
PENJODOH BILANGAN
Authored by ARYADI Moe
World Languages
6th Grade
Used 15+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
20 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas.
Mak Leha membeli beberapa __________ ayam kampung untuk dibuat __________ sebagai memenuhi permintaan anak bongsunya.
kawan ... minuman
reban ... hidangan
ekor ... masakan
kandang ... makanan
Answer explanation
Huraian
Kawan-digunakan untuk membilang kumpulan haiwan dan manusia.
Reban-digunakan untuk membilang binatang ternakan di dalam reban.
Ekor-digunakan untuk membilang semua jenis haiwan (binatang).
Kandang-digunakan untuk membilang binatang ternakan di dalam kandang.
Minuman-bermaksud barang cecair yang boleh diminum.
Hidangan-bermaksud beberapa jenis makanan yang dihidangkan, sajian.
Masakan-bermaksud nama kepada sesuatu yang dimasak (kuih-muih, lauk-pauk).
Makanan-bermaksud apa-apa sahaja yang boleh dimakan.
https://www.zoom-a.com/
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pak Mail menggunakan beberapa __________ papan cengal untuk membuat __________ pada binaan mimbar masjid itu.
keping ... ukiran
lembar ... ciptaan
bidang ... lorekan
gulung ... lukisan
Answer explanation
Huraian
Keping-digunakan untuk membilang benda-benda yang nipis atau pipih.
Lembar-digunakan untuk membilang benda-benda yang panjang dan lurus.
Bidang-digunakan untuk benda-benda yang luas, lebar dan rata.
Gulung-digunakan untuk benda-benda yang panjang dan bergulung.Ukiran-bermaksud sesuatu hasil lukisan yang dibuat dengan memahat pada sesuatu benda.
Ciptaan-bermaksud sesuatu yang diciptakan, hasil kesenian.
Lorekan-bermaksud jalur-jalur, barik-barik, coreng panjang.
Lukisan-bermaksud hasil daripada melukis, gambar atau objek yang dilukis.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pemidato kedua membacakan dua __________ pantun lama bagi mengakhiri __________ dalam pertandingan bahas peringkat daerah itu.
baris ... olahan
kerat ... ulasan
patah ... kupasan
rangkap ... hujahan
Answer explanation
Huraian
Baris-bermaksud untuk sesuatu yang berderet atau berbanjar atau berada dalam deretan atau banjaran.
Olahan-bermaksud cara membuat sesuatu sehingga menjadi sebegitu rupa atau menjadi sesuatu yang lain, hasilan daripada pengolahan.
Kerat-bermaksud untuk bahagian benda-benda yang telah dipotong atau dikerat.Ulasan-bermaksud huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran.
Patah-bermaksud untuk bilangan kata atau perkataan.Kupasan-bermaksud huraian ulasan, analisis.
Rangkap-bermaksud untuk puisi (pantun, sajak, syair dan gurindam).
Hujahan-bermaksud pendapat beserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian atau pandangan.
KLON/UPSR/2011/18 sumber https://www.zoom-a.com/
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Jururawat itu menggantung __________ darah dan memberi __________ ubat penahan sakit kepada pesakit itu.
sepaket ... sebiji
setitik ... sebutir
sekotak ... sebotol
sebungkus ... sepapan
Answer explanation
Huraian
A. Paket-bermaksud untuk benda yang berbungkus di dalam paket. Biji-bermaksud untuk benda yang kecil, bulat atau seakan-akan bulat, buah-buahan.
B. Titik-bermaksud untuk cecair yang menitik atau membentuk titisan. Butir-bermaksud untuk benda yang kecil dan bulat.
C. Kotak-bermaksud untuk suatu benda yang terisi di dalam kotak. Botol-bermaksud untuk benda yang terdapat di dalam botol.
D. Bungkus-bermaksud untuk benda yang dalam keadaan berbungkus. Papan-bermaksud untuk benda yang berkeping-keping.
KLON/UPSR/2010/17
sumber : https://www.zoom-a.com/
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Adik cuba mengambil __________ rantai mutiara dan __________ jam tangan yang berada di bawah meja itu.
sekalungan ... segelung
segugus ... sebentuk
selingkar ... seurat
seuntai ... seutas
Answer explanation
A.Kalung-bermaksud digunakan untuk benda yang bergelung seperti kalung.Gelung-bermaksud digunakan untuk benda yang panjang, berlingkar dan bergulung.
B.Gugus-bermaksud digunakan untuk benda atau buah yang berangkai.Bentuk-bermaksud digunakan untuk benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung.
C.Lingkar-bermaksud digunakan untuk benda dalam keadaan bergulung.Urat-bermaksud digunakan untuk benda halus dan panjang.
D.Untai-bermaksud digunakan untuk benda berangkai atau dicucuk.Utas-bermaksud digunakan untuk benda yang berangkai dan panjang.
KLON/UPSR/2010/17
https://www.zoom-a.com/
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Encik Riduan menempah seribu __________ sate ayam untuk mengadakan __________ dalam majlis kesyukuran keluarganya.
cebis ... ratahan
cucuk ... jamuan
ketul ... kecapan
bilah ... jemputan
Answer explanation
Huraian
Cebis-bermaksud untuk membilang bahagian benda-benda yang dikoyakkan.Ratahan-bermaksud sesuatu lauk, sayur atau ulam yang dimakan tanpa nasi (makan begitu sahaja).
Cucuk-bermaksud untuk membilang benda-benda yang dicucuk dengan lidi (sate, udang, bebola ikan).Jamuan-bermaksud makanan yang dihidangkan kepada tetamu, sajian.
Ketul-bermaksud untuk membilang benda-benda yang berketul dan padu.Kecapan-bermaksud sesuatu yang dikecap (dirasa dengan lidah).
Bilah-bermaksud untuk membilang benda-benda yang tajam.Jemputan-bermaksud orang yang dijemput.
KLON/UPSR/2011/18
https://www.zoom-a.com/
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Puan Asiah membungkuskan dua __________ kek coklat kepada suaminya sebagai __________ ke pejabat.
keping ... sajian
kerat ... sarapan
cebis ... hidangan
potong ... bekalan
Answer explanation
Keping-bermaksud untuk membilang benda-benda yang nipis atau pipih dan lebar.Sajian-bermaksud sesuatu yang disajikan, hidangan makanan.
Kerat-bermaksud untuk membilang bahagian daripada benda-benda yang dikerat.Sarapan-bermaksud makanan pagi (sebagai alas perut), makan pagi.
Cebis-bermaksud untuk membilang bahagian benda-benda yang dikoyakkan (kertas, kain).Hidangan-bermaksud makanan yang disediakan, sajian.
Potong-bermaksud untuk membilang benda-benda yang dipotong seperti daging, kek, kuih, roti.Bekalan-bermaksud benda-benda yang dibawa (dipakai, disediakan) sebagai bekal.
https://www.zoom-a.com/
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?