
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Authored by ONG Moe
Education
9th - 12th Grade
Used 2+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat aktif yang betul
Saya didesak oleh Rahim supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.
A Saya mendesak Rahim supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.
B Rahim mendesak saya supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.
C Rahim dan saya didesak supaya menyertai perkhemahan pada minggu depan.
D Perkhemahan pada minggu depan mendesak supaya saya dan Rahim menyertainya.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat aktif yang betul.
Kanak-kanak “OKU” itu didukung oleh pekerja di rumah kebajikan.
A Pekerja di rumah kebajikan mendukung kanak-kanak “OKU” itu.
B Pekerja di rumah “OKU” mendukung kebajikan kanak-kanak itu.
C Pekerja “OKU” mendukung kanak-kanak di rumah kebajikan itu.
D Di rumah kebajikan, pekerja kanak-kanak mendukung “OKU” itu.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat aktif yang betul.
Perbarisan Kadet Remaja Sekolah itu diperiksa oleh pegawai angkatan tentera.
A Perbarisan pegawai angkatan tentera itu diperiksa oleh Kadet Remaja Sekolah.
B Kadet Remaja Sekolah telah memeriksa perbarisan pegawai angkatan tentera itu.
C Pegawai angkatan tentera telah memeriksa perbarisan Kadet Remaja Sekolah itu.
D Kadet Remaja angkatan tentera telah memeriksa perbarisan pegawai sekolah itu.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat aktif yang betul.
Budak yang terjatuh ke dalam lumpur itu dimandikan oleh ibunya.
A Ibu budak yang terjatuh ke dalam itu memandikannya.
B Ibunya memandikan budak yang terjatuh ke dalam lumpur itu.
C Budak itu memandikan ibunya yang terjatuh ke dalam lumpur.
D Budak itu dan ibunya mandi setelah terjatuh ke dalam lumpur.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat aktif yang betul.
Daun-daun kering di halaman rumah telah saya sapu petang tadi.
A Saya telah menyapu daun-daun kering di halaman rumah petang tadi.
B Daun-daun kering di halaman rumah telah disapu oleh saya petang tadi.
C Saya petang tadi telah menyapu daun-daun kering di halaman rumah.
D Daun-daun kering di halaman rumah telah saya menyapu petang tadi.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat pasif yang betul.
Pengawas itu menegur Kasmah kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.
A Kasmah menegur pengawas itu kerana membuang sampah di kawasan padang sekolah.
B Kasmah ditegur oleh pengawas itu kerana membuang sampah di kawasan padang
sekolah.
C Kasmah ditegur oleh pengawas itu supaya membuang sampah di kawasan padang
sekolah.
D Kasmah menegur pengawas itu oleh kerana membuang sampah di kawasan pada sekolah.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih ayat pasif yang betul.
Saya sudah memulangkan buku cerita itu minggu lepas.
A Buku cerita sudah dipulangkan kepada saya minggu lepas.
B Buku cerita itu dipulangkan kepada saya minggu lepas.
C Buku cerita sudah minggu lepas saya pulangkan.
D Buku cerita itu sudah saya pulangkan minggu lepas.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?