
EKOLOGI DAN EKOSISTEM (STPM SEM 3)
Authored by Bedu Mahyuddin
Geography
12th Grade - University
Used 37+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
15 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Berdasarkan foto di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ekologi?
Ekologi adalah satu cabang sains yang mengkaji hubungan manusia dan alam sekitar di mana manusia mengekploitasi sumber untuk kegiatan ekonomi.
Ekologi adalah hubungan antara manusia dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang menjadi habitat sama ada dengan komunitinya atau dengan komuniti lain sekitarnya.
Ekologi bermaksud satu cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup (organisma) dengan persekitarannya.
Ekologi bermaksud satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen biotik dan abiotik.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Apakah flora yang menjadikan hutan di atas sebagai habitatnya?
Pokok rhu, pokok kelapa dan pokok mengkuang
Pokok bakau kurap, pokok bakau minyak dan pokok nipah
Pokok cengal, pokok meranti dan orkid
Pokok akasia, pokok kaktus dan pokok kurma
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Berikut merupakan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal, kecuali?
Sebagai menyederhanakan suhu. Hutan akan menjadi penghalang kepada cahaya matahari daripada memancar terus ke bumi dengan adanya lapisan kanopi. Oleh itu, suhu bahagian lantai hutan akan menjadi lebih sejuk.
Sebagai kawasan tadahan. Hutan berperanan membantu air hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah dan seterusnya akan membentuk air bawah tanah di mana penting sebagai kawasan tadahan air.
Sebagai habitat flora dan fauna. Hutan berperanan sebagai habitat bagi pelbagai spesis flora dan fauna. Di mana ia saling bergantung antara satu sama lain.
Sebagai sumber makanan. Hutan berpotensi dijadikan sumber makanan serta buah-buahan. Buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan di dalam hutan boleh dijadikan sebagai makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem?
Satu bentuk hubungan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang mempunyai kepentingan diri sendiri.
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen biotik dan abiotik.
Komponen asas unsur biotik yang melibatkan komponen hidupan yang melibatkan pengeluar dan pengguna serta pengurai.
Komponen hidup dan bukan hidup yang akan menjadi asas dalam pembentukan habitat.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Ekosistem mempunyai 2 komponen utama iaitu __________ dan _________.
makanan dan air
pengeluar dan pengguna
autotrof dan heterotrof
biotik dan abiotik
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
"Terdiri daripada benda hidup meliputi tumbuhan dan haiwan yang bernafas dan menjalankan aktiviti kelangsungan hidup dalam sesuatu ekosistem."
Penyataan di atas merujuk kepada?
Komponen biosfera
Komponen biologi
Komponen biotik
Komponen biodiversiti
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
"terdiri daripada benda bukan hidup yang mudah didapati di persekitaran fizikal sesuatu ekosistem seperti tanah, air, udara dan cahaya matahari."
Penyataan di atas merujuk kepada?
Komponen biosfera
Komponen litosfera
Komponen biotik
Komponen abiotik
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?