Search Header Logo
UEC 2023 A (Lesson)

UEC 2023 A (Lesson)

Assessment

Presentation

World Languages

9th Grade

Medium

Created by

LEE KIM HUA

Used 1+ times

FREE Resource

6 Slides • 5 Questions

1

UEC 2023 LA

By LEE KIM HUA

2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Telefon pintar merupakan sejenis alat elektronik yang direka dengan tujuan untuk membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Kini, telefon pintar digunakan oleh hampir semua lapisan masyarakat termasuklah golongan tua, golongan murid dan pelajar di bangku sekolah. Antara jenama telefon pintar yang terkemuka di pasaran termasuklah Apple, telefon pintar jenama Samsung dan banyak lagi.

media

3

Multiple Choice

Question image
Apakah tujuan penggunaan telefon pintar dalam masyarakat kita? (UEC 2023)
1
menonton rancangan dalam Youtube
2
lambang kekayaan seseorang individu
3
memudahkan kita berkomunikasi antara satu sama lain
4
mengambil gambar dan memuatnaikkannya ke laman sesawang

4

​ Penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Keadaan ini berlaku apabila daya tumpuan pelajar terganggu ketika mereka membalas mesej ataupun membaca isi kandungan dalam telefon mereka. Kesannya" pelajar sukar untuk memberikan tumpuan dalam pembelajaran dan seterusnya akan menyebabkan prestasi mereka merosot.

5

Multiple Choice

Question image

Apakah maksud perkataan "prestasi " (baris 9) yang terdapat dalam petikan? (UEC 2023)

1
pengajaran
2
pencapaian
3
pendidikan
4
pemburuan

6

Multiple Choice

Question image
Mengapakah penggunaan telefon pintar boleh menyebabkan prestasi pelajar merosot? (UEC 2023)
1
pelajar-pelajar perlu menghubungi ibu bapa mereka
2
sukar untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran
3
pelajar-pelajar suka bersaing jenama telefon antara satu sama lain
4
pelajar mungkin mencari peluang untuk mencuri telefon pintar kawan

7

​ Telefon pintar bersifat kebendaan. Pelajar yang memiliki telefon pintar akan saling bertanding antara satu sama lain apabila mereka mempunyai masa lapang. Pelajar akan bersaing antara jenama telefon pintar mereka daripada aspek fungsi telefon pintar tersebut. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara sesetengah pihak, apabila ada pelajar yang mendapati fungsi telefon pintar mereka tidak setanding dengan fungsi telefon pintar kawan mereka.

8

​ Penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar di sekolah akan menimbulkan masalah disiplin. Keadaan ini berlaku kerana bukan semua pelajar mampu memiliki telefon pintar. Bagi pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar, perasaan dengki mungkin akan timbul dalam hati mereka. Pelajar ini akan mencari peluang untuk mencuri telefon pintar kawan mereka untuk memenuhi nafsu mereka.

9

Multiple Choice

Question image
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar yang terdapat dalam petikan? (UEC 2023)
1
Segelintir pelajar akan timbul niat mencuri telefon pelajar-pelajar lain.
2
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar di sekolah akan menimbulkan masalah disiplin.
3
Pelajar kurang bersosial antara satu sama lain kerana tumpuan mereka lebih kepada telefon pintar mereka.
4
Tumpuan pelajar mudah terganggu ketika mereka membalas mesej ataupun ketika membaca isi kandungan dalam telefon mereka.

10

​Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar di sekolah memang akan membawa keburukan kepada para pelajar. Pihak sekolah terutamanya lembaga disiplin harus menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar agar fenomena ini dapat dikurangkan. Ibu bapa atau penjaga juga perlu memberikan peringatan kepada anak-anak mereka agar tidak membawa telefon pintar ke sekolah memandangkan pengguna:m telefon pintar di sekolah lebih membawa keburukan berbanding dengan kebaikan kepada anak-anak mereka.

11

Multiple Choice

Question image
Pada pendapat anda, apakah nasihat yang diberikan oleh penulis pada akhir artikel ini? (UEC 2023)
1
Pelajar boleh membawa telefon pintar ke sekolah.
2
Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan apabila telefon awam di sekolah rosak.
3
Guru-guru boleh menyimpan telefon pintar pelajar mereka supaya tidak dirampas oleh lembaga disiplin.
4
Pihak ibu bapa dan sekolah harus mengambil tindakan supaya pelajar tidak membawa telefon pintar ke sekolah.

UEC 2023 LA

By LEE KIM HUA

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE