orang-orang
Cina.
• Oleh itu, penggunaan bahasa Mandarin atau dialek-dialek Cina yang
lain untuk berkomunikasi menjadi suatu fenomena semula jadi.
• Perniagaan pada peringkat antarabangsa yang melibatkan negara-
negara Eropah, Amerika, Arab, Jepun atau Korea pula menggunakan
bahasa Inggeris.
41
1.2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
• Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura.
• Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia adalah suatu pemilihan
semula jadi.
• Semenanjung Tanah Melayu dikatakan tempat asal bahasa Melayu; oleh kerana itulah
Semenanjung ini dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.
• Walaupun suku-suku bangsa Melayu yang lain berpindah ke negara ini, mereka telah
mengambil identiti suku bangsa Melayu.
• Pahlawan-pahlawan Bugis dan pengikut-pengikutnya yang datang ke Tanah Melayu dan
kemudian menjadi raja di Johor, Selangor dan Pahang telah mengambil identiti Melayu.
• Mereka seterusnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dengan
suku-suku bangsa Melayu yang lain seperti orang Jawa, Banjar, Mandailing dan Aceh.
• Suku-suku bangsa Melayu ini kemudiannya menerima identiti Melayu dan menggunakan
bahasa Melayu dalam semua bentuk komunikasi.
42
1.2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
• Tradisi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca telah menjadikan bahasa Melayu
diterima oleh semua lapisan masyarakat yang menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal
mereka.
• Orang Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu juga menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa ini.
• Apabila Sarawak dan Sabah memilih untuk bergabung dalam Persekutuan Malaysia, rakyat kedua-
dua buah negeri itu juga tidak mempersoalkan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa lingua franca dalam kalangan rakyat walaupun orang yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda di kedua-dua buah negeri itu kecil bilangannya.
• Dialek bahasa Melayu yang dipilih untuk menjadi asas bahasa kebangsaan di Malaysia dan Indonesia
ialah dialek Johor-Riau.
• Dialek ini dipilih mungkin kerana kaitannya dengan kedudukan wilayah Johor-Riau itu sendiri yang
terletak di selatan Selat Melaka yang menghubungkan Sumatera, kepulauan Riau dan Johor. Daerah
ini ialah daerah kerajaan Melayu terakhir sebelum kedatangan Belanda dan Inggeris.
• Kerajaan Johor-Riau juga merupakan suatu kesinambungan daripada kerajaan Melayu Melaka.
Selain faktor tersebut, dialek Johor-Riau adalah dialek yang merentasi beberapa negeri dan
mempunyai penutur yang agak banyak jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain.
• Dialek ini dituturkan juga di Selangor, pesisiran pantai Negeri Sembilan, Melaka dan di selatan
Pahang. Dialek ini mempunyai sebutan yang mudah berbanding sebutan dialek daerah-daerah lain di
Semenanjung Tanah Melayu. Lihat Rajah 1.7 yang menunjukkan empayar Johor-Riau.
43
44
1.2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
• Perkataan Johor-Riau itu sendiri mempunyai konotasi bahawa dialek ini dikongsi bersama oleh
Malaysia dan Indonesia. Dengan ini, tidak menghairankan apabila dialek ini dipilih oleh Indonesia
untuk menjadi bahasa yang menyatupadukan rakyat Indonesia.
• Setelah bahasa Melayu dialek Johor-Riau dipilih, kedua-dua negara itu memajukan dan
mengembangkannya dengan cara yang tersendiri.
• Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, bahasa Melayu yang kini dikenal sebagai
bahasa Indonesia berkembang mengikut caranya tersendiri dan berpisah daripada yang berlaku di
Malaysia.
• Di Malaysia, pada masa Indonesia mencapai kemerdekaan, pendidikan dalam bahasa Melayu masih
berada pada peringkat sekolah rendah sahaja dan bahasa Melayu belum lagi diiktiraf sebagai bahasa
rasmi.
• Pengiktirafan ini telah memartabatkan bahasa Melayu sekali lagi. Setelah tumbangnya Kesultanan
Melaka, Kesultanan Johor pula mendaulatkan bahasa Melayu.
• Oleh itu, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, tindakan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi Malaysia rasional dan wajar.
45
1.2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
• Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, bahasa Melayu
mula dijadikan sebagai bahasa pengantar di Tingkatan Satu, di sekolah menengah
kebangsaan.
• Bahasa Melayu mula diperkenalkan sebagai bahasa rasmi mula-mula di jabatan-
jabatan kerajaan.
• Pada mulanya, penerimaan bahasa Melayu agak dingin kerana bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa rasmi, dan dalam kalangan masyarakat kelas menengah
bahasa Inggeris mendapat penghormatan dan menjadi alat perhubungan.
• Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, walaupun telah diterima
sepenuhnya secara teori, namun pada amalannya terpaksa bergerak perlahan-lahan
dan pada masa yang sama mengalami proses pemantapan dalam semua bidang.
• Sebagai contoh, semasa pengisytiharan Malaysia 1963 bahasa Melayu telah
digunakan dalam buku cenderamata sebagai lambang perpaduan dan penyatuan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.
46
47
1.2.3 Bahasa Melayu dan Penyebaran Agama Islam
• Bahasa Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama, terutamanya agama Islam.
• Pada masa pemerintahan Kerajaan Melayu Sriwijaya, bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam penyebaran agama
Hindu dan Buddha kerana pada masa itu kedua-dua agama itulah yang mempengaruhi budaya Melayu.
• Bahasa Melayu dalam bentuk bahasa Melayu kuno telah pun digunakan dalam penyampaian idea-idea abstrak seperti konsep
falsafah dan agama bagi mengajarkan agama Hindu dan Buddha.
• I Tsing, pada tahun 671 Masihi, menyatakan bahawa jika ada orang yang hendak mendalami pengetahuan tentang agama
Buddha, dia perlu pergi ke Palembang, Sriwijaya, sebagai tempat untuk menuntut ilmu itu.
• Pada masa agama Islam disebarkan di Nusantara, bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu juga.
• Daerah awal penyebaran agama Islam ialah di Pelabuhan-pelabuhan yang terletak di pesisiran pantai timur Sumatera. Negeri-
negeri ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan sebagai bahasa lingua franca dengan suku-suku bangsa lain
di Nusantara.
• Bahasa Melayu digunakan juga oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan-pelabuhan tersebut. Penggunaan bahasa
Melayu dalam penyebaran agama Islam ini menjadi semakin rancak apabila Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan
berkembang.
• Hal ini dapat dilihat dalam Rajah 1.9 yang menunjukkan penyebaran agama Islam pada abad ke-14.
48
49
1.2.3 Bahasa Melayu dan Penyebaran Agama Islam
• Agama Islam yang diperkenalkan dan diterima oleh orang Melaka telah
disebarkan melalui pedagang-pedagang dari Nusantara ke daerah masing-masing.
• Dengan ini, dalam masa beberapa kurun, agama Islam telah berkembang secara
berperingkat-peringkat ke seluruh Nusantara. Bahasa Melayulah yang digunakan
dalam penyebaran agama Islam ini.
• Perkembangan Islam ini juga telah mengubah bentuk bahasa Melayu itu sendiri.
• Pada masa penyebaran agama Hindu dan Buddha, bahasa Melayu telah
menggunakan tulisan dari India dan perkataan-perkataan Sanskrit telah mula
menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Melayu.
• Apabila Islam diterima sebagai agama anutan sebahagian besar penduduk di
Nusantara, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang lebih pesat.
• Orang Melayu telah meninggalkan tulisan Pali yang berasal dari India Selatan, dan
sebagai gantinya mereka menggunakan tulisan Jawi yang berasal dari tulisan
Arab, yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu.
• Rajah 1.10 menunjukkan contoh tulisan tersebut.
50
51
1.2.3 Bahasa Melayu dan Penyebaran Agama Islam
• Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan penting dalam penyebaran
agama Kristian di Nusantara.
• Semasa mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan agamanya dalam
kalangan penduduk di Kepulauan Maluku, mereka telah menggunakan
bahasa Melayu, walaupun mereka mempunyai bahasa mereka sendiri.
• Pada masa itu, Kitab Injil telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
untuk memudahkan penyebaran agama itu dalam kalangan penduduk
Nusantara.
• Sebagai hasil daripada penggunaan bahasa Melayu dalam penyebaran
agama Kristian, bahasa Melayu telah mengambil alih bahasa tempatan.
• Orang Kristian ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda mereka.
• Anehnya, orang Maluku yang beragama Islam menggunakan bahasa suku
kaum mereka sendiri, yang sangat berbeza daripada bahasa Melayu.
52
RUMUSAN
• Bahasa Melayu yang ada pada hari ini telah dapat menghayati istilah-
istilah dan perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-
bahasa asing.
• Apabila orang Melayu di Nusantara menerima agama Islam sebagai
anutan agama, mereka telah menggunakan bahasa Melayu untuk
menghuraikan konsep-konsep keislaman.
• Perkataan-perkataan dalam bahasa Arab bagi menerangkan konsep-
konsep agama telah dijadikan perkataan-perkataan bahasa Melayu.
• Sifat kebolehlenturan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
yangdinamik dan sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan
perkembangan-perkembangan terbaru.
• Bahasa Melayu diyakini oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa yang
dapatdigunakan dalam semua lapangan.
MPU2213/MPU3213
Bahasa Kebangsaan A
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 52
SLIDE
Similar Resources on Wayground
48 questions
Digital Marketing: Content Mastery
Presentation
•
Professional Development
46 questions
ZAKAT MAL
Presentation
•
KG - University
46 questions
Fundamentos epistemológicos de la ética
Presentation
•
University
46 questions
1. fase I PGYD
Presentation
•
University
45 questions
Konsep Dasar Psikologi Kepribadian
Presentation
•
University
51 questions
Praktik Pengecoran Logam
Presentation
•
University
48 questions
Kebijakan Kurikulum Merdeka
Presentation
•
Professional Development
46 questions
DISEMINASI BUDAYA POSITIF
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade
Discover more resources for Other
20 questions
Guess The App
Quiz
•
KG - Professional Dev...
11 questions
NFL Football logos
Quiz
•
KG - Professional Dev...
19 questions
Minecraft
Quiz
•
6th Grade - Professio...
40 questions
8th Grade Math Review
Quiz
•
8th Grade - University
20 questions
Block Buster Movies
Quiz
•
10th Grade - Professi...
10 questions
Would you rather...
Quiz
•
KG - University
40 questions
Flags of the World
Quiz
•
KG - Professional Dev...
14 questions
Superhero
Quiz
•
1st Grade - University