
2023-SPM-SEJARAH
Authored by Ayuniza Furzani Saari
History
12th Grade
Used 39+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
40 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah kepentingan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Memastikan adat istiadat dipatuhi
Menjamin keutuhan pemerintahan
Mempertahan sistem perundangan
Memastikan sistem warisan terpelihara
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 8)
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap dan
tersusun. Sistem Pentadbiran ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan. Pembesar
Berempat yang terdiri dari Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana membantu Sultan dalam melancarkankan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Pelaksanaan pemerintahan secara sistematik, lancar dan tersusun ini menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang utuh dan unggul
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?
Melaksanakan protokol istana
Mengetuai rombongan diplomatik
Mengawal keamanan dalam negeri
Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 9)
Syahbandar dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?
Mengenakan hukuman penjara
Menyekat sumber kewangan yang diperolehi
Menjalin kerjasama dengan golongan radikal
Menggunakan perintah sultan untuk bertindak
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 42)
Gerakan nasionalisme oleh pertubuhan sosioekonomi dan golongan berpendidikan Melayu dan Inggeris menyebabkan British berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa sekatan. Apabila gerakan nasionalisme dikesan oleh British, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam ditangkap dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941. Mereka kemudiannya dibebaskan oleh Jepun pada tahun 1942.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Gerakan nasionalisme di Thailand disasarkan terhadap pemerintahan raja
mereka sendiri.
Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku?
Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan
Menghapuskan sistem perundangan tradisional
Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik
Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa barat
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 31)
Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.
Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal
Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932.
Revolusi tersebut menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pemerintahan raja
berperlembagaan diperkenalkan dengan meletakkan raja pada kedudukan tertinggi, tetapi
tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang dijalankan oleh Perdana
Menteri.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Bagaimanakah Jerman melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919?
Memperkuat angkatan tentera
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
Menjalin kerjasama dengan komunis
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 56 & 58)
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki bertanggungjawab terhadap
kemusnahan akibat perang, membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga, mengehadkan saiz angkatan tentera dan menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya. Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler telah berusaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles. Hitler membina angkatan tentera semula dan seterusnya menduduki Rhineland semula, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?
Pengukuhan sistem pertahanan
Peluasan kawasan pemerintahan
Kemunculan semangat nasionalisme
Kemantapan kuasa pemerintah tempatan
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 64-65)
Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden di Asia. Di bawah pengaruh tentera, dasar luar Jepun terarah kepada matlamat mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat. Dasar peluasan kuasa Jepun telah mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu. Amerika Syarikat, British dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang
diperlukan untuk industri dan operasi perang. Sebagai jalan keluar daripada sekatan ekonomi pihak Bersekutu, Jepun merancang untuk menguasai wilayah di selatan
merangkumi Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah,
bauksit dan petroleum.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut?
Menyokong gerakan Islah
Mengadakan tunjuk perasaan
Melibatkan diri dalam persatuan
Memberi kerjasama dengan British
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 74-78)
Pemerintahan tentera Jepun yang kejam dan kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh rakyat kemudiannya telah mencetuskan penentangan terhadap pendudukan Jepun. Rakyat memberi kerjasama dengan British melalui penentangan pasukan bersenjata seperti Rejimen Askar Melayu, Force 136 dan MPAJA. Pasukan-pasukan ini bukan sahaja melibatkan penduduk tempatan tetapi juga sokongan dan bantuan British seperti bantuan latihan dan bekalan senjata.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?