Search Header Logo

Ayat Majmuk

Authored by BM020623 Hannah Nafesa Binti Mohd Norzan

World Languages

1st Grade

Used 1+ times

Ayat Majmuk
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

10 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat majmuk pancangan relatif?

A) Ali sedang membaca buku yang baru dibelinya.

B) Mereka pergi ke sekolah setiap hari.

C) Saya suka makan nasi lemak dan roti canai.

D) Dia akan ke rumah nenek esok pagi.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Berdasarkan binaan ayat di bawah, apakah contoh binaan ayat majmuk komplemen frasa kerja?

A) Polis mengatakan bahawa penjenayah tersebut amat berbahaya.

B) Bapa mengharapkan agar keputusan peperiksaan adik lebih cemerlang.

C) Mereka berpendapat bahawa masalah itu perlu diselesaikan dengan segera.

D) Ibu memberitahu kami bahawa kami akan dibawa melancong ke Jakarta.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat majmuk keterangan syarat?

A) Dia tidak dapat hadir kerana dia tidak sihat.

B) Saya akan pergi ke sekolah sekiranya saya mendapat kebenaran daripada keluarga saya.

C) Dia asyik menyanyi hingga sakit tekaknya.

D) Mereka menaiki teksi kerana ketinggalan bas.

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Yang manakah antara berikut contoh ayat majmuk gabungan?

A) Dia bekerja keras supaya dia dapat mencapai cita-citanya.

B) Mereka datang ke majlis tetapi tidak membawa hadiah.

C) Ali membaca buku ketika hujan lebat.

D) Kita akan pergi jika cuaca baik.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Demi menghentikan rantaian jangkitan virus Covid-19, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ayat majmuk tersebut merupakan ayat majmuk ...

A) Keterangan akibat

B) Keterangan harapan

C) Keterangan tujuan

D) Keterangan musabab

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Berikut merupakan ayat majmuk keterangan perbandingan kecuali

A) Dia meracau-racau semacam orang yang dirasuk hantu.

B) Sejak kematian ayah dan ibunya, kehidupan Balqis tidak tentu arah seperti anak ayam kehilangan ibu.

C) Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh.

D) Amanina belajar berterus-terusan seolah-olah dia akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya.

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Meskipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat ingin menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah.

Apakah jenis ayat majmuk keterangan di atas?

A) Keterangan cara

B) Keterangan perbandingan

C) Keterangan harapan

D) Keterangan pertentangan

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?