Search Header Logo

PANTUN NASIHAT

Authored by ABDUL AZIZ

World Languages

2nd Grade

Used 86+ times

PANTUN NASIHAT
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

10 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah maksud rangkap kedua dalam Pantun Nasihat?

Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan

Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara

Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali

Seseorang hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Berdasarkan pantun nasihat yang telah dipelajari, berikan maksud rangkap ketiga Pantun Nasihat.

Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.

Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain.

Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.

Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Antara rangkap sajak berikut, yang manakah berpadanan dengan maksud rangkap sajak keempat iaitu tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara?

Tanam balik buah peria,

Buah peria mahal sekali,

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat jangan sekali.

Pulau di balik Pulau Gosong,

Pandan di Jawa diranggungkan,

Jangan kata terdorong-dorong,

Badan dan nyawa menanggungkan.

Anak Cina membawa surat,

Dari Perak langsung ke Deli;

Hidup di dunia biar beradat,

Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang,

Jatuh ke lubuk lnderagiri;

Jikalau berdagang ke rantau orang,

Baik-baik membawa diri.

4.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Antara berikut, manakah pengajaran yang sesuai dengan pantun ini?

Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.

Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.

Kita mestilah patuh dengan perintah raja dan pembesar.

Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah pesanan pemantun kepada pembaca dalam rangkap ketujuh?

para perantau dinasihatkan agar tidak mempercayai orang yang tidak dikenali

para perantau diingatkan tidak melakukan sesuatu yang haram dan memabukkan

para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri ketika berada di tempat orang lain

para perantau diingatkan agar tidak membuat perkerjaan yang sia-sia dan berlebih-lebihan

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah tema yang paling tepat untuk Pantun Nasihat?

Nasihat untuk suami isteri yang ingin menjamin kerukunan rumah tangga

Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan

Nasihat untuk para perantau yang suka belayar dan berdagang di tempat orang lain

Nasihat yang ditujukan kepada masyarakat yang suka melakukan perbuatan haram dan memabukkan

7.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menjaga tutur kata?

Kita harus menjaga tutur kata agar tidak mengguris perasaan orang lain.

Kita mesti menjaga tutur kata supaya kita disenangi oleh ramai orang.

Kita perlu menjaga tutur kata kerana itu melambangkan keperibadian kita.

Kita harus menjaga tutur kata agar disisihkan oleh kawan baik kita.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?

Discover more resources for World Languages