Perenggan Pendahuluan - Bagaimana mulakan?

Quiz
•
Fun
•
1st Grade - Professional Development
•
Hard
NURLINA Moe
FREE Resource
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
45 sec • 1 pt
Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang dibeli. Malahan ada yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing. Pada hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap alah membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sebagai pengguna yang bijak, utamakanlah kualiti barangan walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti akan terhindar daripada helah para peniaga.
Pendahuluan di atas adalah perenggan jenis
Peribahasa
Suasana
Gabungan
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
45 sec • 1 pt
Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara anak-anak menikmati kesegaran arus sungai yang mengalir jernih kedengaran memecah kesunyian. Semuanya terasa indah pada saat itu, namun segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di negara kita dikategorikan sebagai sungai yang berada pada tahap kritikal kerana dihantui masalah pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal kenang-kenangan. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk memelihara sungai agar tidak terus dinodai.
Jenis definisi
Jenis suasana
3.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Yang manakah jenis definisi?
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
45 sec • 1 pt
Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan bahawa pencapaian murid Bandar melebihi tahap penguasaan minimum (A, B, C ) bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9 peratus. Statistik ini tidak boleh dipandang enteng dan usaha-usaha untuk memperkasa Bahasa Inggeris perlu diperhebat terutamanya di kawasan luar bandar.
Jenis statistik
Jenis gabungan
5.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Perenggan pendahuluan ini adalah jenis
Jenis persoalan
Jenis peribahasa
6.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Yang manakah pendahuluan jenis persoalan? ( 2 jawapan)
“Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”, “Gunung sama didaki, lurah sama dituruni” merupakan peribahasa-peribahasa yang sering kita dengar. Namun demikian, sejauh manakah kita mengamalkan peribahasa tersebut dalam kehidupan kita bermasyarakat seharian? Peribahasa-peribahasa yang dinyatakan di atas adalah antara peribahasa Melayu yang memberi mesej yang jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong-royong, bermuafakat dan bekerjasama di kalangan ahli masyarakat.
Makan di luar seolah-olah sudah menjadi satu cara hidup bagi kebanyakan penduduk di Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya perniagaan makanan dalam bentuk gerai, restoran atau pusat makanan segera di merata-rata tempat. Mengapakah keluarga perlu makan di luar? Adakah ini merupakan satu tabiat yang sihat? Mungkin ramai yang bersetuju jika kita merumuskan bahawa makan di luar bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan masak, menghidang dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menjamu selera. Persoalannya, adakah tabiat ini sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia?
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
45 sec • 1 pt
Sesak. Di kiri, kanan dan hadapan pentas di Stadium Negara dipenuhi dengan anak-anak muda menjerit-jerit yang melambangkan ketidaksabaran menantikan kemunculan „Def Leopard‟ yang didatangkan khas dari United Kingdom. Begitu ghairah anak-anak muda menanti akan kemunculan artis pujaan mereka. Kehangatan suasana tidak menghalang untuk mereka berhibur malahan terdapat pula pasangan remaja yang tidak lagi mengenali erti batas pergaulan. Saat-saat cahaya laser dipancarkan dan pada saat itu jugalah jeritan berfrekuensi tinggi menggegarkan stadium. Begitulah gambaran anak-anak muda kita menerima kehadiran muzik barat pada zaman yang serba moden ini
Jenis pendahuluan ini merujuk jenis...
cerita
suasana
gambaran
Create a free account and access millions of resources
Similar Resources on Wayground
14 questions
Quiz MPLS SMP Darul Ulum

Quiz
•
7th Grade
15 questions
QUIZ MATERI ILUSTRASI KLS 8

Quiz
•
12th Grade - University
10 questions
Peribahasa Tahun 6

Quiz
•
1st Grade
10 questions
Pantun

Quiz
•
10th - 11th Grade
10 questions
pengolahan buah dan sayur menjadi makanan dan minuman

Quiz
•
1st Grade
15 questions
QUIZ MWT P3

Quiz
•
University
10 questions
sains tahun 2 campuran

Quiz
•
8th Grade
10 questions
PERIBAHASA BERGAMBAR

Quiz
•
1st - 3rd Grade
Popular Resources on Wayground
55 questions
CHS Student Handbook 25-26

Quiz
•
9th Grade
18 questions
Writing Launch Day 1

Lesson
•
3rd Grade
10 questions
Chaffey

Quiz
•
9th - 12th Grade
15 questions
PRIDE

Quiz
•
6th - 8th Grade
40 questions
Algebra Review Topics

Quiz
•
9th - 12th Grade
22 questions
6-8 Digital Citizenship Review

Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Nouns, nouns, nouns

Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Lab Safety Procedures and Guidelines

Interactive video
•
6th - 10th Grade