NILAM 1-murid

NILAM 1-murid

5th - 12th Grade

20 Qs

quiz-placeholder

Similar activities

REKLAME

REKLAME

6th Grade

20 Qs

PTS Seni Budaya Kelas 9

PTS Seni Budaya Kelas 9

9th Grade

20 Qs

Karya Seni Daerah

Karya Seni Daerah

5th Grade

15 Qs

PENILAIAN UJIAN SEMESTER GENAP T.A 2024/2025

PENILAIAN UJIAN SEMESTER GENAP T.A 2024/2025

8th Grade

17 Qs

SBDP kelas 6  tema 4 sub tema 3

SBDP kelas 6 tema 4 sub tema 3

6th Grade

15 Qs

LATIHAN BELAJAR ONLINE 4

LATIHAN BELAJAR ONLINE 4

6th Grade

15 Qs

REKLAME

REKLAME

6th Grade

15 Qs

Kuiz Kenali PSS Siri 2 (Pelajar)

Kuiz Kenali PSS Siri 2 (Pelajar)

7th - 12th Grade

20 Qs

NILAM 1-murid

NILAM 1-murid

Assessment

Quiz

Arts

5th - 12th Grade

Medium

Created by

Zana Ismail

Used 3+ times

FREE Resource

20 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

VANDALISME sering dikaitkan perbuatan merosakkan harta awam atau membuat perubahan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Walaupun diklasifikasikan sebagai jenayah tidak serius, ia dilakukan meluas hingga boleh menjadi serius.

Malah, gejala baharu pula wujud akibat perkembangan teknologi dan keterbukaan dalam internet, iaitu 'vandalisme siber.'

Vandalisme siber ialah jenayah digital untuk merosakkan data internet, sekali gus memberikan cabaran sangat serius terhadap komunikasi dalam talian.

Terdapat beberapa peringkat bermula daripada pencerobohan kecil hingga tahap kritikal seperti merosakkan sistem perniagaan dan perkakasan komputer serta menggodam maklumat dalam laman web dan media sosial.


Apakah maksud vandalisme siber?

jenayah fizikal di setiap peranti yang digunakan

Kesalahan merosakkan komputer dan telefon bimbit orang awam

Jenayah digital untuk merosakkan data internet

Perbuatan mengubah bentuk fizikal buku panduan komputer

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Tidak dinafikan, ada pengguna terjebak dalam vandalisme siber disebabkan secara suka-suka atau menarik perhatian dan mendapatkan pengaruh. Tabiat penyebaran berita negatif juga menjadi trend masa kini.

Ramai suka mengubah sesuatu fakta untuk dijadikan bahan gurauan, mengaibkan orang lain dan menunjukkan kehebatan diri. Tidak kurang juga ingin menunjukkan kebencian terhadap sesuatu.

Malah individu melakukan vandalisme bangga dan teruja apabila mampu melakukan sesuatu pelik serta terkenal.

Tidak kira sama ada bertujuan sebagai bahan gurauan atau memudaratkan pengguna lain, ia tetap jenayah siber. Tindakan itu mampu memberikan tekanan emosi apabila berita ditularkan mengganggu minda pembaca. Contohnya, berita penularan COVID-19 dan isu membabitkan politik yang boleh mencetuskan konflik antara netizen.


Berikut adalah contoh jenayah siber KECUALI

Mengubah sesuatu fakta

Penyebaran berita negatif

Menunjukkan kebencian

Menyebar maklumat berasaskan sumber

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Lambakan berita tidak sahih juga menimbulkan tekanan, kegelisahan dan kemurungan kepada individu. Penularan maklumat tanpa had serta tidak tepat berjaya mempengaruhi fikiran individu hingga membangkitkan emosi negatif.

Dengan isu kekusutan emosi meruncing dalam komuniti tanpa mengira usia, status atau pendidikan, sama ada di tempat kerja, sekolah, rumah atau di mana-mana sahaja.

Mungkin ada menganggap ia perkara kecil dan tidak mendatangkan kemudaratan, tetapi impaknya tidak sama mengikut individu kerana setiap manusia mempunyai kemampuan kawalan emosi berbeza.

Ada individu berasakan berita terbabit menjadi parasit mengasak minda negatif hingga menguasai diri, lalu mencetuskan emosi amarah, sekali gus mengganggu emosi serta menjejaskan kesihatan mental.

Bagi membantu dalam mengawal emosi dan meredakan keresahan, lebih baik berehat sebentar daripada melayari berita meresahkan. Pembaca tidak mampu menghentikan berita daripada terus ditularkan, tetapi dapat mengelak daripada melayari berita terbabit.


Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berhadapan dengan masalah emosi dari berita palsu

Membuat aduan di balai polis

Membetulkan kesilapan berita tersebut

Membalas semula berita palsu yang disebarkan

Berehat daripada melayari berita palsu tersebut

4.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Antara cara boleh dipraktikkan untuk mengawal emosi adalah melakukan perkara diminati atau hobi, bersenam, meditasi sebagai terapi untuk menenangkan minda dan emosi.

Individu juga perlu belajar menerima realiti, reda dan berlapang dada. Gunakan masa untuk berfikir dengan tenang sebelum menerima berita ditularkan.

Kejayaan mengawal emosi kepada lebih positif ialah kemenangan kepada diri. Justeru, jangan biarkan emosi melumpuhkan diri, sebaliknya aturkan emosi dan mental supaya lebih sihat.

Dr Roshayati Abdul Hamid

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Berdasarkan petikan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal emosi adalah (pilih 3 jawapan)

melakukan hobi

bermeditasi

menonton filem

bersenam

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

KUALA LUMPUR: Kesukaran murid, terutama daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti pembelajaran dalam norma baharu, mencetuskan idea untuk mewujudkan Direktori Pendidikan Pembelajaran Digital secara percuma kepada golongan itu.

Pegawai kewangan, Ajjrina Annuar, 33, ibu kepada tiga cahaya mata, terpanggil mewujudkan laman sesawang #JomEducate, sebagai pusat sehenti bagi menyokong pendidikan secara digital.

"Saya bukan guru, tetapi amat terkesan apabila ramai kenalan dan warga pendidik menceritakan anak murid mereka tidak dapat belajar dengan sempurna, tiada peranti dan data internet, terpaksa berkongsi atau menggunakan telefon pintar ibu bapa selepas waktu pembelajaran.

"Ini sedikit sebanyak meruntun perasaan kerana masih ada masyarakat ketinggalan, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan carian dan maklumat dalam norma baharu pendidikan .


Direktori Pendidikan Pembelajaran Digital adalah inisiatif untuk_______

membantu semua murid belajar dengan selesa

menyediakan pusat sehenti bagi menyokong pendidikan secara digital

memberi bantuan telefon pintar kepada ibu bapa

membantu murid yang tidak dapar hadir ke sekolah

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Alhamdulillah, biarpun baru beberapa hari kini sudah ada lebih 8,000 pengguna, 25,000 kali laman #JomEducate ini dikunjungi dan 75,000 pengguna menyertai aktiviti atau pergi ke pautan yang berkenaan," katanya ketika dihubungi BH.

Ajjrina berkata, paling utama baginya adalah mahu masyarakat mengetahui inisiatif sedia ada untuk dimanfaatkan.


"Sebagai ibu, saya tidak mahu wujud jurang pendidikan lebih luas dengan keadaan sistem pendidikan yang terkini menerusi transformasi ke arah digital, pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), tetapi hakikatnya ramai murid daripada keluarga tidak berkemampuan.

"Justeru, apabila mewujudkan satu direktori pendidikan digital menerusi #JomEducate rakyat, ia memberi maklumat mengenai inisiatif pembelajaran digital yang percuma atau beri subsidi untuk masyarakat," katanya.

Beliau menyasarkan pendaftaran hingga 100,000 pengguna bagi membolehkan usaha memupuk kesedaran menjadi lebih menyeluruh.


Berapakah jumlah pendaftaran yang disasarkan untuk program ini?

75,000

8,000

25,000

100,000

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

"Biarpun zaman teknologi maklumat masih ramai lagi tiada peranti pintar dan data internet yang mana sebenarnya melalui subsidi program jaringan PRIHATIN khusus kepada golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM180 seorang bermula Mac ini.

"Menerusinya, penerima boleh menggunakan bantuan kredit telekomunikasi bagi melanggan perkhidmatan internet atau menampung sebahagian kos bagi pembelian telefon pintar yang baru," katanya.

Ada juga pelbagai bantuan kesihatan mental seperti Talian Buddy Bear oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Humankind yang menawarkan bantuan khusus untuk kanak kanak dan remaja secara percuma.

Pada masa depan, beliau berharap untuk meningkatkan kerjasama antara kerajaan, NGO dan rakyat bagi memperkasakan dunia pendidikan secara kolektif.

Apakah yang dimaksudkan dengan NGO?

Non Government Organization

Non Govement Organization

Non Governmental Organization

Non Govemental Organization

Create a free account and access millions of resources

Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports
or continue with
Microsoft
Apple
Others
By signing up, you agree to our Terms of Service & Privacy Policy
Already have an account?