
SAJAK SANG GEMBALA KUDA
Authored by NURMAIZATUL FAREHA
Other
1st Grade - Professional Development
Used 4+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
12 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih maksud sajak yang berikut dengan betul.
Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Gembala kuda seorang yang gagah kerana tangannya mempunyai kuasa terhadap kuda.
Gembala kuda seorang yang gagah menghalau kuda keluar daripada kandang.
Gembala kuda seorang yang gagah berani menghadapi cabaran dalam tugasnya menghalau kuda dengan cemeti masuk ke kandang.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih maksud sajak berikut dengan betul.
Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Kuda-kuda memakan rumput dan jerami tanpa pedulikan sekeliling dan bersedia ditunggang oleh rakan gembala.
Rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda setia. Setelah kenyang kuda-kuda tidak peduli sekiranya dijadikan tunggangan untuk memburu kuda lain.
seperti yang dijanjikan gembala kepada kuda, di kandang, rumput dan jerami telah terhidang.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Apakah maksud sajak yang betul bagi rangkap yang ketiga?
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
merandak lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Sesekali suara kuda bertukar nyaring, kuda berlari dengan berani melintasi lumpur sambil gembala melibat cemeti
gembala berani bersuara nyaring kepada kuda untuk keberanian kuda menempuh rintangan bagi menyelamatkan maruah.
apabila sesekali suaranya nyaring, dembala kuda yakin dan berani untuk menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan. Dia bijak menggunakan tipu helah dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang berjuang atas dasar kebenaran dan menentang penipuan.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih maksud sajak rangkap 4 dengan betul.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditungganginya
ditunggangi dan ditunggangi !
Gembala kuda hanya tahu kepantasan kuda tanpa memikirkan kepenatan kuda itu. Dia juga hanya tahu kejayaan tanpa memikirkan kesengsaraan kuda. Gembala kuda mementingkan diri apabila kuda itu terus ditunggangi berulang kali.
Gembala kuda hanya mahu menunggang dengan pantas dan mengejar musuh di hadapan tanpa memikirkan nasib kuda yang keletihan atau cedera.
Gembala kuda tidak pandai membaca pemikiran kuda yang mahu kelihatan hebat berbanding kuda lain
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Apakah tema yang tepat bagi sajak Sang Gembala Kuda?
kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan.
penjaga kuda yang mempunyai kuasa sakti dalam memelihara kuda.
penjaga kuda yang berani dengan kuasa yang ada pada kuda.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Berikut adalah persoalan bagi sajak Sang Gembala Kuda, kecuali
Ketegasan dalam memimpin
Penganiayaan terhadap haiwan
Kuasa kesaktian yang ada pada kuda
Keberanian menempuh cabaran dan rintangan
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Pada baris berapakah pada sajak tersebut mempunyai gaya bahasa repetisi atau perulangan?
Rangkap 1, baris 4
Rangkap 4, baris 8
Rangkap 3, baris 5
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?