Kamu merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan Peringkat ‘O’ tidak lama lagi. Bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nasional itu, kamu dan rakan-rakan percaya bahawa pihak sekolah dapat membantu dalam merealisasikan impian ini.
Tulis e-mel kepada pengetua sekolah kamu. Dalam e-mel kamu, kamu dikehendaki menyarankan beberapa cara atau kemudahan yang perlu disediakan oleh pihak sekolah untuk membantu para pelajarnya supaya berjaya dengan cemerlang.