
M45 - Akhlak Islamiah
Authored by Nur Hanisah Malik
Religious Studies
7th Grade
Used 31+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
8 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Farah amat risau dengan sikap ibunya yang suka menyebarkan fitnah di kalangan keluarganya. Beliau sering menegur dan mengingatkan ibunya bahawa tindakan menyebar fitnah _________________. (1m)
lebih dahsyat dari pembunuhan
boleh mengakibatkannya terbunuh
boleh memendekkan usianya di dunia
akan tetap mendapat sokongan anak-anak
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Nurul sedang bergurau dengan temannya, apabila dia mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap temannya. Dia lalu teringat nasihat ustazah Aisyah bahawa mengeluarkan kata-kata kesat adalah berdosa. Apa yang sepatutnya Nurul lakukan adalah _________________. (1m)
melupakan kesalahan tersebut dan menghukum diri sendiri
berdoa agar Allah s.w.t. menghukum dirinya atas kesalahannya
menyelesaikan masalahnya dengan memberi hadiah kepada temannya
beristighfar, menyesali dan berikrar tidak akan mengulanginya dan mohon maaf pada temannya
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Farid sentiasa melakukan perbuatan yang baik seperti ______________ untuk menjaga hatinya supaya tidak mati. (1m)
makan ubat yang diberi doktor
menjaga lidah daripada mengumpat
menjauhi sifat sombong dan bergaul dengan orang
menunjukkan kebaikan diri di hadapan orang ramai
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Alifa gemar membeli belah dan belanja teman-temannya sehingga berlebihan. Dia tahu ianya suatu pembaziran. Alifah seharusnya _________________. (1m)
berubah menjadi seorang yang bakhil dan berhenti berbelanja
mengawal nafsunya dan membezakan perkara yang baik dan yang buruk
mengikut nafsunya yang suka berlebih-lebihan dan menyesali apabila duitnya habis
meneruskan sifat suka berbelanja dengan boros disamping memberi hadiah kepada teman-temannya
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Aqil sering mendapat keputusan yang rendah walaupun telah berusaha sedaya upaya disamping melakukan solat Tahajjud. Beliau merasakan usahanya itu hanyalah sia-sia kerana ianya tidak mendatangkan hasil yang diingini. Sebagai seorang Muslim, beliau sepatutnya _______________. (1m)
menerima keputusan dengan perasaan kesal
membaca tentang cara perlaksanaan solat sunat
melupakan kesalahan tersebut dan menghukum diri sendiri
berdoa dan berusaha lebih gigih tanpa merasa berputus asa
6.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • Ungraded
Syamil baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan peringkat A level. Dia telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
(a) Sebagai pelajar Muslim yang telah mempelajari ilmu berkaitan dengan hati, apakah dua sikap yang tidak boleh ada pada diri seseorang apabila mendapat sesuatu kejayaan? (2m)
(b) Jelaskan tiga cara menjaga hatinya daripada dijangkiti penyakit hati. (3m)
Evaluate responses using AI:
OFF
7.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • Ungraded
Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik ciptaan dan memberikan manusia pelbagai nikmat.
(a) Berikan dua cara untuk mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
(b) Jelaskan tiga sebab mengapa kita perlu mensyukuri nikmat Allah s.w.t. (3m)
Evaluate responses using AI:
OFF
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?