Search Header Logo

Kenal pasti aspek Pengulangan Kata dan Singkatan Kata (Petikan)

Authored by SITI ZULKEFLI

Education

6th Grade

Used 1+ times

Kenal pasti aspek Pengulangan Kata dan Singkatan Kata (Petikan)
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

10 questions

Show all answers

1.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

(Seorang abang menyapa adiknya yang asyik menangkap gambar di ruang tamu)

 

Abang: Lia, abang tengok kau asyik dengan kamera dari tadi lagi. Minggu depan kau nak menghadapi peperiksaan kan?

Lia: Kejap lagi bang, aku nak tangkap gambar serangga ni dulu, ku bercita-cita nak jadi jurugambar nanti besar.

Abang: Sudahlah, dik. Kalau hendak berjaya, kau kena jadi macam aku iaitu seorang guru.

Lia: Adik tak nak ! adik tak nak ! adik tak pandai mengajar.

Abang: Baiklah, buat dahulu apa yang kau rasa kau nak, yang penting belajar bersungguh-sungguh.

Lia: Baik abang, sayang abang!

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. adik tak nak

Singkatan Kata:

1. ku - aku

  1. 2. nak - hendak

  2. 3. kau - engkau

  3. 4. bang - abang

  4. 5. ni - ini

2.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

Kerjaya sebagai jururawat ialah kerjaya yang mulia. Mereka membantu doktor untuk mengurus pesakit di hospital. Dulu kerjaya ni dimonopoli oleh kaum wanita. Kini, golongan lelaki menjadikan jururawat sebagai kerjaya pilihan mereka juga. Selain tu, sesetengah pesakit lelaki lebih selesa sekiranya mereka diurus oleh jururawat lelaki terutamanya pesakit yang mengalami masalah kaum lelaki. Mereka berasa malu, mereka berasa segan jika diuruskan oleh jururawat wanita.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. mereka berasa

  2. 2. kerjaya

Singkatan Kata:

1. tu - itu

  1. 2. ni - ini

3.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

Setiap remaja di negara ini menginginkan pekerjaan yang dapat menjamin masa depan. Setiap remaja juga nak menyara kehidupan mereka dan keluarga. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang bertukar cita-citanya kerana pengaruh faktor persekitaran. Sehubungan dengan itu, persediaan rapi harus dibuat dalam menentukan jenis dan tujuan kerjaya yang ingin diceburi supaya remaja dapat memahami sebab sebenar sesuatu pekerjaan tu ingin diperolehnya. Mereka tak perlu memilih sesuatu kerjaya kerana pengaruh rakan sebaya dan pengaruh lain.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. pengaruh

  2. 2. setiap remaja

Singkatan Kata:

1. tak - tidak

  1. 2. nak - hendak

  2. 3. tu - itu

4.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

Dalam suasana alam pekerjaan semakin mencabar, lebih 116,000 graduan memerlukan perhatian untuk meningkatkan pekerjaan mereka. Hari ni, banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga menjadi punca pengangguran kerana diberhentikan kerja. Malahan, kajian berkaitan pengangguran graduan mendapati banyak peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka. Selain itu, kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah sama ada dalam kategori kemahiran rendah atau kategori separa mahir, berbanding untuk mereka yang kategori berkemahiran tinggi. Buktinya, hari ni graduan memiliki sarjana muda bekerja sebagai kerani, sebagai penghantar makanan atau sebagai operator pengeluaran.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. kategori

  2. 2. sebagai

Singkatan Kata:

1. tak - tidak

  1. 2. ni - ini

5.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

Pada zaman pasca kemerdekaan ni, Malaysia telah berkembang menjadi pemacu ekonomi terutamanya dalam rantau Asia Tenggara. Dasar keterbukaan kerajaan kepada pelabur asing telah membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara sekaligus membuka peluang-peluang pekerjaan dalam negara. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Jika ditelusuri realiti masa ni, manusia boleh memilih kerjaya pilihan mereka atau mencipta sendiri kerjaya pilihan mereka.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. kerjaya pilihan

  2. 2. mereka

Singkatan Kata:

1. ni - ini

6.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

Faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan remaja adalah berdasarkan minat dan cita-cita. Sebagai manusia, kita dilahirkan dengan fitrah untuk meminati sesuatu dan membenci sesuatu yang tak kita inginkan. Faktor minat menjadi pendorong utama dalam pemilihan kerjaya adalah kerana individu tersebut mempunyai semangat dan keterujaan untuk melaksanakan tugas yang memberikan kebahagiaan kepada diri mereka. Sebagai contoh, Allahyarham Sudirman Bin Haji Arshad yang merupakan penyanyi terkenal negara dan penghibur terkenal negara pada suatu ketika dahulu. Beliau merupakan graduan undang-undang tetapi meninggalkan bidang guaman untuk memilih bidang seni sebagai kerjaya pilihannya. Ternyata disebabkan minat dan cita-citanya yang kuat, beliau berjaya menambat hati hampir seluruh rakyat Malaysia pada ketika tu dengan lagu-lagu ciptaan beliau sehingga digelar “Penghibur Nombor 1 Di Asia”.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. terkenal negara

Singkatan Kata:

1. tu - itu

  1. 2. tak - tidak

7.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 2 pts

(Seorang guru menanyakan soalan kepada muridnya)

 

Guru: Selamat pagi semua.

Pelajar: Selamat pagi cikgu!

Guru: baiklah , sebelum cikgu memulakan pelajaran hari ni, cikgu nak tanya siapa ingin kongsikan apa cita-cita kamu ?

Pelajar: Saya ! Saya ! Saya!

Guru: baiklah, Amirah sila beritahu apa cita-cita kamu.

Amirah: saya nak jadi seorang jururawat. Supaya saya dapat berbakti kepada masyarakat nanti.

Guru: wah , bagus cita-cita kamu.

Evaluate responses using AI:

OFF

Answer explanation

Pengulangan Kata:

  1. 1. selamat pagi

  2. 2. saya

Singkatan Kata:

1. ni - ini

  1. 2. nak - hendak

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Microsoft

Continue with Microsoft

or continue with

Facebook

Facebook

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?