
FAKTOR FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA
Authored by NURUL HUSSIN
Geography
9th - 12th Grade

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE SELECT QUESTION
30 sec • 1 pt
Faktor fizikal yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia adalah ....
Bentuk Muka Bumi
Iklim
Pinggir Laut
Pembinaan kilang
Answer explanation
Terdapat lima faktor fizikal yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu bentuk muka bumi (tanah tinggi, tanah pamah, dan pinggir laut), bahan mentah, iklim, saliran dan tanih.
2.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Apakah TIGA jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia?
Tanih Aluvium
Tanah Pamah
Pinggir Laut
Tanah Tinggi
Answer explanation
Bentuk muka bumi terdiri tiga jenis iaitu tanah tinggi (kawasan tinggi 180 meter dari aras laut), tanah pamah (kawasan rendah mendatar bawah 180 meter), dan pinggir laut (persisiran pantai dan laut). Tanih Aluvium bukan bentuk muka bumi tetapi salah satu jenis tanih di Malaysia.
3.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Dua ciri bahan mentah iaitu ......
Sumber hutan
Belum diproseskan
Bahan sumber semula jadi
Barang siap
Answer explanation
Terdapat dua ciri sesuatu bahan dipanggil bahan mentah iaitu bahan dari sumber semula jadi seperti hasil pertanian, hasil hutan dan bahan mineral malah bahan itu juga mesti belum diproseskan kerana bahan mentah adalah bahan asas untuk menghasilkan barangan baru sama ada siap atau separa siap.
4.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Bagaimanakah aktiviti perindustrian giat berlaku di kawasan tanah pamah?
Pembinaan jalan yang rata di tanah pamah memudahkan urusan pengangkutan barangan
Pencemaran kurang berlaku di kawasan tanah pamah
Kos yang lebih jimat dan tidak berisiko tinggi
Tanah pamah sesuai pelbagai jenis tanaman yang dijadikan bahan mentah
Answer explanation
Tanah pamah adalah kawasan yang rendah dan mendatar maka sesuai untuk pembinaan jalan yang rata dan selesa. Urusan pengangkutan bahan mentah dan barang siap industri berjalan lancar. Tanah pamah mempunyai banyak jenis tanaman yang boleh dijadikan bahan mentah seperti padi diproses beras, getah diproses tayar, dan kelapa sawit diproses minyak.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Mengapakah penanaman gandum tidak sesuai dijalankan di negara Malaysia?
Faktor iklim Malaysia iaitu tropika lembap tidak sesuai dengan penanaman gandum
Ketiadaan jenis tanih yang sesuai dengan tanaman gandum
Proses penanaman gandum mengeluarkan kos yang tinggi
Saliran yang buruk menyebabkan tanaman gandum boleh terbantut
Answer explanation
Tanaman gandum memerlukan suhu sederhana sejuk maka penanaman gandum sesuai di kawasan yang beriklim sederhana seperti negara Australia, Amerika Syarikat dan belah negara Eropah. Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu tropika maka kurang sesuai dengan tanaman gandum.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih satu contoh kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut faktor iklim Malaysia.
Penanaman Gandum
Pelancongan Air
Penanaman Lavender
Penanaman ladang teh dan strawberi
Answer explanation
Teh dan strawberi adalah tanaman yang memerlukan suhu sederhana sejuk dan ini sesuai dengan iklim Malaysia yang lembap panas malah kawasan tanah tinggi Malaysia seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron mengalami suhu sederhana sejuk.
7.
MULTIPLE SELECT QUESTION
30 sec • 1 pt
Faktor saliran yang baik membantu kegiatan ekonomi .......
Pelancongan Air
Pembalakan
Pertaniah Sawah Padi
Pengangkutan Jalan
Answer explanation
Terdapat dua jenis saliran iaitu saliran baik dan saliran buruk. Saliran baik adalah sistem pengairan yang bersistematik dan kualiti air bersih lalu sesuai untuk aktiviti perindustrian, pengangkutan air, pelancongan air, sukan air, penanaman sawah padi, dan sebagainya. Saliran buruk adalah sistem pengairan yang tidak bersistematik dan kualiti air kotor seperti lumpur, banjir, paya, dan sebagainya.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Microsoft
or continue with
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?